Telekung

Friday, June 23, 2017

My Kids, Not Yours

Assalamualaikum and hi,

(This is just a random post of a mother yang kuat membebel)
So Hari Raya is just around the corner. And Raudah will be six months by then. You know what that means, don't you?

Yes... Raudah dah boleh mula makan. When some mothers are excited to start making puree for their little one, I have this nervous feeling. Because I'm planning to extend exclusive breastfeed. Tapi bukanlah extend sampai setahun lebih ke dua tahun tu. Extend sebulan je. Lagipun Hari Raya nanti sibuk berjalan. Dan saya bukanlah sejenis mak yang rajin untuk menyediakan baby food di tempat orang. Dan juga sebab kali ini saya bernekad untuk tidak memberikan sebarang makanan instant to my little baby. Angan-angannya nak homemade saja. 

Cewah! Semangat agak berkobar-kobar saat ini. Kita tengok sejauh mana semangat tu bertahan. Hahaha. Takpe... yang penting niat tu ada dah. -..-

But hey... seriously! After what I have been through with Nourah, I don't want to repeat the same mistake again. Last time I accidentally introduced foods to Nourah a bit too early because I was being ignorant. Oleh itu, saya harap sangat niat dan usaha saya kali ni dapat menghasilkan anak yang tidak memilih makanan (picky eater). Tau tak betapa terseksanya hati ni bila tengok anak susah makan dan lebih suka makan pizza pepperoni atau french fries saja? Lepas tu tak nak minum air masak. Lepas tu kena sembelit. Haih.

Eh, tapi tak ada lah cuma dua tu saja. Ada masa dia layan juga nasi, ayam/ikan/daging atau telur dan kicap. Itu pun bergantung pada mood dia. Sayur satu pun dia tak nak makan. Tapi masih bersyukur juga dia nak makan certain fruits. Eh, bila tulis ni rasa macam banyak juga ya Nourah makan? Macam bukan picky eater pula. HAHAHA.

Anyway, I don't give a damn about people saying, "Anak dia ni / dia tu / orang ni / orang tu sihat je makan macam-macam. Dalam pantang lagi dah makan nestum... hidup je lagi sampai sekarang."

Anak orang lain, lain lah badannya. Dah diorang nak bagi nestum ke, nasi ke, pizza ke. Biar diorang lah. Ada badan yang kuat, tapi kena ingat ada badan yang tak kuat juga. Tapi saya tetap tak nak ambil risiko yang saya sendiri tak bersedia nak hadap. It's like gambling you know. Awak cuba perjudikan nyawa anak dengan cuba memberi makanan awal-awal. Kalau sihat dan ok, alhamdulillah. But what if it turns out the other way around?

So let me do what I know best -- that is taking care of my own babies. You just take care of yours, ok? 

I am hoping that other people will understand and respect my decision. 
Because I respect theirs.
-
-
TAQABBALLAHU MINNA WAMINKUM.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. :)

No comments:

Post a Comment