Assalamualaikum wbt and hello peeps!!
Isnin lepas, 6 Ogos Selangor cuti sempena Nuzul Al-Quran... So, saya dan suami decide untuk buat passport on that day (tak nak apply cuti untuk buat passport. Kena save cuti untuk event lain.. huhu). Mula2 ingat nak buat passport kat Sri Rampai je. Tapi since kami balik kampung Kluang weekend tu, kami buat je dekat Pejabat Imigresen Kluang. At first, macam ragu2 juga service kat Kluang ni. Saya siap expect tempat ni mungkin service slow walaupun tak ramai orang. Dan rupanya.......
Oh maafkan saya! Tanggapan saya salah sama sekali... Hahahaha.. Rupanya orang ramai (mostly chinese) dan service seperti yang dijanjikan di pejabat imigresen yang lain - which is, passport siap dalam masa 1 jam selepas pembayaran. *wink wink*
Ada orang tu kata, pukul 7.30am nak tunggu depan pejabat imigresen. Tapi pukul 7.15am tengah tidur lagi.. Hahahaha... In the end, kami keluar rumah pukul 8 lebih (sebab tiba2 saya sakit perut... tapi dah siap awal dah.. betul!). And it was around 8.50am saya ambil nombor lepas dah siap isi borang. Perkara lain yang perlu disertakan dengan borang tu ialah dua keping gambar passport, satu salinan IC (tapi lepas tu dia bukannya perlukan pun. Officer tu minta IC betul je) dan passport lama bagi yang nak renew.
1038 nombor saya.. Sekarang dah 1024, ada 14 orang lagi. Tapi tunggu tak lama pun.. Alhamdulillah urusan semua cepat.. :) Borang ni juga borang pertama status perkahwinan saya di tanda di kotak kahwin.Hihihi. ;P
Dalam pukul 9 lebih tu, nombor saya dipanggil dan seminit dua lepas tu nombor suami pun dipanggil. Tak sampai 15 minit urusan borang dah settle. Lepas buat bayaran, tak sampai sejam pun passport kami dah siap. So sebenarnya, kami berada di pejabat imigresen tu lebih kurang sejam sahaja. Oh saya sangat teruja dengan service di imigresen. Sama seperti dulu, tip top! Hihihi.. :)
p/s: entry ini hasil dari permintaan suami sebab dia excited first time buat international passport. kehkehkeh~
heheheh beratur dua kali yeee =P
ReplyDeleteHehehe.. sbb waktu beratur mula2 tak amik gambar... kali kedua beratur, eksen je.. tak amik pun nombor baru.. cuma nk bergambar je. .:P
ReplyDeleteheh, blh ke amik2 gmbr tmpt cmni.. kang kena tgkp lak, terrorist.. hehe..
ReplyDeleteDah check tak de pun sign tak leh amik gambar.. tp still kitorg amik gambar sembunyi2... hihihi.. Shhh..
ReplyDelete