Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Tuesday, November 29, 2016

Parenting: Cara Saya Toilet Train Nourah

Assalamualaikum dan hai!

Hari ni saja nak bercerita tentang cara saya toilet train Nourah. Untuk dijadikan kenangan dan sebagai tips untuk sesiapa yang baca blog ni. Hehehe.

Kalau search di Google, of course lah ada banyak je tips untuk toilet train atau potty training ni. Tapi lain anak, lain caranya kan. Mana lah tahu, bila kita berkongsi ni pun dapat la membantu ibu-ibu lain di luar sana.

Saya started train Nourah masa dia lagi beberapa minggu nak masuk umur dua tahun. Masa tu fikir, sebab saya tak bekerja lagi, so cuba lah untuk toilet train Nourah awal-awal. Tengok kakak train anak-anak dia macam senang je.

Tapi.....

Tak semudah yang disangka. Hahahaha.

Status Facebook ni kenangan masa baru-baru ajar Nourah untuk toilet train.


Sejak kejadian itu, Nourah pakai pampers balik. Ada pernah terbaca di blog (kot?) Nurul ( Nurulism dayfordills.com), yang anak-anak dia diapers free bila anak dia dah ready sebab dia tak nak pening kepala kalau anak dia terkencing merata-rata.

Memang betul pun, masa Nourah terkencing tu rasa stress sebab kita ni macam ada penyakit was-was ke OCD ke, tak tau lah mana satu, terutama kalau bab kebersihan macam ni. Kalau tak yakin tempat tu bersih, risau sangat la kan solat tak sah. So terpaksa lah simpan hajat untuk Nourah diapers free tahun tu.

Dan beberapa bulan lepas tu, masa pergi Big Bad Wolf, terjumpa buku Toilet Training Without Tantrums ni. Apa lagi, rembat je lah since murah. But end up, tak baca pun. Hahaha... faham-faham je lah, mana ada kerajinan nak membaca buku sejak ada anak.


Masuk tahun 2016 ni, tak ingat pula bulan berapa, maybe April kot lepas berhenti kerja main-main kat gym, start balik train Nourah untuk ke toilet. Masa ni memang nekad sebab terfikir, baik ajar dia sebelum dia dapat adik (masa ni tak tau pun bakal pregnant dalam masa terdekat). Nanti dengan nak jaga anak kecil lagi, nak train Nourah lagi. Boleh jadi bertambah stress kot..

Hari pertama, simpan segala carpet kat rumah. Lantai biar clear. Then, aplikasi lah tips ibu, kakak dan apa yang dah baca kat internet, which is setiap setengah jam pergi ke toilet. Tapi setiap kali pergi toilet, tak ada apa pun yang keluar. Hahaha. Dan seperti yang dijangkakan, untuk hari pertama, berlakulah kes kebocoran. Lebih kurang dua kali dia terkencing tak bagitau. Memang kena sabar je lah masa ni. Untuk tidur malam pula memang pakaikan pampers lagi.

Hari kedua, duk fikir lah juga macam mana nak buat Nourah faham apa tu kencing sebab nampak gaya dia macam tak faham lagi kan. Tambah pula Nourah bukan jenis kerap kencing. So saya pun decide untuk biar je dia kencing suka hati. Huhuhu. Dan hasilnya nampak masa hari ketiga, dia dah tau perasaan nak terkencing tu. Dia kepit kaki dan tahan. Masalah time ni cuma, bila dah tak tahan baru bagitau nak kencing.

Dan hari-hari selepas tu, alhamdulillah, dia dah tau bila waktu nya untuk ke toilet sampai dia sendiri cakap tak nak pakai pampers. Kalau keluar jalan, saya offer dia untuk pakai pampers sebab takut la dia dah seronok berjalan, lupa nak kencing kan. Dah lah budak ni jenis memilih nak toilet yang cantik je. Tapi dia sungguh-sungguh kata tak nak pampers. Dah macam tu, okaylah, malas nak bertekak... tapi bawa je lah pampers spare dalam bag. Sekarang malam pun dah tak pakai pampers. Sebelum tidur wajib suruh Nourah kencing dulu. Tapi kalau yang jenis kerap kencing, mungkin kena bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk bawa anak ke toilet. InsyaAllah, lama-lama mesti boleh diapers free.

Sekali-sekala tu ada juga la kebocoran lagi. Kitorang pun dah siap-siap beli alas tilam yang ada plastik. Senang sikit nak bersihkan kalau terkencing atas tilam.

Basically, perkara paling asas perlu ada bila nak toilet train anak ialah keSABARan dan keRAJINan yang tinggi.

SABAR bila anak terkencing bersepah.
RAJIN untuk tanya dan bawa anak ke toilet.

Kita sebagai ibu, lagi faham anak kita macam mana kan. So, perhatikan anak kita senang belajar macam mana.

Harap tips tak seberapa ni dapat membantu. :D

Sunday, January 25, 2015

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

Assalamualaikum,

Ini adalah tajuk berita Utusan Online hari ini.

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.

Rohani berkata, setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.

Namun, jelas beliau, itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.

“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka,” katanya.

Jika kita faham sebenarnya, merotan itu sendiri diajar oleh Nabi saw. Dan sangat digalakkan setiap rumah untuk ada sebatang rotan serta menggantungkan rotan di tempat yang anak senang nampak. Ianya sebagai satu didikan disiplinkan anak.

Tetapi Nabi saw juga dah bagi guideline kepada kita macam mana cara yang betul untuk merotan. Bukannya suka hati saja nak pukul macam mana. Sebab itu banyak yang jadi kes dera sekarang ni. Merotan bukan satu budaya atau adat, ianya ajaran Nabi saw. Yang penting, setiap apa yang kita lakukan itu perlu ada ilmu.