Thursday, March 7, 2013

Baju kurung dan tudung

Seperti  hari - hari biasa, waktu break pagi pukul 10 saya turun makan dengan kakak - kakak kat ofis. Biasanya waktu rehat 30 minit ni boleh dikatakan waktu untuk setiap orang meluahkan perasaan masing - masing. Tapi macam biasa, saya ni cuma diam dan dengar je lah. Unless kalau saya diajukan soalan atau ada apa2 yang saya rasa musykil, barulah saya bersuara. 

So, apa yang baju kurung dan tudung ni?

Ada seorang akak ni cerita, boss dia tiba - tiba tanya kenapa perempuan kena pakai baju kurung dan tudung. Pada pendapat dia, perempuan yang pakai baju kurung sebab nak cover badan yang dah berlapis - lapis, dah gemuk. Pakai tudung pula sebab saja nak ikut fashion (mungkin dia refer kepada hijabista-stylista whatever), tak pun sebab rambut dah berwarna.

Ok.

That moment I was like, jaw dropping juga lah. Akak tu sambung lagi, dia pun memang tak puas hati la sebab boss dia seorang lelaki melayu and obviously seorang yang beragama Islam.

Saya pun memang tak boleh terima bila someone cakap macam tu. Especially bila apa yang diperkatakan adalah suruhan dari Allah. Saya nak cerita lebih2 tentang hukum Allah ni, takdelah reti dan expert. Tapi semua orang sedia maklum bahawa menutup aurat tu wajib. Aaahhh.. sedih pula rasanya. Seorang yang kita anggap dia sebagai seorang imam, yang patut membimbing sanggup memperlekehkan orang yang berbaju kurung dan bertudung?

Sama2 lah kita doakan mereka2 yang begini akan dibuka pintu hati mereka. Kadang2, bukanlah salah dia sepenuhnya. Kita sebagai perempuan pun kalau dah tahu tata tertib pakaian menutup aurat tu macam mana, harap-harap dapat lah kita apply ilmu yang kita tau. Apa yang kita pakai melambangkan siapa diri kita. Jangan jadikan diri kita mangsa fashion. :)

Sunday, August 12, 2012

Di imigresen Kluang

Assalamualaikum wbt and hello peeps!!

Isnin lepas, 6 Ogos Selangor cuti sempena Nuzul Al-Quran... So, saya dan suami decide untuk buat passport on that day (tak nak apply cuti untuk buat passport. Kena save cuti untuk event lain.. huhu). Mula2 ingat nak buat passport kat Sri Rampai je. Tapi since kami balik kampung Kluang weekend tu, kami buat je dekat Pejabat Imigresen Kluang. At first, macam ragu2 juga service kat Kluang ni. Saya siap expect tempat ni mungkin service slow walaupun tak ramai orang. Dan rupanya.......

Oh maafkan saya! Tanggapan saya salah sama sekali... Hahahaha.. Rupanya orang ramai (mostly chinese) dan service seperti yang dijanjikan di pejabat imigresen yang lain - which is, passport siap dalam masa 1 jam selepas pembayaran. *wink wink*

Ada orang tu kata, pukul 7.30am nak tunggu depan pejabat imigresen. Tapi pukul 7.15am tengah tidur lagi.. Hahahaha... In the end, kami keluar rumah pukul 8 lebih (sebab tiba2 saya sakit perut... tapi dah siap awal dah.. betul!). And it was around 8.50am saya ambil nombor lepas dah siap isi borang. Perkara lain yang perlu disertakan dengan borang tu ialah dua keping gambar passport, satu salinan IC (tapi lepas tu dia bukannya perlukan pun. Officer tu minta IC betul je) dan passport lama bagi yang nak renew.

Suami yang excited nak buat passport for the first time. Sanggup beratur dua kali untuk ambil nombor sebab nak ambil gambar... Pfftt!~



1038 nombor saya.. Sekarang dah 1024, ada 14 orang lagi. Tapi tunggu tak lama pun.. Alhamdulillah urusan semua cepat.. :) Borang ni juga borang pertama status perkahwinan saya di tanda di kotak kahwin.Hihihi. ;P


Dalam pukul 9 lebih tu, nombor saya dipanggil dan seminit dua lepas tu nombor suami pun dipanggil. Tak sampai 15 minit urusan borang dah settle. Lepas buat bayaran, tak sampai sejam pun passport kami dah siap. So sebenarnya, kami berada di pejabat imigresen tu lebih kurang sejam sahaja. Oh saya sangat teruja dengan service di imigresen. Sama seperti dulu, tip top! Hihihi.. :)



p/s: entry ini hasil dari permintaan suami sebab dia excited first time buat international passport. kehkehkeh~

Thursday, November 17, 2011

10 Sebab Doa Kita Tidak Diterima

Assalamualaikum,

Tadi saya terbaca buku hadith 40 (Mustafa Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar, 2008). Tengah belek - belek buku tu, saya tertarik dengan hadith ke-10, mengenai baik dan halal - syarat diterima doa. Some of you may know about this hadith but some may not (macam saya yang baru juga tau... hihi). So I try to summarize and share it. Hadith tersebut bermaksud:

Dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, tidak Ia terima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintah orang2 mu'min dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekalian rasul. Maka Allah Ta'ala berfirman (seperti yang disebut dalam hadith, yang ertinya): Hai sekalian rasul! Makanlah dari yang baik2 dan beramallah akan yang baik. Dan Ia berfirman: Hai sekalian orang yang beriman! Makanlah dari segala yang baik2 yang telah rezekikan kepada kamu. Kemudian ia menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): Hai Tuhanku! Hai Tuhanku! Pada hal makanannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya?
[Riwayat Ahmad no 8348, Muslim no.1015 dan al-Tirmizi no.2922]


Selain daripada makanan yang haram, segala perbuatan yang haram atau maksiat juga antara sebab - sebab doa kita tidak diterima. Daripada hadith ini juga kita dapat lihat bahawa betapa Allah menjaga segala apa yang kita makan, dari mana sumber makanan tersebut dan juga kelakuan kita.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah - tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan nikmat - nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Semoga kita mendapat pengajaran dan reflect balik diri kita daripada sepuluh perkara ini... Allah itu baik, tidak akan diterima melainkan yang baik. Sama - sama kita berubah menjadi insan yang baik. InsyaAllah. :)

Tuesday, August 9, 2011

5 Bonus Khas Ramadhan

Assalamualaikum,

Sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Jom kita check apakah bonus dan kelebihan di bulan mulia ini?


5 bonus khas Ramadhan:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat2 terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurg-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir2 hamba2-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)

Bonus 4: Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain Ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada lailatul qadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."

(riwayat Ahmad)

sumber: majalah solusi

Semoga dengan sedikit info ni, kita lagi bersemangat nak berpuasa dengan penuh ketaqwaan.. insyaAllah. :)

Thursday, July 7, 2011

Al-Quran, Jawapan Kepada Semua Persoalan

Assalamualaikum,

Recently, saya terbaca satu entry solihin zubir yang bertajuk, "Kenapa aku diuji? maka Al-Quran menjawab"... if i'm not mistaken, rasanya saya pernah terbaca entry yang lebih kurang sama dekat blog kawan saya. Tapi blog kawan saya ni sudah di'private'kan... tak dapat saya nak kongsikan link blog kawan saya tu..

Saya nak quote some of the questions (or should i say, the most common questions) being raised by us and the answers to the questions...

Kenapa Aku Diuji Sampai Macam Ni?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " -(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa Aku Selalu Tak Dapat Apa Yang Aku Nak?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " -(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa Ujian Terhadapku Ini Sangat Berat?


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -(Surah Al-Baqarah ayat 286)

selanjutnya, boleh dibaca di sini.

and another interesting article yang saya terjumpa ialah berkenaan Tony Blair, former prime minister of England membaca al-Quran setiap hari. you might want to read it here.

A few of his words are, "I read the Qur’an [Koran] every day. Partly to understand some of the things happening in the world, but mainly just because it is immensely instructive." and it is also mentioned that "Mr Blair has previously praised the Muslim faith as ‘beautiful’ and said the Prophet Mohammed had been ‘an enormously civilizing force’."

Jika seorang non-Muslim boleh membaca Al-Quran setiap hari untuk mendapatkan jawapan dan petunjuk untuk permasalahan dunia sekarang, mengapa kita sebagai seorang Muslim tidak mengamalkan perkara yang sama? It is such a shame if we never practice to read the Al-Quran everyday, AT LEAST sebaris ayat...

Semoga kita semua dapat mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari, sebab ustazah saya ada mengatakan, ayat - ayat dalam al-Quran ni juga merupakan doa. Who knows that one day, when you read it Allah akan memakbulkan apa yang kita baca. :) Walau apa pun permasalahan kita pada hari ini, kita perlu berbalik semula kepada Al-Quran dan hadis. InsyaAllah kita akan dapat penyelesaiannya.

Abu Musa Al-Asj'ary r.a berkata Rasulullah bersabda: "Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Quran ialah ibarat buah limau, baunya harum dan enak rasanya sedangkan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah ibarat buah kurma yang tidak berbau tapi manis rasanya. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah bagaikan wewangian baunya harum tapi pahit rasanya sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah bagaikan buah hanzolah tidak berbau lagi pahit rasanya"
[Riwayat Bukhari Muslim]

This is also a reminder for myself.