Tuesday, April 18, 2017

PERKESO Run & Ride 2017

Assalamualaikum and hi,

Korang nak tau tak? Kalau tak nak tau pun memang saya akan cerita juga. Hahaha.
Ahad lepas, 16 April, saya join event larian PERKESO Run & Ride 2017.
Lari kali ni memang main redah je. Dengan tak ada training atau at least buat lah warming up sikit ke kan. TAK ADA!
Kali terakhir saya lari adalah setahun yang lepas, 17 April 2016, larian 7km untuk event CLAP Run kat Universiti Malaya (UM).
Yang paling tak sangka ialah, masa CLAP Run tu rupa-rupanya saya dah pregnant baru a few weeks.
Mana lah nak tau kan sebab ingatkan period masih tak regular. Hihihi. Alhamdulillah tak ada apa-apa.
Tapi lepas dah tau pregnant pun, bulan depannya still join larian anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia. Cuma kali ni tak lari lah.
Banyak berjalan sebab larian ni buat kat Bukit Cerakah. Faham je lah berbukit bukau. Mana nak larat berlari walaupun route
cuma 3km++.

So, berbalik pada cerita Ahad lepas. Larian PERKESO ni kira bergabung sekali dengan KL Morning Car Free yang biasa diadakan pada hari Ahad.
Dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi beberapa jalan di kawasan Kuala Lumpur akan ditutup dan mostly orang akan buat aktiviti berbasikal dan berlari di sekitar jalan yang tutup ni.

Memang syok laa dapat jalan keliling KL. Tak risau kena langgar kereta pun. Unless kalau ada orang gila bawa kereta rempuh kitorang. HAHA.

So ceritanya begini...

Hari Sabtu kawan saya Nina dah janji nak ambil saya kat rumah. Dia kata pukul 5.30 pagi gerak.
I was like, "awal gila!?" tapi dalam hati je lah kan. Hihi.
So, OK je lah. Sebelum tidur dah set alarm bangun pukul 5.25pagi. Hahaha. Padahal sebelum keluar rumah nak kena pam susu untuk Raudah.

Esoknya pukul 5.20 pagi saya dah terjaga. Check handphone, ada message dari Nina.
"Nad, dah bangun ke? Subuh kat rumah masing-masing. InsyaAllah sempat. Dalam 6.30 Nina amik ye..."

Nampak je 6.30 Nina amik, terus saya sambung tidur. HAHAHAHA.

Then pukul 6 pagi baru bangun, pam susu dan siap-siap lah.
Dalam pukul 6.15 pagi tu Nina dah message kata "Nina otw dah".
OK. Nad estimate sebelum 6.30 pagi dia sampai lah rumah saya.
Tapi dah pukul 6.35 pagi pun masih belum nampak bayang (walaupun bayang memang tak nampak waktu ni sebab gelap. :P )
6.45 pagi baru Nina sampai. Tau tak 6.45 pagi tu jalan kat KL dah tutup??
Lepas ambil saya, kitorang gerak ke Setiawangsa pula ambil lagi sorang kawan. Masa tu dah pukul 7 pagi.
Dan korang nak tau lagi? Pukul 7 pagi tu sepatutnya dah flag off. HAHAHA.

Supposedly kitorang nak parking dekat area Dataran Merdeka lah sebab starting point dekat depan bangunan DBKL Jalan Raja Laut tu.
Tapi sebab jalan dah banyak tutup, kitorang pusing punya pusing KL tu, pukul 7.30 pagi baru dapat parking dekat tepi Dataran Merdeka.
Rezeki kitorang dapat kat situ sebab lepas kitorang masuk je, orang DBKL tak kasi orang lain pula masuk sebab parking penuh.

So...
Pukul 7.30 pagi baru nak start lari untuk 7km. Untuk orang yang baru nak mula lari, dengan tak ada training lagi.
Agak-agak pukul berapa dapat habiskan 7km tu?
Jangan terkejut kalau saya cakap pukul 8 pagi kitorang dah sampai finishing line. HAHAHA.
Sebab masa lari tu, ada satu simpang sepatutnya kitorang kena belok kiri. Tapi pakcik yang jaga tu kata jalan terus je.
Kitorang pun jalan lah terus. Tengok ramai je yang lari terus.
Tiba-tiba saya cakap kat Nina, "Eh Nina, tu bukan dah nak sampai ke finishing line ke?"
Rupanya kitorang ambil short loop. Meaning, route kitorang tak sampai 7 km pun. Lebih kurang dalam 2km++ je.




Dah sampai finishing line tu kitorang gelak lah. "Bangga" dengan pencapaian larian hari tu yang cuma ambil masa 30 minit untuk habis. Hahaha.
BUT, looking at the bright side. Bagus juga la tak lari sampai 7km. Sebab hari tu stamina memang out. Tak larat nak lari jauh. :)
Takpelah. Yang paling penting, medal pun dapat juga. So, another medal into my collection! ;)





 Next run, kat SHAH ALAM 10KM hujung bulan JULAI nanti.
Agaknya lah kan, apa yang akan terjadi ye? *walaupun lambat lagi tapi dah nervous*

No comments:

Post a Comment