Assalamualaikum and hi,
So Nourah has been asking about making donut for a couple of months now.
Ye... berbulan dah dia request nak buat donut.
Kalau balik kampung, dia selalu tengok nenek dia buat donut.
Tahun lepas, sebelum bersalin pun sempat juga lah cuba buat donut sendiri.
Agaknya dia rasa syok buat donut, tambah pula Nourah memang hantu donut. Tu yang bila dia nampak saya beli tepung, dia minta buat donut.
Tapi macam biasalah... ambil masa semangat rajin tu nak datang. Hahaha.
Dah la hari Ahad tu rasa letih lain macam. Nak tidur je rasanya. Tapi sebab dah janji dengan Nourah, janji haruslah ditepati kan? :P
Dan seharusnya aktiviti ini dibuat sebelum puasa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti menjilat gula di tangan.
Kebetulan bahan untuk buat donut tu cukup... lepas lunch dan siap-siap susukan Raudah, saya pun start lah menguli.
Resepi donut ni pun ambil dari internet (of course lah kan... haha). Disebabkan previously guna resepi ni menjadi, so saya pun recycle saja resepi lama. Sebenarnya tak sangka juga berjaya buat donut ni (alhamdulillah). Sebabnya saya ni jenis tak berapa reti kalau buat something menggunakan yis. Dulu pernah cuba buat pretzel, tapi tak tau lah mana silapnya. It turned out to be so keras, tak seperti pretzel Makcik Anne tu. :(
Maka, inilah hasil donut yang kami buat. Lembut dan gebu.
Dah cuba juga simpan separuh buat frozen donut. Bila gorengkan the next next day pun masih lagi lembut. Yay!
Kasi peluang kat Nourah untuk main doh. Kesian dia asyik cakap nak main playdoh, tapi mumu dia duk simpan playdoh atas almari sebab malas nak kemas. Haha.
Itu sahaja untuk hari ini. Bulan Ramadan bakal tiba. Selamat berpuasa kawan semua. :)
wahhh.. pandainya buat donut... nampak sedap..
ReplyDelete