Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Makanan Lancarkan Susu Ibu

Assalamualaikum,

Tadi terbaca artikel ini dalam website Pa&Ma dan rasa nak berkongsi juga di sini.

 *****

Tugas utama seorang ibu selepas melahirkan bayi adalah memberikan susu ibu kepada anak tersayang. Jika di dalam kandungan, bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk menerima segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesarannya.

Sebaik lahir, organ si kecil masih belum terbentuk dengan sempurna. Justeru hanya susu ibu adalah makanan awal terbaik yang sesuai dengan organ penghadaman bayi. Memang ada ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya atas faktor-faktor tertentu yang menghalang dia daripada menyusukan si comel tetapi seperti diketahui umum susu ibu adalah susu paling sempurna untuk bayi kerana khasiatnya yang sangat kompleks.

Antara masalah yang menghalang ibu daripada menyusukan bayinya adalah jumlah susu yang tidak mencukupi bahkan selepas dipam sekalipun, kuantiti susu yang keluar hanya sedikit sahaja. Beberapa langkah perlu dilakukan oleh ibu menyusu sekiranya mahu terus susu yang dihasilkan cukup untuk diberikan kepada si kecil. Antara langkah yang paling mudah iaitu menjaga pemakanan. Makan makanan yang kaya dengan khasiat agar ia menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Ada beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh meningkatkat pengeluaran susu ibu. Ibu disarankan mengelakkan pengambilan makanan pedas kerana ia memberikan kesan kepada penghasilan susu yang mengakibatkan bayi susah menghadamnya.


Berikut adalah senarai makanan yang disarankan kepada ibu menyusu agar meningkatkan penghasilan susu ibu.

Pelbagai sayur-sayuran
Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran yang digalakkan adalah brokoli, sawi putih dan lobak putih. Lobak putih merupakan salah satu milk booster yang popular dikalangan ibu menyusu.

Buah-buahan
Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.

Bijirin
Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.

Buah-buahan kering
Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot,  secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang cukup tinggi. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Ikan
Ikan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.

Produk tenusu
Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Atau secara mudahnya perlu ingat, untuk menghasilkan susu, kita perlulah minum susu (kalsium). ;)

Teh herba
Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.

Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar. Para ibu boleh bertanyakan pada pakar laktasi atau jururawat di klinik ibu dan anak atau di hospital anda bersalin.

Yang penting, jangan stress kerana bila anda stress, ia juga mempengaruhi kuantiti susu -- susu berkurang.
Dan andai kata anda telah mencuba pelbagai cara, tapi susu yang terhasil masih tidak mencukupi, jangan rasa tertekan dan sedih. Bersabar dan cuba untuk bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah dah berikan. Ingat, rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dan bila kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi rezeki kita. InsyaAllah... :)



** Shaklee juga mempunyai set untuk ibu menyusu, boleh klik sini.

Friday, October 11, 2013

Kisah breastfeeding journey saya :)

Assalamualaikum wbt and hello!

Semalam tergerak hati nak baca blog Rilla. Dan saya terbaca satu post berkenaan susu anak. Saya setuju dengan apa yang cuba Rilla sampaikan dalam entrinya "Susu anak: Ada apa dengan status?". Sekarang ni ramai yang dah semakin aware dengan kebaikan susu ibu. Dan mostly, ramai ibu2 yang bersungguh2 nak berikan anak2 mereka yang terbaik, iaitu dengan memberi susu ibu. Paling penting, 6 bulan pertama tu diberi susu ibu secara eksklusif. Sampai satu tahap, saya tengok ianya bagaikan satu obsesi bagi sesetengah ibu2. Setakat ni, alhamdulillah saya tak pernah jumpa atau dengar orang yang memperkecilkan orang lain yang tak dapat nak breastfeed (BF) anak mereka.

Waktu mengandung dulu, saya memang dah berniat nak beri susu ibu sepenuhnya untuk anak saya. And my husband fully support me. Nurse2 di klinik kesihatan pun memang menggalakkan BF dan mereka siap ajar cara2 nak perah susu. Tapi, waktu tu saya lupa satu perkara- I didn't dig as many knowledge as I should about breastfeeding. Apa yang diajar, itu saja ilmu saya. Saya sangka beri susu ibu ni mudah saja. Rupanya sangkaan saya meleset. Lepas bersalin, saya tak tau cara2 pegang baby ketika menyusu macam mana- actually nurse dah ajar pun tapi lupa. Dan saya tak tau apa yang perlu saya buat bila puting mula melecet dan berdarah. Hari ketiga je, saya dengan berat hati terpaksa beri formula pada Nourah. Takkan nak bagi dia minum susu dengan darah kan? Ingat lagi, waktu susukan dia tu, menitik2 air mata sambil cakap, "maafkan ummu baby". Panggil baby sebab tak ada nama lagi time tu. Hahaha.

Then, saya cuba perah sikit2 susu saya (takut nanti kena bengkak susu). Apa2 hasil yang saya dapat, saya bagi Nourah. Tapi tak cukup juga untuk Nourah. Berapa minggu terpaksa top up dengan formula. Walaupun orang selalu cakap, susu ibu sure punya cukup. But it doesn't apply to all babies and mothers. Nourah minum banyak dan kalau time tu puting berdarah, takkan saya nak bagi susu yang ada darah? So saya fikir, daripada saya stress dengan nak fully breastfeed ni, baik saya buat apa yang saya termampu. Awal2 tu, boleh katakan Nourah lebih formula dari breastmilk. Tak kisah la. At least, dia still dapat khasiat susu ibu, that made me happy. Bila kesihatan saya semakin pulih dan boleh breastfeed, saya start breastfeed sikit2 tapi masih lagi top up dengan formula.

Alhamdulillah sekarang dia lebih banyak minum susu ibu dari formula. Kalau nak kata dalam bentuk ratio, boleh kata 90:10 which is 90 for breastmilk dan 10 for formula. Saya tak ada stok ebm yang banyak2 macam ibu lain. Apa yang saya pam hari ni, dapatlah dalam 15oz, cukup untuk Nourah minum hari esok. Kalau ada lebih pun, dalam 5oz je sebagai spare. Itupun dah cukup bersyukur pun. Yang paling buat saya lega ialah Nourah tiada nipple confusion. Walaupun diberi minum botol seawal tiga hari, dia masih prefer nak menyusu badan. Tapi jangan bagi puting, sampai sekarang dia tak suka puting. Suka sangat buat gaya nak muntah. Haha.

So for all new mothers and mother-to-be out there, sila lah cari ilmu breastfeeding banyak2. Dan kalau tak mampu nak beri susu ibu sepenuhnya pun, jangan rasa down sangat. Usaha mana yang mampu. Kalau sedih dan stress, lagi kurang susu tu. Hihihi. Kalau nak ambil supplement, sila lah ambil. Saya ni pun macam2 dah cuba, makan habbatusauda, kurma, madu, air longan, horlicks, ambil supplement shaklee, halba, air coklat dari the milk story dan yang penting doa kepada Allah. Ingat! Setiap usaha kita tu insyaAllah diberi ganjaran.

 .
.
Edited (25 Oct 2017) : Ilmu baru... kalau ada ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu, tapi masih mahu memberikan susu ibu, mungkin boleh consider untuk mencari ibu susuan. Cari dulu ilmu tentang ibu susuan untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Kalau boleh, jadikan susu formula tu sebagai last option.