Thursday, April 10, 2014

Anak Dan Pasir Pantai

Assalamualaikum,

Sejak Facebook Oh!Media berkongsikan video mengenai Kinetic Sand, rasa excited dan kagum dengan teknologi sains. Walaupun dulu saya pelajar sains, tapi setakat tau yang asas je la. Ilmu tak sampai lagi ke tahap macam mana nak cipta pasir boleh melekat. Hahaha.

Rumus E=MC2 yang sepatutnya boleh cipta bom nuklear pun saya tak faham macam mana rumus tu boleh cipta bom nuklear? Pfftt!~ ok. Merepek pula.


Anyway, penting ke bermain dengan pasir ni?

Kalau anda seorang ibu bapa yang concern dengan perkembangan anak - anak, mungkin penting. Tapi, ada juga ibu bapa yang prefer untuk menggunakan kaedah lain selain bermain dengan pasir. Sebab mungkin ada yang rasa pasir tu kotor atau mungkin ada yang allergi dengan pasir.
Bermain pasir merupakan antara permainan yang memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak. Jari-jemari kecil yang menggenggam, mengepal serta membentuk pasir dapat membantu perkembangan deria sentuhan dan mengasah skil pergerakan jemari yang halus (fine sensorimotor skills). Selain itu, daya kreativiti dan imaginasi anak anda juga dapat ditingkatkan.

Bermain dengan pasir bukan sekadar bermain tetapi ia juga merupakan sebuah proses pembelajaran yang dapat meningkatkan daya tumpuan atau fokus anak anda. Kesemua faedah bermain pasir ini sememangnya dapat menjadikan anak anda lebih pintar dan cergas.

Macam anak saya, Nourah, dia baru berusia 10bulan. Belum tau lagi apa yang dia perlu buat dengan pasir selain dari masukkan dalam mulut. -_-"

So, saya tak beli pun kinetic sand ni. Tunggu dah besar sikit lah. Lagipun dalam website tu kata kinetic sand untuk 3 tahun and above. So, in the meantime kita pergi pantai je dulu.

Waktu Nourah 4 bulan, dia dah jejakkan kaki di pasir Pantai Teluk Batik, Perak.

Saja nak bagi dia rasa tekstur butiran pasir ciptaan Allah. ;)

Umur dia 7 bulan, kami ke Pantai Puteri, Melaka. Nampak macam dia suka dan tak kisah bila diletakkan atas pasir.


Yang paling terkini, kami ke Teluk Gorek, Mersing. Agak terkejut sebab dia menangis bila kami letakkan dia atas pasir. Hahaha... mungkin dia dah mula faham perasaan geli dan boleh fikir, "eh? Apa benda yang aku pijak ni? Gelinyaa!" Hihihi...


Nangis bersungguh pula dia. Ingatkan dia tak ada masalah dengan pasir pantai sebab sebelum letakkan dia, kakak ipar baru je tanya kalau - kalau Nourah takut dengan pasir ke tak. Saya cakap lah tak sebab sebelum ni okay je dia.

Sekali.........

Hahahaha... tak apa lah. Next time kita cari pantai lain lagi sampai dia dah tak nangis. Tak pun nanti beli kinetic sand letak kat rumah. Nak buat rendam kaki dalam kinetic sand tu pun boleh. :p

Wednesday, April 9, 2014

GA Nurul Yui Collection

Assalamualaikum...

Tengah blogwalking, tiba - tiba terbaca entri Kak Mia pasal giveaway (GA) dari Yui. Tak sangka Yui pun buat GA juga. Hehehe. Rasanya tak salah kalau saya join untuk memeriahkan lagi GA ni -- sebagai tanda sokongan. Hehehe...

http://nusha1706.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html

Dah follow blog dan like Facebook page. Ok cun!

Jom ramai - ramai join GA ni... boleh dapat set pisau! Sesuai lah dengan saya yang baru pindah rumah. Barang - barang dapur tak cukup lagi ni. Kalau bernasib baik lah. Hihihi...

Tarikh penting :

GA tamat : 24/4/2014
Senarai peserta : 25/4/2014
Tempoh semak peserta : 25/4/2014 - 27/4/2014
Senarai pemenang : 29/4/2014

Jangan terlepas peluang ni! ;)

Tuesday, April 8, 2014

Teluk Gorek, Mersing, Johor

Assalamualaikum,

Hujung bulan Mac haritu, family belah mak anjurkan family day. Buat di chalet Gorek Bay, Teluk Gorek, Mersing. Kat sini, selain bilik chalet, ada kawasan luas untuk kita berkhemah.


This is where we were staying during our 2 days and 1 night family day, Teluk Gorek.
 

Gambar kiri, bangunan dua tingkat tu bilik besar. Ada katil queen size dan katil dua tingkat - bawah queen size, atas single size. Tapi bilik kosong... nasib baik ada cermin. Toilet kecil, tak ada heater dan tak berapa nak bersih. :( 
Gambar sebelah kanan bangunan setingkat tu bilik kecil. Cuma ada satu queen size bed saja. Tapi at least ada para-para. Boleh lah letak barang - barang make up, makanan atas tu instead of letak kat lantai saja.


Ini pula pantai nya -- landai sangat. Jalan jauh ke tengah laut pun masih cetek. Tapi waktu ni air tengah surut. Memandangkan hari pertama tu tak banyak sangat aktiviti, kami duduk tepi pantai je. Dapat tengok air mula pasang, sikit - sikit kawasan pasir ditutupi air. Kagum sekejap! Hahaha. Dan walaupun air pasang, macam saya cakap tadi, air tetap cetek untuk dewasa. Paras air setakat di pinggang.


Subhanallah... cantik sangat warna langit tu. Menghabiskan masa di pantai, hutan, sungai dan mana - mana nature sangat menenangkan. :)

Monday, April 7, 2014

Ostematrix: Cerita Saya

Assalamualaikum...

Waktu mengandung dulu, saya beli set hamil Shaklee. Set hamil tu consist of Vita-Lea (multivitamin) with iron, vitamin B, Vitamin C, Ostematrix. These are the essential vitamins and minerals needed during pregnancy. Sebagai tambahan, saya beli ESP untuk membekal tenaga seharian.


Yang paling penting ialah kalsium kerana kalsium membantu pembentukan tulang untuk bayi. Betul?
Dalam masa yang sama, kita juga tak mahu kehilangan kalsium kerana bimbangkan osteoporosis di kemudian hari. Betul?

Maka, Ostematrix jawapannya. Hehe. Sebab...

Ostematrix tak perlu nak bancuh dan minum. Telan saja pil, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Mudah bukan? Ianya mengandungi kandungan kalsium yang mencukupi untuk seharian. Satu pil mengandungi 250mg kalsium dan disarankan untuk mengambil 4 biji pil setiap hari. Seperti entri saya sebelum ni, wanita hamil memerlukan approximately 1000mg kalsium.

Waktu mengandung, trimester pertama mungkin tak perasan sangat. Bila masuk trimester kedua dan ketiga, kandungan semakin membesar, dah tentu lah keperluan kalsium tu lebih sebab waktu ni bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dia. Dan waktu ini lah saya mula kena kejang di betis atau orang kata simpul biawak malam -malam. Pagi pula bila gosok gigi selalu berdarah. Semua ni sebab saya kekurangan kalsium. So, saya pun makan Ostematrix secara konsisten dan alhamdulillah tak mengalami kekejangan dan gusi pun tak berdarah lagi.

Honestly, saya ni bukan jenis tak suka minum susu. Saya suka minum susu dan selalu juga beli susu Anmum waktu mengandung hari tu. Bukan setakat Anmum, susu kambing, susu unta, susu Dutch Lady pun saya minum. Tapi at one point, saya mula rasa bosan dan muak untuk minum susu. Sebab tu saya ambil Ostematrix.

Kelebihan lain jika mengambil Ostematrix ialah 
  • Mengurangkan stress
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mengurangkan sakit ketika haid
  • Membantu dalam masalah gastrik
  • Mengurangkan sakit migrain

So, sesiapa yang berminat untuk mencuba supplement Ostematrix ni, boleh hubungi saya di 013-7319472. ;)
Beli 6 percuma 1!



Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira ♥
013-7319472

Friday, April 4, 2014

Risiko HB Rendah Ketika Mengandung

Assalamualaikum...

Bahayanya jika HB rendah ketika mengandung. Perkara ini tidah boleh dipandang remeh kerana ianya sangat serius!!

Punca HB Rendah
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
Risiko HB Rendah

Kesan kepada ibu:
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kepentingan HB Ketika Hamil


Kandungan Kurang Dari Lima Bulan
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
sumber: google
Gambar ini dapat menerangkan sedikit kenapa pentingnya hemoglobin (HB) ni. HB membawa oksigen dalam tubuh kita dan kita sedia maklum bahawa oksigen penting untuk kehidupan. Oleh sebab itu, jika kekurangan HB, maka kurang lah juga kandungan oksigen dalam tubuh kita -- dan kesannya adalah seperti risiko yang saya mentioned earlier.

Cara Terbaik Untuk Meningkatkan Paras HB Dalam Darah

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
  • Daging ayam: bahagian dada
  • Kerang: 20 biji
  • Ikan bilis
  • Hati
  • Kuning telur
  • Buah kering cth: kismis, prun

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.
sumber: google
Ok. Gambar ini terlampau saintifik. Basically gambar ini menerangkan bahawa zat besi (Fe) sangat penting untuk pembentukan HB. So, bagi mereka yang mempunyai kadar HB kurang dari sepatutnya boleh lah mencari diet yang mempunyai zat besi yang tinggi dan perlu diingatkan sekali lagi untuk mengambil zat besi bersama vitamin C kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan sempurna. :)


p.s: Maafkan entri yang bersifat nerd ini. Can't help it. Haha