Wednesday, March 11, 2015

Masalah Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum,

Secara jujurnya, saya merupakan salah seorang yang mengalami masalah period tidak teratur. Saya percaya, wanita yang mengalami masalah ini pasti akan rasa rendah diri dan sedikit kecewa bila mengalami masalah ini terutama sekali mereka yang telah berkahwin.

Jika waktu remaja atau sebelum berkahwin, boleh dikatakan saya gembira juga bila kitaran haid tak teratur ni. Saya tak anggap ianya sebagai satu masalah pun, malah saya happy sebab tak perlu mengalami period pain setiap bulan dan jika bernasib baik, saya dapat berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Hehehe.



Tapi bila dah berumah tangga ni... baru lah nak belajar faham tubuh sendiri. Baru lah nak ambil tau kenapa kitaran haid tak teratur ni dikatakan satu masalah.

Kenapa penting sangat kitaran haid normal?

Wanita yang telah berkahwin, sudah semestinya tak sabar untuk menimang cahaya mata. Tapi, bila kitaran haid tak teratur, bagaimana pula kita nak merancang? Walaupun di farmasi luar sana ada menjual test strip untuk menentukan waktu subur, tapi berapa lama pula kita nak bergantung pada test strip. Dah la mahal... T_____T


So, akhirnya saya mencuba sendiri produk Shaklee. Saya ambil produk yang membantu kesuburan wanita iaitu Alfalfa dan GLA Complex.

Awalnya saya sendiri tak berapa yakin keberkesanannya sebab tak jadi apa-apa pun lepas makan. Ada yang kata, lepas makan Alfalfa terus keluar darah haid, whatsoever. Tambahan pula saya ni kejap makan, kejap tak. Tak konsisten langsung! Tapi bila fikir balik, macam mana lah nak berkesan kalau tak konsisten.


So, beberapa bulan lepas saya cuba konsisten makan Alafalfa dan GLA Complex. Without fail saya makan hari-hari. Alhamdulillah dah dua bulan period saya datang on time. Waktu bulan pertama datang period, ingat nak kongsi cerita ni tapi bukti belum kukuh lagi. Tapi bila dah bulan kedua period datang pada waktu yang sepatutnya datang, baru lah saya percaya ikhtiar saya berjaya. Semua pun dengan izin Allah.

Kita tunggu dan lihat pula update bulan depan. Siapa tahu, perut ini bakal berisi? Hiks~

*****

Dapatkan produk kesuburan Shaklee dari saya. Konsultasi adalah PERCUMA untuk semua pelanggan saya.

Shaklee Independent Distributor
Nadhira
0137319472

Monday, March 9, 2015

Promosi Shaklee Bulan Mac 2015

Assalamualaikum semua,

Promosi ESP kembali lagi. Kali ni offer lebih menarik iaitu anda boleh pilih sama ada ingin membeli 6 tong ESP dan dapat satu tong PERCUMA.

atau pun...

Beli dua tong ESP dan dapat DISKAUN sebanyak 5%. Jimat banyak juga tu kan?

Selain daripada ESP, ada produk lain juga yang dipilih untuk promosi bulan ni iaitu Zinc Complex dan Vita-Lea for Children.

Buat ibu-ibu yang berpantang atau pun mereka yang mengalami masalah rambut gugur, memang saya cadangkan sangat-sangat untuk grab offer bulan ni.

ESP dan Zinc sangat membantu anda mengatasi masalah rambut gugur.

Dan ESP dan Zinc juga bantu untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh.


Info selanjutnya tentang Zinc akan saya ceritakan lebih detail di entry akan datang. 

Hubungi saya sekarang untuk dapatkan harga promosi di bulan ini. Jangan lepaskan peluang bulan ini kerana dengar cerita start April, harga produk Shaklee juga akan naik kerana GST.

Thursday, February 5, 2015

Masalah Sendi Sakit

Assalamualaikum,

Pernah tak anda mengalami rasa sakit-sakit sendi? Lenguh badan?
Atau mungkin ibu bapa anda mengalami masalah yang sama?

Biasanya, kalau pergi klinik mesti doktor akan beri ubat tahan sakit. Tapi kalau terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit akan membawa kesan negatif dalam masa jangka panjang dan badan kita akan menjadi imun terhadap ubat tersebut. Bila badan dah imun, ubat tersebut sudah tidak berkesan.

Apa yang akan saya cadangkan, rawatlah dengan cara yang selamat. Makanlah produk yang dijamin selamat dan berkesan contohnya seperti Shaklee.


Ye, Shaklee mempunyai produk yang khusus untuk masalah sakit sendi iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT). AJHT ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee AJHT mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, AJHT ialah formula sayur-sayuran 100%.



Selain itu, pengambilan kalsium dan minyak omega juga sangat membantu dalam mengatasi masalah tulang dan sendi. Yang mana kalsium (Ostematrix) untuk pembentukan tulang yang kuat dan minyak Omega (Omega Guard) sebagai pelincir antara sendi dan mengurangkan reaksi keradangan sendi.

Jangan bataskan aktiviti harian anda kerana masalah sendi. Rawatlah dengan segera.

Untuk sebarang info lanjut, boleh hubungi saya di 013-731 9472. Konsultasi adalah percuma untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-731 9472

Monday, February 2, 2015

Promosi Bulan Februari 2015

Assalamualaikum,

Sekejap saja dah masuk bulan Februari tahun 2015. Lama sungguh tak update blog ni. Banyak cerita yang nak dikongsi sebenarnya. Tapi tak apa lah. Kita cerita sikit-sikit dulu.

Untuk pengetahuan, saya masih lagi aktif menjual produk Shaklee. Maka, sebelum saya terlupa saya nak buat pengumuman promosi Shaklee untuk bulan Februari, iaitu...


Beli 6 PERCUMA 1 ataupun beli 2 dapat 5% DISCOUNT

Vitelea with Iron Formula
Vitalea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Disertakan bersama Iron sesuai untuk mereka yang mengalami HB rendah.
 
OsteMatrix
OsteMatrix membekalkan kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh.

Serta

Beli 3 PERCUMA 1

Advanced Joint Health Tablet
Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi.
 
Vitalea for Children
Lengkap dengan 19 vitamin dan mineral, membantu tumbesaran otak dan tulang serta menyokong sistem imun tubuh.

Kalau ada yang berminat, boleh lah terus hubungi saya di 013-731 9472. Nak dapatkan konsultasi pun boleh. Saya sedia membantu.


Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-731 472

Sunday, January 25, 2015

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

Assalamualaikum,

Ini adalah tajuk berita Utusan Online hari ini.

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.

Rohani berkata, setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.

Namun, jelas beliau, itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.

“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka,” katanya.

Jika kita faham sebenarnya, merotan itu sendiri diajar oleh Nabi saw. Dan sangat digalakkan setiap rumah untuk ada sebatang rotan serta menggantungkan rotan di tempat yang anak senang nampak. Ianya sebagai satu didikan disiplinkan anak.

Tetapi Nabi saw juga dah bagi guideline kepada kita macam mana cara yang betul untuk merotan. Bukannya suka hati saja nak pukul macam mana. Sebab itu banyak yang jadi kes dera sekarang ni. Merotan bukan satu budaya atau adat, ianya ajaran Nabi saw. Yang penting, setiap apa yang kita lakukan itu perlu ada ilmu.