Wednesday, September 17, 2014

Jalan ke Batam

Assalamualaikum,

Hujung bulan lepas, iaitu pada minggu merdeka, saya dan family bersama - sama makcik, pakcik dan sepupu (side ibu saya) berjalan - jalan ke Batam.

Siapa first time dengar Batam?

Batam ye, bukan batak. Hahaha.

Batam ialah salah satu daripada ribuan kepulauan Indonesia dan ianya terletak di bawah Singapura. Kami naik feri dari Singapura ke Batam perjalanan tidak lebih dari satu jam. Tapi andai kata ambil feri dari Johor, jika tak silap di Stulang, perjalanan mengambil masa hingga dua jam kerana perlu mengelilingi Singapura.

Sumber: Google
Jeti Sekupang, Batam
Setibanya kami di Batam, Vera iaitu tourist guide kami bawa kami ke jambatan Barelang. Jambatan ini merupakan simbol kebanggaan Batam. Sekali pandang macam jambatan Pulau Pinang pun ada. Haha.

Vera, tourist guide kami.

Jambatan Barelang, Batam
Dekat sini, ramai orang jual jagung bakar dan ketam bakar. Ketamnya besar! Tapi tak ada lah sedap sangat. Mungkin sebab berapa kali dah diorang bakar. So, isi ketam agak kering. Jagung bakar pula ada dua flavour; original dan spicy. Macam KFC kan? :P dua - dua sedap bila dimakan panas - panas.



Lepas tu, tengah hari kami makan nasi padang di kedai Pak Datuk. Macam kedai nasi padang kat Malaysia juga. Dihidang lauk yang banyak dan rasanya macam sama je dengan kat Malaysia. Agaknya diorang dah standardize ke bahan dan cara masak? Tapi lauk - lauk ni dah dipilihkan untuk kitorang. Kalau kitorang pilih sendiri, biasanya lauk wajib ada mesti ikan keli aka lele.



Lagi satu tempat makan yang best yang kami pergi ialah kedai makan makanan Sunda. Sunda adalah satu suku yang berasal dari bahagian barat pulau Jawa. Yang menarik sekali nasi tu dibungkus dalam daun pisang, macam lemang. Antara lauk - pauk yang ada ialah ayam goreng, ikan bakar, tahu dan tempe goreng, sayur kangkung.



Actually, program kami banyak berjalan untuk shopping dan makan saja. Tak ada tempat yang menarik sangat. But it's a new experience for me lah. Sekali - sekala nak tukar angin merasa tempat orang. Saya tak pernah lagi pergi the other parts of Indonesia such as Bali, Jakarta, Bandung, Surabaya etc. So saya tak dapat nak bandingkan di antara tempat - tempat pelancongan ni. But I'm pretty sure tempat lain tu lebih banyak aktiviti yang menarik. Hehehe.

Oh, dan saya sangat pasti, even Lombok pun lebih menarik dari Batam.

Oh! Oh! Hotel kami menginap pula ialah Swiss-Belhotel Harbour Bay. Kalau tak silap hotel ni hotel baru. So, mestilah cantik dan selesa. :)





By the way, according to this website, daripada 10 perkara yang disenaraikan perlu-buat di Batam, a few yang kami sempat iaitu shopping di Nagoya Hill mall (this place looks like Bukit Bintang), beristerehat di spa dan massage (cuma ibu dan makcik saya yang pergi), makan fresh seafood dan melawat jambatan Barelang.

Saya rasa itu saja yang dapat saya ceritakan. Ada yang saya skip cerita sebab tempat - tempat tu biasa je. Hehehe. Hope some of you get some infos kot - kot lah nak cari idea untuk cuti - cuti nanti. ;)

No comments:

Post a Comment