Telekung

Monday, September 29, 2014

Resepi: Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum,

Hari Sabtu haritu teringin nak buat sizzling yee mee sendiri. Sebab beberapa minggu lepas, suami makan sizzling yee mee di kedai Nandita (sederet Sugarscarf Wangsa Melawati). So, saya cakap kat suami nak cuba buat sendiri lah sebab kawan cakap senang je.

And yes, memang senang pun bila ada semua bahan. Hihihi. Cuma kami tak ada hot plate tu je lah.

Jadilah kan ni? Hihihi.


Saya share resepi yang saya ambil dari blog juga. Tapi tak ingat pula link dia. T_____T

RESEPI SIZZLING YEE MEE

Bahan - bahan
4 ulas bawang putih (diketuk atau dihiris)
1 inci hali (dihiris)
3 - 4 tangkai cili kering (dibuang bijinya)
Ayam dipotong kecil
Cendawan shitake (ikut kesukaan)
3 - 4 sudu besar sos tiram
3 - 4 sudu besar kicap pekat
2 - 3 sudu besar kicap cair
serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
4 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
Sawi
Yee Mee

Cara - caranya:
1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga layu
2. Masukkan ayam dan kemudian sedikit air
3. Kemudian masukkan cendawan shitake dan air selebihnya
4. Tambah semua perasa - kicap, sos tiram, lada sulah dan minyak bijan
5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan air
6. Akhir sekali masukkan sayur sawi
7. Tuangkan ke atas yee mee di mangkuk ataupun boleh dimasakkan yee mee dalam periuk sebelum dihidang.

Siapa yang suka telur, boleh lah tambah telur.

Senang je kan? Masak sendiri lagi puas hati. Nak letak ayam besar - besar ke, mee banyak ke semua boleh. Hehehe...

Selamat mencuba. :)

No comments:

Post a Comment