Thursday, November 10, 2016

Betul ke Mengidam?

Assalamualaikum dan hai!

Sama ada mengandung atau pun tidak, setiap orang mesti akan mengalami perasaan mengidam kan? Selalunya perempuan lah yang mengidam ni, lelaki ada ke? Mungkin ada la kot, tapi diorang boleh cari sendiri. Kita yang perempuan ni selalu bila mengidam la konon nak bermanja dengan boyfriend atau suami. Hahaha.

Perempuan mengidam paling teruk bila mengandung, betul?

Dalam circle saya, paling terkejut pernah saya dengar setakat mengidam daging landak je lah kot. Yang lain-lain tu ada yang kuat shopping contoh beli lipstick banyak-banyak (padahal tak guna pun), beli kasut dan lain-lain, ada yang suka bau ketiak suami, ada juga yang suka bau sabun.

Paling extreme, pernah terbaca kat Facebook, ada yang mengidam nak minum Clorox!!! Ya Allah, itu tak tau lah mengidam tahap apa. Hahaha. Alhamdulillah lah setakat ni saya tak pernah mengidam pelik-pelik sepanjang mengandung untuk kedua-dua anak.

Ok, harini saya nak berkongsi tentang mengidam makanan saja lah. Mengikut apa yang saya baca, mengidam atau cravings ni selalunya disebabkan kita tak cukup nutrient atau vitamins dalam badan kita. Kalau kita perhati betul-betul pun, biasanya benda yang kita craving adalah makanan yang kurang berkhasiat.

So, macam mana kita nak atasi masalah mengidam ni? Sila perhatikan gambarajah di bawah betul-betul. Contoh yang dialami oleh saya sendiri ialah, chocolate. Sejak sebulan dua ni saya amalkan pengambilan magnesium (saya akan ceritakan tentang magnesium di entri lain). Saya perasan juga kalau beberapa hari saya tak ambil magnesium, memang saya akan mencari-cari chocolate untuk dimakan. Siapa je yang tak hantu chocolate kan? Kalau ambil magnesium, saya masih boleh kawal nafsu dari makan chocolate.

Sumber: Pinterest

Lepas ni boleh lah check semula pemakanan harian kita. Adakah cukup sumber nutrient atau vitamin yang diperlukan oleh badan? Kalau ada rasa mengidam tu, cuba untuk perbaiki makanan harian dan lihat hasilnya. Tak salah pun kalau nak makan segala manisan, makanan berproses dan berminyak... tapi kalau kita boleh kurangkan atau elakkan, kenapa tidak?

Semoga gambarajah ini membantu anda yang berikhtiar untuk mendapatkan kesihatan dan berat badan yang ideal. :)

No comments:

Post a Comment