Telekung

Wednesday, November 16, 2016

Resepi Scones Paling Mudah

Assalamualaikum dan hai semua!

Bila jadi surirumah ni, dah tentu lah selalu duduk kat rumah je. Lepas tu, tambah pula musim sekarang ni setiap hari atau petang mesti nak hujan, dan tentu perut ni sentiasa rasa lapar. So, haritu saya dan Nourah sama-sama lah buat scones. Idea nak buat scones ni pun dapat bila Nourah buka buku Hello Kitty dia, ada resepi scones. Tengok bahan-bahan mudah dan semua ada kat rumah, so berprojek lah kita.

My Little Helper

Bila post kat Facebook, ada la a few yang comment rindu nak makan scones di Cameron Highland. Cuaca sejuk, scones dan strawberry jam serta hot tea... amboiiii.. sedap sungguh. Tapi ada yang kata mahal. Pelik pula sebab bahan dan cara nak buat bukan main senang lagi.

Secara jujurnya saya ni tak pernah pun merasa scones. Masa buat scones tu pun, main agak-agak je. Sebab tak pernah tengok orang buat scones depan mata. Kalau pernah tengok orang buat scones, masa pukul batter tu kita boleh lah nak agak dah cukup kembang ke, apa ke kan. Masa first time buat tu, tak berapa menjadi sangat. Waktu bakar, scones tak kembang naik... mungkin sebab masa masukkan butter, masih keras so dia berketul-ketul -- pukul tak rata lah kot.

 Disebabkan first trial tak berapa menjadi, dengan keazaman yang membara, saya pun buat scones sekali lagi. Kali ni siap tengok kat YouTube macam mana orang buat scones.
Dan alhamdulillah nampak cantik dari sebelum ni. Hihihi.


So, resepi paling mudah untuk membuat scones adalah:

Bahan yang diperlukan
  • 225g tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
  • A pinch of salt
  • 55g butter
  • 25g gula kastor
  • 150ml susu segar

Cara membuat
  1. Panaskan oven dengan suhu 220C dan sediakan dulang pembakar yang telah disapu minyak atau butter.
  2. Gaulkan bersama tepung dan garam beserta butter, hingga sebatian berbentuk seperti serbuk roti (breadcrumbs).
  3. Masukkan gula dan susu sedikit demi sedikit dan gaul sehingga membentuk adunan doh yang lembut.
  4. Letakkan doh di atas permukaan yang ditabur tepung.
  5. Anda boleh guna roller untuk meratakan doh sehingga ketebalan lebih kurang 2cm. Kemudian, gunakan cetak (cutter) berbentuk bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak tadi.
  6. Sapu sedikit susu di atas scones tadi dan kemudian masukkan ke dalam oven untuk dibakar lebih kurang 12-15 minit atau sehingga scones kelihatan keperangan.
  7. Letakkan di atas rak untuk disejukkan.
Tu saja caranya. Mudah sangat kan? Nourah tak nak buat bentuk bulat... dia suka sangat bentuk bintang. Hehe.

Lepas ni, boleh la buat scones untuk minum petang di kala hujan. Sapukan dengan jem kegemaran dan hidang bersama teh panas. Yummy!~ :D

No comments:

Post a Comment