Telekung

Saturday, November 5, 2016

Little Sister's Convocation di USM, Penang

Assalamualaikum,

Seminggu dua ni semua update tentang konvokesyen... it's either their own convocation, their siblings' or even konvokesyen anak cucu. Hehe.

Last week was my little sister's, Afieqah, convocation. Alhamdulillah after three years of struggle, akhirnya Ika berjaya menamatkan zaman degree on time with flying colors. :)
I am so proud of you sister. And now she's furthering her study to the next level, Master. (Doakan sekali kakak awak ni pun dapat peluang untuk sambung belajar, ye?)

Ceritanya... last week, ayah dan ibu dah gerak ke Penang hari Isnin lagi dengan Cik Aman, Cik Pah dan Fatin. Saya pun discuss la dengan adik lelaki yang sorang ni, Naufal, nak pergi Penang sama-sama since husband tak dapat ikut sebab tak dapat cuti. So, Selasa malam kitorang bertolak dalam pukul 8pm dari KL. Sepanjang perjalanan, anak-anak kitorang aktif sungguh dalam kereta. Diorang tak nak tidur langsung. Dah pening kepala nak jaga budak-budak ni, dengan seorang tu nak tengok video YouTube, seorang lagi tak nak kongsi tidur kat kerusi belakang. Hahaha. Lastly, dalam pukul 11pm lebih bila handphone yang masing-masing pegang kehabisan battery, dan selepas ada adegan sedikit menangis meraung, barulah diorang tidur. Hampir pukul 1 pagi baru kami sampai Penang, specifically rumah Kakak Hidayah (second elder sister).


Petang hari Rabu 26 Oktober, hari Ika naik pentas. Tapi ayah dan ibu jelah yang masuk dewan. Kitorang yang lain-lain datang USM lewat sikit sebab kalau nak tunggu ayah ibu keluar dewan lewat petang takut lama sangat pula. Kitorang datang dalam pukul 3pm lebih, terus singgah di Pesta Konvo sambil tunggu orang dalam dewan keluar. Yang sedihnya saya tak dapat nak tengok semua booth yang ada pun sebab susah bila kena bawa budak-budak kecil. Tapi bagus juga lah kan, jimat sikit duit dari spend beli macam-macam. Haha.

So, dalam pukul 5pm lebih, sidang petang tu dah habis barulah dapat berkumpul dengan ayah, ibu dan Ika. Cepat-cepatlah kitorang bergambar luar dewan. Lepas tu lebih kurang dekat waktu maghrib baru dapat ambil gambar studio. Masa ni dah minta maaf sangat kat Ika sebab rasanya muka semua orang dah buruk dengan berminyak dan letih. Budak-budak kecil semua pun tiba-tiba menangis merengek tak nak bagi kerjasama. Hahaha. Sabar je lah.


Apa pun, alhamdulillah semua selesai juga. Malam tu kitorang ke kedai makan Idris (tak ingat nama tempat tu) untuk makan malam. Kat situ boleh tahan sedap juga makan seafood. :D

Esoknya pula, Khamis 27 Oktober, dah free sikit... kitorang pun pergi makan nasi kandar di Kampung Melayu, Air Hitam (suggested by ayah mertua Kak Hidayah but I preffered nasi kandar Kayu). Lepas tu makan ABC dan cendol. Tu je lah yang sempat kitorang pergi. Jumaat spent seharian di rumah saja dan Sabtu kitorang balik ke KL.

All in all, it's a 'holiday' well spent with my lovely family.

No comments:

Post a Comment