Tuesday, October 21, 2014

Pencuci Segala Barang di Rumah

Assalamualaikum,

Biasanya, kalau mencuci barangan kat rumah korang guna apa? Dulu, saya selalu guna Dettol. Mesti kena ada Dettol kat rumah. Bila cuci atau mop lantai ke, cuci toilet ke, basuh mainan Nourah ke, selalu akan letak sikit Dettol.

Tapi sekarang, selain Dettol, benda wajib yang perlu ada kat rumah saya ialah Basic H2. Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate selain daripada ianya bebas toksik & fosfat, ianya sangatlah menjimatkan kerana seperti namanya concentrate, ianya cecair berkepekatan tinggi. Maknanya, setiap pembersihan cuma perlu menggunakan sedikit sahaja. Satu botol cuma 473ml (16 oz) sahaja tapi mampu menghasilkan 182 liter pencuci.



Basic H boleh membuang kotoran, minyak gris dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh; luar dan dalam: dinding, tingkap, cermin, lantai, peralatan dapur, dapur masak dan mana-mana bahagian tertutup dan perabot.



Disebabkan pencuci Basic H ni berkepekatan tinggi, dan cuma sedikit kuantiti sahaja digunakan, maka ianya tahan terlalu lama. Saya dah beli empat bulan lepas, tapi setengah botol pun tak habis lagi sebab mostly saya guna untuk mop lantai (2 atau 3 minggu sekali), cuci mainan Nourah (sebulan sekali), cuci toilet (seminggu dua sekali). Unless kalau korang guna setiap hari, mungkin cepat lah sikit habisnya. Hehe.

So, kalau ada yang berminat boleh sms/whatsapp/telegram saya terus ke nombor 0137319472. 

Your Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, October 14, 2014

Breakfast Pancake Dan Foodgasmfest 2.0

Assalamualaikum,

Pagi Ahad haritu terasa nak makan pancake. Bila check semua bahan cukup, start la buat - from scratch. Kalau sebelum ni, beli tepung pancake instant brand Billsbury. Tapi sebab dulu pernah beli dan jadi membazir bila buat pancake cuma sekali. Tau - tau je dah expired. Maka, haruslah rajinkan diri untuk buat sendiri. Lagipun tak susah mana pun sebenarnya. Antara rajin dengan malas je. Haha... buat tak banyak sangat sebab dah plan nak pergi Foodgasm Fest di Taman Rimba Kiara, TTDI.

So, lebih kurang pukul 11 pagi baru kami bertolak dari rumah. Sampai je simpang nak masuk jalan ke Taman Rimba tu, dah start jammed. Terlalu banyak kereta dan terlalu ramai orang yang datang. Kawasan perumahan berdekatan pun dah sesak. Tepi jalan semua penuh kereta park. Fikirkan nanti nak makan, gigihkan juga la jalan jauh dari tempat parking. Hehehe...

Waktu kami sampai tu, cuaca agak redup. Mungkin disebabkan jerebu... tapi walaupun redup, agak panas juga lah kawasan tu sebab tak ada angin langsung. Berpeluh - peluh satu muka hari tu. Rasanya lagi banyak kalori terbakar dari terbina walaupun berada di kawasan syurga makanan. Hahaha... bagus sangat kan?

Kalau tak silap, lebih kurang 100 lebih vendor yang join Foodgasm Fest ni. So you can imagine betapa heavennya ada di Fest ini jika anda peminat makanan. Segala macam benda ada... makanan yang tak pernah terfikir pun ada. Kalau nak datang, memang kena datang dengan perut yang kosong dan at the same time tenaga yang banyak. Sebab kawasan yang besar dah banyak booth yang nak kena stop by.

Here are few pictures yang sempat saya snap.


Dr Ezani pun buka booth tau. Semua sedap - sedap... haih... tengah taip ni pun boleh terliur lagi. Haha.


Ini stage untuk band buat performance. Tapi sedihnya sebab stage ni dekat dengan surau. Kesian orang yang nak bersolat. T______T


Ini pula adalah Big Hug Burger yang bersaiz sebesar muka saya dan berharga RM15. Not bad, sedap ayam dia.

Kesimpulannya, overall memang best.alau tahun depan ada Foodgasm Fest 3.0, saya nak jadi orang paling awal datang so saya boleh rasa semua makanan yang dijual... Hahaha

Picture credited to @liyanaembok
Gambar ni saya pinjam dari instagram kawan saya, @liyanaembok. Hehehe.. kalau nak check out other awesome tempat makan, boleh juga follow hashtag #liyansEatOut.

Anyway, saya share resipi pancake. Lebih kurang je macam nak buat lempeng... ;)

Resipi Pancake

Bahan - bahan

2 cawan tepung serba guna
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1 1/2 cawan susu
2 sudu besar butter (dicairkan)

Cara - caranya
  1.  Ayakkan tepung dan baking powder. Kemudian masukkan sekali dengan garam.
  2.  Dalam bekas yang berasingan, pukul telur perlahan - lahan dan masukkan susu sedikit demi sedikit.
  3. Campurkan tepung, baking powder dan garam ke dalam adunan telur dan susu. Kemudian masukkan butter yang cair ke dalam adunan.
  4. Kacau atau pukul adunan sehingga tiada ketulan dan masak di atas non stick frying pan.
  5. Siap dan hidangkan bersama topping kegemaran - madu ke, mapple syrup ke, nutella ke.. ;)

Pancake saya tabur flax seed dan chia seed!

Friday, October 10, 2014

Apa Itu Babywearing?

Assalamualaikum,

Everheard of babywearing? Sekarang ni ramai yang dah sedar tentang keserokan babywearing atau nama lainnya menggendong anak menggunakan penggendong (nama pasarnya carrier). Dan baru - baru ini saya rasa semakin ramai yang berminat untuk menggunakan carrier daripada stroller. Mungkin disebabkan lebih senang terutama bila berjalan di tempat yang ramai orang.

TETAPI...

Ramai yang tidak sedar carrier yang mereka gunakan tidak ergonomik. Masudnya, carrier yang mereka gunakan tidak menyokong sepenuhnya bayi punggung dan paha bayi. Bayi tidak berada dalam keadaan duduk selesa tapi kelihatan seperti tergantung (lihat gambar di bawah). Posisi ini dikhuatiri akan menyebabkan anak mengalami hip dyslapsia. Boleh baca selebihnya di sini.


Dulu saya pun tak pernah perasan keadaan ni. Saya rasa semua carrier bagus. Tapi alhamdulillah saya tak pernah beli carrier yang tak ergonomik. Waktu Nourah masih kecil, kebanyakan masa kami dukung with bare hands. Kemudian barulah beli stroller... lepas tu saya beli moby wrap dan kemudian bertukar ke soft structured carrier (SSC) sebab suami tak suka lilit badan. Leceh katanya...

source: Google
Gambar di atas merupakan salah satu contoh carrier yang tidak ergonomik (tidak support hip dan front facing sangatlah tidak digalakkan) walaupun harganya mahal! So, di sini saya kongsikan infographic di bawah untuk ibu bapa semua membuat pilihan yang bijak dalam memilih carrier yang sesuai untuk bayi anda.



Perlu saya ingatkan, SSC bukan Ergo sahaja. Terlalu ramai obses dengan Ergo sampai sanggup beli yang tiruan. Ini sangat bahaya kerana anda sedang jeopardize nyawa anak anda. Ada juga jenama lain yang anda boleh consider, malah local made dan boleh customized corak SSC dengan harga mampu milik. Kalau masih rasa tak mampu juga, gunalah kain batik lepas. ;)
 

Malaysian Babywearers juga kerap mengadakan gathering. Mostly di semua negeri pasti akan ada gathering mengikut persetujuan ramai (discuss di page). Waktu gathering ni kita boleh mencuba pelbagai jenis carrier sebelum decide untuk beli satu untuk sendiri. So tak menyesal di kemudian hari sebab ada anak atau ibu bapayang tidak sesuai dengan semua jenis carrier. Nak menggendong kena ikut keselesaan penggendong dan digendong. :)

Babywearing gathering di Tasik Ampang Hilir 16 September 2014

Akhir kata, jangan lupa untuk join group Malaysian Babywearers di Facebook untuk belajar lebih banyak lagi dari pengalaman ibu ayah lain.

OH! By the way, untuk warga Kuala Lumpur, Sabtu (11 Oct) ada event. Jom join untuk meriahkan lagi...

Wednesday, October 8, 2014

Cerita Aidiladha dan Resipi Carrot Cake

Assalamualaikum,

Siapa yang balik kampung aidiladha lepas? Dengar cerita, ramai yang sangkut dalam kesesakan trafik lebih kurang 9 jam lebih lamanya. Salah seorangnya, jiran saya lah. Padahal dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur je. 9 jam tu dah sama macam pergi ke Dubai dah. Eh?.. :P

Kali ni, kami beraya di KL since adik beradik yang lain pun balik rumah ayah ibu di KL. Ini first time juga untuk suami saya sambut aidiladha di KL. Sebelum ni kami selalu balik Kluang, rumah mertua. Seperti tahun sebelum ni, kami sambut secara sederhana je. Tak ada buat persiapan kuih raya ataupun baju raya. Tapi pagi raya tu sempatlah juga saya buat kek carrot. So jadi kek raya lah kan?. Hehe... mengidam kononnya. :P

Malam raya lagi dah siap gosokkan baju melayu suami, baju kurung saya dan Nourah. Pagi raya tu saya bangun lebih awal dari biasa. Entah lah, excited nak raya macam budak - budak pula gayanya. Heh... tapi saya tunggu punya tunggu sampai 7.45 pagi Nourah tak bangun - bangun. Biasanya dia bangun awal. Sudahnya, suami sorang pergi solat raya. Saya pun apa lagi, budak kecik tengah tidur, terus lah buat projek kek raya. Siap semua, suami pun balik dari masjid, baru lah Nourah bangun tidur. Pheww!!~ Lepas tu, lebih kurang pukul 10 pagi, baru kami keluar ke masjid nak tengok orang sembelih lembu.


Suka betul budak - budak ni bila kat masjid sebab kawasan yang luas. Tapi bila things got out of our hands, which is budak - budak ni dah start buat bising (anak buah lagi tiga orang tu. Hehe...), kami terpaksa balik rumah.

Anyway, here's the carrot cake recipe.

RESIPI CARROT CAKE

Bahan - bahannya:
2 cawan tepung serba guna
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala
4 biji telur
1 1/4 cawan minyak
1 cawan gula putih
1 cawan gula perang
2 sudu teh esen vanilla
3 cawan lobak parut
1 cawan kacang (pecan/walnuts)*
1 cawan kismis *
1 sudu besar jus oren*                                                                               *optional



Cara - caranya:
  1. Panaskan oven dengan suhu 170 deg C
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan bersama tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala.
  3. Dalam mangkuk yang berlainan, pukul bersama telur, minyak, gula putih dan perang, dan vanilla lebih kurang seminit lebih atau bila campuran sudah sebati.
  4. Campurkan bahan kering (no 2) ke dalam bahan basah (no 3) dan kacau lebih kurang 2 minit atau sehingga sebati. Masukkan  jus limau dan kacau sikit lagi.
  5. Masukkan lobak dan kacau. Kemudian masukkan kacang dan kismis jika perlu.
  6. Tuang batter ke dalam loyang dan masak leih kurang 45 ke 50 minit. Periksa kek dengan cucuk menggunakan batang satay/pencungkil gigi untuk memastikan kek telah masak.
  7. Hiaskan kek dengan cream cheese sebagai topping. Cara - cara membuat cream cheese ialah cream cheese (8 ounces) dan butter (1/2 cawan) dipukul bersama sehingga kelihatan berkrim. Tambahkan gula (lebih kurang 1/2 cawan atau ikut kesukaan masing - masing) dan vanilla dan kacau sehingga sebati.
  8. Siap dan boleh hidang! :)

Oh ye, untuk tepung, saya gunakan tepung organic... which means tepung ni tidak dilunturkan seperti tepung lain. InsyaAllah lebih selamat untuk jangka masa yang panjang especially bila kita nak hidangkan untuk kanak - kanak.

Selamat mencuba!


Friday, October 3, 2014

Cendol Bakar @ Dengkil

Assalamualaikum,

Akhirnya... dapat juga saya merasa cendol bakar yang popular tu.


Yeah... yeah... I know I'm a bit late. Tapi baru ni ada rezeki dapat pergi. Hehe..

Actually, Selasa baru ni saya ikut parents ke KLIA sebab nak ambil kakak yang baru balik dari Dubai. On our way to KLIA, ibu cadang singgah dulu beli cendol bakar di Dengkil. So, ayah pun beli dua cendol biasa dan satu cendol pulut -- take away.


Sekejapan saja dah habis. Memang sedap! Saya yang bukan hantu cendol pun boleh habiskan satu cawan ni... Hahaha.. :P

Sebelum ni saya selalu minum Cendol Wahab di Sri Rampai sebab dekat saja dengan rumah. Tapi biasa saja rasanya. Selalunya saya minum sikit je, selebihnya orang lain yang habiskan. Huhu.


Waktu ni pukul 3 petang, dah ramai juga yang beratur. Agak - agak hujung minggu macam mana ye? Kat Dengkil ni ada dua gerai cendol bakar. Lagi satu just across the road, tiada drive thru dan sedikit kecil. I assume untuk memudahkan orang membeli, tak perlu nak buat U-turn kot.


Disebabkan rasa tak puas minum cendol secawan, nak balik pun kami singgah lagi minum cendol. Kali ni kami minum di kedai seberang jalan tu. Haaa... nampak tak? Betapa sedapnya kan... :D



Dua cendol tapai, satu cendol durian dan satu cendol biasa. Selain tu, kami order juga cucur udang. Alhamdulillah semua memang tak mengecewakan.

So, sesiapa yang rasa Kuala Selangor agak jauh, boleh lah cuba cendol bakar di Dengkil. Tapi kalau dua - dua pun jauh, tak dapat saya nak tolong... hehehe.

Thursday, October 2, 2014

ESP Shaklee Dari Soya Bukan GMO

Assalamualaikum,

Promosi ESP beli 6 percuma 1 kembali lagi! Yay! :D


Kali ni saya nak berkongsi kenapa ESP Shaklee merupakan soya yang terbaik di pasaran.

Sebenarnya, saya baru je lepas membaca entry di blog Mama Faiz dan baca few articles di internet tentang cara pemprosesan soya. Yang menarik perhatian saya ialah, kebanyakan soya dibasuh dengan alkohol sebelum diproses. Dan alkohol ini memusnahkan isoflavones di dalam soya. Sedangkan isoflavones yang membantu mencegah kanser. Siapa yang kata soya penyebab kanser, terbukti memang benar kerana kandungan khasiat isoflavones itu dah musnah. Berbeza dengan Shaklee yang mana soya dicuci dengan air sekaligus dapat mengekalkan kandungan isoflavones dan semua kebaikan soya.

Lagi kelebihan ESP Shaklee ni pula ialah dari sumber soya bukan GMO (genetically modified organism). Menurut kajian, GMO ini membahayakan kesihatan kita dan boleh menyebabkan seseorang itu mendapati kanser, alergik, obesiti, ketidaksuburan dan sebagainya. Bukankah ini bertentangan dengan reason kenapa kita mengambil suplemen kesihatan? Selain itu ESP juga mempunyai paras glisemiks indeks rendah (low glycemix index) yang membantu mengawal paras gula berada pada keadaan normal.

Ini adalah sebab - sebab kenapa saya memilih ESP Shaklee sebagai sumber protein selain daripada ianya mengandungi kalsium dan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri. ESP juga mengandungi lima vitamin B penting yang membantu memberi tenaga. Sebab itu ramai wanita terutama ibu - ibu seperti saya consume ESP sebab kami kan superwoman, penyelamat setiap keadaan. Kalau tak bermaya dan lembik saja, macam mana? Hahahaha.

So, kenapa pula mesti katakan tidak kepada soya ESP yang merupakan bebas gluten-laktosa-kolestrol dan tidak mengandungi pewarna-pemanis-perasa tiruan ini? :)


Untuk pengetahuan semua juga, ESP hanya menggunakan soya yang dihasilkan di bawah Identity Preservation Program, yang mengesahkan kacang soya terpilih dikawal betul - betul sepanjang penanaman hingga ke pemprosesan. Bukannya sembarangan proses.

**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ia hanyalah produk suplemen untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Your Favorite Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472