Telekung

Friday, October 3, 2014

Cendol Bakar @ Dengkil

Assalamualaikum,

Akhirnya... dapat juga saya merasa cendol bakar yang popular tu.


Yeah... yeah... I know I'm a bit late. Tapi baru ni ada rezeki dapat pergi. Hehe..

Actually, Selasa baru ni saya ikut parents ke KLIA sebab nak ambil kakak yang baru balik dari Dubai. On our way to KLIA, ibu cadang singgah dulu beli cendol bakar di Dengkil. So, ayah pun beli dua cendol biasa dan satu cendol pulut -- take away.


Sekejapan saja dah habis. Memang sedap! Saya yang bukan hantu cendol pun boleh habiskan satu cawan ni... Hahaha.. :P

Sebelum ni saya selalu minum Cendol Wahab di Sri Rampai sebab dekat saja dengan rumah. Tapi biasa saja rasanya. Selalunya saya minum sikit je, selebihnya orang lain yang habiskan. Huhu.


Waktu ni pukul 3 petang, dah ramai juga yang beratur. Agak - agak hujung minggu macam mana ye? Kat Dengkil ni ada dua gerai cendol bakar. Lagi satu just across the road, tiada drive thru dan sedikit kecil. I assume untuk memudahkan orang membeli, tak perlu nak buat U-turn kot.


Disebabkan rasa tak puas minum cendol secawan, nak balik pun kami singgah lagi minum cendol. Kali ni kami minum di kedai seberang jalan tu. Haaa... nampak tak? Betapa sedapnya kan... :D



Dua cendol tapai, satu cendol durian dan satu cendol biasa. Selain tu, kami order juga cucur udang. Alhamdulillah semua memang tak mengecewakan.

So, sesiapa yang rasa Kuala Selangor agak jauh, boleh lah cuba cendol bakar di Dengkil. Tapi kalau dua - dua pun jauh, tak dapat saya nak tolong... hehehe.

No comments:

Post a Comment