Telekung

Tuesday, October 14, 2014

Breakfast Pancake Dan Foodgasmfest 2.0

Assalamualaikum,

Pagi Ahad haritu terasa nak makan pancake. Bila check semua bahan cukup, start la buat - from scratch. Kalau sebelum ni, beli tepung pancake instant brand Billsbury. Tapi sebab dulu pernah beli dan jadi membazir bila buat pancake cuma sekali. Tau - tau je dah expired. Maka, haruslah rajinkan diri untuk buat sendiri. Lagipun tak susah mana pun sebenarnya. Antara rajin dengan malas je. Haha... buat tak banyak sangat sebab dah plan nak pergi Foodgasm Fest di Taman Rimba Kiara, TTDI.

So, lebih kurang pukul 11 pagi baru kami bertolak dari rumah. Sampai je simpang nak masuk jalan ke Taman Rimba tu, dah start jammed. Terlalu banyak kereta dan terlalu ramai orang yang datang. Kawasan perumahan berdekatan pun dah sesak. Tepi jalan semua penuh kereta park. Fikirkan nanti nak makan, gigihkan juga la jalan jauh dari tempat parking. Hehehe...

Waktu kami sampai tu, cuaca agak redup. Mungkin disebabkan jerebu... tapi walaupun redup, agak panas juga lah kawasan tu sebab tak ada angin langsung. Berpeluh - peluh satu muka hari tu. Rasanya lagi banyak kalori terbakar dari terbina walaupun berada di kawasan syurga makanan. Hahaha... bagus sangat kan?

Kalau tak silap, lebih kurang 100 lebih vendor yang join Foodgasm Fest ni. So you can imagine betapa heavennya ada di Fest ini jika anda peminat makanan. Segala macam benda ada... makanan yang tak pernah terfikir pun ada. Kalau nak datang, memang kena datang dengan perut yang kosong dan at the same time tenaga yang banyak. Sebab kawasan yang besar dah banyak booth yang nak kena stop by.

Here are few pictures yang sempat saya snap.


Dr Ezani pun buka booth tau. Semua sedap - sedap... haih... tengah taip ni pun boleh terliur lagi. Haha.


Ini stage untuk band buat performance. Tapi sedihnya sebab stage ni dekat dengan surau. Kesian orang yang nak bersolat. T______T


Ini pula adalah Big Hug Burger yang bersaiz sebesar muka saya dan berharga RM15. Not bad, sedap ayam dia.

Kesimpulannya, overall memang best.alau tahun depan ada Foodgasm Fest 3.0, saya nak jadi orang paling awal datang so saya boleh rasa semua makanan yang dijual... Hahaha

Picture credited to @liyanaembok
Gambar ni saya pinjam dari instagram kawan saya, @liyanaembok. Hehehe.. kalau nak check out other awesome tempat makan, boleh juga follow hashtag #liyansEatOut.

Anyway, saya share resipi pancake. Lebih kurang je macam nak buat lempeng... ;)

Resipi Pancake

Bahan - bahan

2 cawan tepung serba guna
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1 1/2 cawan susu
2 sudu besar butter (dicairkan)

Cara - caranya
  1.  Ayakkan tepung dan baking powder. Kemudian masukkan sekali dengan garam.
  2.  Dalam bekas yang berasingan, pukul telur perlahan - lahan dan masukkan susu sedikit demi sedikit.
  3. Campurkan tepung, baking powder dan garam ke dalam adunan telur dan susu. Kemudian masukkan butter yang cair ke dalam adunan.
  4. Kacau atau pukul adunan sehingga tiada ketulan dan masak di atas non stick frying pan.
  5. Siap dan hidangkan bersama topping kegemaran - madu ke, mapple syrup ke, nutella ke.. ;)

Pancake saya tabur flax seed dan chia seed!

1 comment:

  1. sedapnye pancake tu... jemput join segmen ni.. http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

    ReplyDelete