Telekung

Wednesday, October 8, 2014

Cerita Aidiladha dan Resipi Carrot Cake

Assalamualaikum,

Siapa yang balik kampung aidiladha lepas? Dengar cerita, ramai yang sangkut dalam kesesakan trafik lebih kurang 9 jam lebih lamanya. Salah seorangnya, jiran saya lah. Padahal dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur je. 9 jam tu dah sama macam pergi ke Dubai dah. Eh?.. :P

Kali ni, kami beraya di KL since adik beradik yang lain pun balik rumah ayah ibu di KL. Ini first time juga untuk suami saya sambut aidiladha di KL. Sebelum ni kami selalu balik Kluang, rumah mertua. Seperti tahun sebelum ni, kami sambut secara sederhana je. Tak ada buat persiapan kuih raya ataupun baju raya. Tapi pagi raya tu sempatlah juga saya buat kek carrot. So jadi kek raya lah kan?. Hehe... mengidam kononnya. :P

Malam raya lagi dah siap gosokkan baju melayu suami, baju kurung saya dan Nourah. Pagi raya tu saya bangun lebih awal dari biasa. Entah lah, excited nak raya macam budak - budak pula gayanya. Heh... tapi saya tunggu punya tunggu sampai 7.45 pagi Nourah tak bangun - bangun. Biasanya dia bangun awal. Sudahnya, suami sorang pergi solat raya. Saya pun apa lagi, budak kecik tengah tidur, terus lah buat projek kek raya. Siap semua, suami pun balik dari masjid, baru lah Nourah bangun tidur. Pheww!!~ Lepas tu, lebih kurang pukul 10 pagi, baru kami keluar ke masjid nak tengok orang sembelih lembu.


Suka betul budak - budak ni bila kat masjid sebab kawasan yang luas. Tapi bila things got out of our hands, which is budak - budak ni dah start buat bising (anak buah lagi tiga orang tu. Hehe...), kami terpaksa balik rumah.

Anyway, here's the carrot cake recipe.

RESIPI CARROT CAKE

Bahan - bahannya:
2 cawan tepung serba guna
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala
4 biji telur
1 1/4 cawan minyak
1 cawan gula putih
1 cawan gula perang
2 sudu teh esen vanilla
3 cawan lobak parut
1 cawan kacang (pecan/walnuts)*
1 cawan kismis *
1 sudu besar jus oren*                                                                               *optional



Cara - caranya:
  1. Panaskan oven dengan suhu 170 deg C
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan bersama tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala.
  3. Dalam mangkuk yang berlainan, pukul bersama telur, minyak, gula putih dan perang, dan vanilla lebih kurang seminit lebih atau bila campuran sudah sebati.
  4. Campurkan bahan kering (no 2) ke dalam bahan basah (no 3) dan kacau lebih kurang 2 minit atau sehingga sebati. Masukkan  jus limau dan kacau sikit lagi.
  5. Masukkan lobak dan kacau. Kemudian masukkan kacang dan kismis jika perlu.
  6. Tuang batter ke dalam loyang dan masak leih kurang 45 ke 50 minit. Periksa kek dengan cucuk menggunakan batang satay/pencungkil gigi untuk memastikan kek telah masak.
  7. Hiaskan kek dengan cream cheese sebagai topping. Cara - cara membuat cream cheese ialah cream cheese (8 ounces) dan butter (1/2 cawan) dipukul bersama sehingga kelihatan berkrim. Tambahkan gula (lebih kurang 1/2 cawan atau ikut kesukaan masing - masing) dan vanilla dan kacau sehingga sebati.
  8. Siap dan boleh hidang! :)

Oh ye, untuk tepung, saya gunakan tepung organic... which means tepung ni tidak dilunturkan seperti tepung lain. InsyaAllah lebih selamat untuk jangka masa yang panjang especially bila kita nak hidangkan untuk kanak - kanak.

Selamat mencuba!


2 comments:

  1. Saya penggemar carrot cake apatah lagi ditambah dengan cream cheese frosting..so, yummy kan..tapi sya x bubuh serbuk kayu manis/buah pala sebab agak korang suka dengan baunya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. yummy sangat! hahaha.. ikutkan resepi asal, dia letak 3 sudu kecil kayu manis tu.. tp yg tu lagi kuat saya pun tak suka.. so saya kurangkan ke 1 sudu kecil je.. just nice.. hehe.. tp ada org kalo dah tak suke, sikit pun tak nak letak kan.. hehehe

      Delete