Friday, October 10, 2014

Apa Itu Babywearing?

Assalamualaikum,

Everheard of babywearing? Sekarang ni ramai yang dah sedar tentang keserokan babywearing atau nama lainnya menggendong anak menggunakan penggendong (nama pasarnya carrier). Dan baru - baru ini saya rasa semakin ramai yang berminat untuk menggunakan carrier daripada stroller. Mungkin disebabkan lebih senang terutama bila berjalan di tempat yang ramai orang.

TETAPI...

Ramai yang tidak sedar carrier yang mereka gunakan tidak ergonomik. Masudnya, carrier yang mereka gunakan tidak menyokong sepenuhnya bayi punggung dan paha bayi. Bayi tidak berada dalam keadaan duduk selesa tapi kelihatan seperti tergantung (lihat gambar di bawah). Posisi ini dikhuatiri akan menyebabkan anak mengalami hip dyslapsia. Boleh baca selebihnya di sini.


Dulu saya pun tak pernah perasan keadaan ni. Saya rasa semua carrier bagus. Tapi alhamdulillah saya tak pernah beli carrier yang tak ergonomik. Waktu Nourah masih kecil, kebanyakan masa kami dukung with bare hands. Kemudian barulah beli stroller... lepas tu saya beli moby wrap dan kemudian bertukar ke soft structured carrier (SSC) sebab suami tak suka lilit badan. Leceh katanya...

source: Google
Gambar di atas merupakan salah satu contoh carrier yang tidak ergonomik (tidak support hip dan front facing sangatlah tidak digalakkan) walaupun harganya mahal! So, di sini saya kongsikan infographic di bawah untuk ibu bapa semua membuat pilihan yang bijak dalam memilih carrier yang sesuai untuk bayi anda.



Perlu saya ingatkan, SSC bukan Ergo sahaja. Terlalu ramai obses dengan Ergo sampai sanggup beli yang tiruan. Ini sangat bahaya kerana anda sedang jeopardize nyawa anak anda. Ada juga jenama lain yang anda boleh consider, malah local made dan boleh customized corak SSC dengan harga mampu milik. Kalau masih rasa tak mampu juga, gunalah kain batik lepas. ;)
 

Malaysian Babywearers juga kerap mengadakan gathering. Mostly di semua negeri pasti akan ada gathering mengikut persetujuan ramai (discuss di page). Waktu gathering ni kita boleh mencuba pelbagai jenis carrier sebelum decide untuk beli satu untuk sendiri. So tak menyesal di kemudian hari sebab ada anak atau ibu bapayang tidak sesuai dengan semua jenis carrier. Nak menggendong kena ikut keselesaan penggendong dan digendong. :)

Babywearing gathering di Tasik Ampang Hilir 16 September 2014

Akhir kata, jangan lupa untuk join group Malaysian Babywearers di Facebook untuk belajar lebih banyak lagi dari pengalaman ibu ayah lain.

OH! By the way, untuk warga Kuala Lumpur, Sabtu (11 Oct) ada event. Jom join untuk meriahkan lagi...

No comments:

Post a Comment