Assalamualaikum dan hai!
Hari ni saja nak bercerita tentang cara saya toilet train Nourah. Untuk dijadikan kenangan dan sebagai tips untuk sesiapa yang baca blog ni. Hehehe.
Kalau search di Google, of course lah ada banyak je tips untuk toilet train atau potty training ni. Tapi lain anak, lain caranya kan. Mana lah tahu, bila kita berkongsi ni pun dapat la membantu ibu-ibu lain di luar sana.
Saya started train Nourah masa dia lagi beberapa minggu nak masuk umur dua tahun. Masa tu fikir, sebab saya tak bekerja lagi, so cuba lah untuk toilet train Nourah awal-awal. Tengok kakak train anak-anak dia macam senang je.
Tapi.....
Tak semudah yang disangka. Hahahaha.
Status Facebook ni kenangan masa baru-baru ajar Nourah untuk toilet train.
Sejak kejadian itu, Nourah pakai pampers balik. Ada pernah terbaca di blog (kot?) Nurul ( Nurulism dayfordills.com), yang anak-anak dia diapers free bila anak dia dah ready sebab dia tak nak pening kepala kalau anak dia terkencing merata-rata.
Memang betul pun, masa Nourah terkencing tu rasa stress sebab kita ni macam ada penyakit was-was ke OCD ke, tak tau lah mana satu, terutama kalau bab kebersihan macam ni. Kalau tak yakin tempat tu bersih, risau sangat la kan solat tak sah. So terpaksa lah simpan hajat untuk Nourah diapers free tahun tu.
Dan beberapa bulan lepas tu, masa pergi Big Bad Wolf, terjumpa buku Toilet Training Without Tantrums ni. Apa lagi, rembat je lah since murah. But end up, tak baca pun. Hahaha... faham-faham je lah, mana ada kerajinan nak membaca buku sejak ada anak.
Masuk tahun 2016 ni, tak ingat pula bulan berapa, maybe April kot lepas berhenti kerja main-main kat gym, start balik train Nourah untuk ke toilet. Masa ni memang nekad sebab terfikir, baik ajar dia sebelum dia dapat adik (masa ni tak tau pun bakal pregnant dalam masa terdekat). Nanti dengan nak jaga anak kecil lagi, nak train Nourah lagi. Boleh jadi bertambah stress kot..
Hari pertama, simpan segala carpet kat rumah. Lantai biar clear. Then, aplikasi lah tips ibu, kakak dan apa yang dah baca kat internet, which is setiap setengah jam pergi ke toilet. Tapi setiap kali pergi toilet, tak ada apa pun yang keluar. Hahaha. Dan seperti yang dijangkakan, untuk hari pertama, berlakulah kes kebocoran. Lebih kurang dua kali dia terkencing tak bagitau. Memang kena sabar je lah masa ni. Untuk tidur malam pula memang pakaikan pampers lagi.
Hari kedua, duk fikir lah juga macam mana nak buat Nourah faham apa tu kencing sebab nampak gaya dia macam tak faham lagi kan. Tambah pula Nourah bukan jenis kerap kencing. So saya pun decide untuk biar je dia kencing suka hati. Huhuhu. Dan hasilnya nampak masa hari ketiga, dia dah tau perasaan nak terkencing tu. Dia kepit kaki dan tahan. Masalah time ni cuma, bila dah tak tahan baru bagitau nak kencing.
Dan hari-hari selepas tu, alhamdulillah, dia dah tau bila waktu nya untuk ke toilet sampai dia sendiri cakap tak nak pakai pampers. Kalau keluar jalan, saya offer dia untuk pakai pampers sebab takut la dia dah seronok berjalan, lupa nak kencing kan. Dah lah budak ni jenis memilih nak toilet yang cantik je. Tapi dia sungguh-sungguh kata tak nak pampers. Dah macam tu, okaylah, malas nak bertekak... tapi bawa je lah pampers spare dalam bag. Sekarang malam pun dah tak pakai pampers. Sebelum tidur wajib suruh Nourah kencing dulu. Tapi kalau yang jenis kerap kencing, mungkin kena bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk bawa anak ke toilet. InsyaAllah, lama-lama mesti boleh diapers free.
Sekali-sekala tu ada juga la kebocoran lagi. Kitorang pun dah siap-siap beli alas tilam yang ada plastik. Senang sikit nak bersihkan kalau terkencing atas tilam.
Basically, perkara paling asas perlu ada bila nak toilet train anak ialah keSABARan dan keRAJINan yang tinggi.
SABAR bila anak terkencing bersepah.
RAJIN untuk tanya dan bawa anak ke toilet.
Kita sebagai ibu, lagi faham anak kita macam mana kan. So, perhatikan anak kita senang belajar macam mana.
Harap tips tak seberapa ni dapat membantu. :D
Tuesday, November 29, 2016
Friday, November 25, 2016
Masalah Keputihan Ketika Hamil
Assalamualaikum dan hai semua!
Apa khabar? Sihat ke?
Hari ni saya nak berkongsi tentang masalah keputihan ketika hamil. Perkara ini bukan hanya wanita sahaja wajib tahu, lelaki (suami) pun perlu ambil tahu sebab masalah ini boleh mengganggu hubungan suami isteri.
Keputihan atau dipanggil sebagai leukorrhea -- adalah sejenis cecair yang keluar dari vagina. Ianya berwarna putih seperti susu dan sedikit berbau (kadangkala tak berbau). Biasanya kalau tak hamil, keputihan pun biasa berlaku terutama sebelum datang period. Tapi bila hamil, keputihan keluar banyak dari biasa. Keputihan yang berlebihan ini berlaku disebabkan penghasilan hormon estrogen yang tinggi ketika hamil.
Keputihan ini normal untuk setiap wanita tetapi akan menjadi masalah bila keputihan keluar terlalu banyak, berwarna hijau atau kekuningan, berbau, terasa gatal di sekitar vagina atau terasa sakit ketika membuang air kecil . Bila berlaku keadaan ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor kerana dikhuatiri ianya merupakan vaginal infection.
Actually, masa awal-awal pregnancy hari tu pun saya sendiri mengalami masalah keputihan. Masa tu extra banyak sampai rasa tak selesa terutama bila nak solat terpaksa bersihkan betul-betul dan tukar panties. So saya inform dengan doktor di Klinik Kesihatan (KKIA) dan katanya it's normal selagi tak rasa gatal, tak berbau dan tak rasa sakit masa buang air kecil. So dia just nasihatkan untuk jaga kebersihan sekitar vagina.
Kemudian waktu saya hamil 33 minggu baru ni, saya ke hospital Ampang dan bila doktor buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keputihan yang banyak. Doktor kata keputihan tu disebabkan candida dan doktor prescribe untuk ambil ubat yang dimasukkan ke dalam vagina (macam dalam gambar di bawah). Bentuknya lebih kurang macam ubat demam yang cucuk punggung tu. Hehe.
Daripada apa yang saya pernah baca, candida ni tergolong dalam kumpulan yeast. So salah satu cara untuk kurangkan keputihan ni ialah dengan puasa gula, especially gula putih. So, sekarang ni memang cuba tahan nafsu daripada minum air manis dan makan benda yang bergula. Susah juga sebab saya suka makan donut!! hahaha. Nasib baik kat rumah, memang jarang guna gula. Gula pun beli jenis organic raw cane sugar. Alhamdulillah, memang nampak perbezaannya. Selain tu, saya ambil juga Garlic Shaklee sebab garlic bertindak sebagai antibiotik. Kalau sesiapa yang mengalami keputihan, memang saya akan suggest untuk ambil Garlic dan Alfalfa (kalau tak hamil).
Last but not least, kalau korang rasa mengalami keputihan yang teruk, atau rasa ada yang tak kena di sekitar vagina, segeralah berjumpa doktor. Sebab infection kat bahagian vagina ni ada risiko nya. Bimbang kalau positif Group B Strep (GBS) sebab GBS boleh menyebabkan bayi anda mengalami komplikasi jika tidak ambil langkah berjaga-jaga. Boleh google dan baca mengenai GBS for extra knowledge.
I guess, that's it for today.
Until then, see you in next entry. ;)

Untuk memastikan vagina anda bersih, pastikan selepas membuang air, bersihkan betul-betul di kawasan vagina. Lap dari depan ke belakang. Pastikan dilap kering kerana keadaan lembab akan menyebabkan pembiakan fungus. Pilih panties dari material kain cotton. Elakkan memakai seluar ketat, material selain cotton, penggunaan scented pads dan sabun yang bukan feminine wash.
Kemudian waktu saya hamil 33 minggu baru ni, saya ke hospital Ampang dan bila doktor buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keputihan yang banyak. Doktor kata keputihan tu disebabkan candida dan doktor prescribe untuk ambil ubat yang dimasukkan ke dalam vagina (macam dalam gambar di bawah). Bentuknya lebih kurang macam ubat demam yang cucuk punggung tu. Hehe.
Daripada apa yang saya pernah baca, candida ni tergolong dalam kumpulan yeast. So salah satu cara untuk kurangkan keputihan ni ialah dengan puasa gula, especially gula putih. So, sekarang ni memang cuba tahan nafsu daripada minum air manis dan makan benda yang bergula. Susah juga sebab saya suka makan donut!! hahaha. Nasib baik kat rumah, memang jarang guna gula. Gula pun beli jenis organic raw cane sugar. Alhamdulillah, memang nampak perbezaannya. Selain tu, saya ambil juga Garlic Shaklee sebab garlic bertindak sebagai antibiotik. Kalau sesiapa yang mengalami keputihan, memang saya akan suggest untuk ambil Garlic dan Alfalfa (kalau tak hamil).
Last but not least, kalau korang rasa mengalami keputihan yang teruk, atau rasa ada yang tak kena di sekitar vagina, segeralah berjumpa doktor. Sebab infection kat bahagian vagina ni ada risiko nya. Bimbang kalau positif Group B Strep (GBS) sebab GBS boleh menyebabkan bayi anda mengalami komplikasi jika tidak ambil langkah berjaga-jaga. Boleh google dan baca mengenai GBS for extra knowledge.
I guess, that's it for today.
Until then, see you in next entry. ;)
Labels:
hamil,
masalah keputihan,
masalah wanita,
vaginal discharge,
wanita
Wednesday, November 16, 2016
Resepi Scones Paling Mudah
Assalamualaikum dan hai semua!
Bila jadi surirumah ni, dah tentu lah selalu duduk kat rumah je. Lepas tu, tambah pula musim sekarang ni setiap hari atau petang mesti nak hujan, dan tentu perut ni sentiasa rasa lapar. So, haritu saya dan Nourah sama-sama lah buat scones. Idea nak buat scones ni pun dapat bila Nourah buka buku Hello Kitty dia, ada resepi scones. Tengok bahan-bahan mudah dan semua ada kat rumah, so berprojek lah kita.
Bila post kat Facebook, ada la a few yang comment rindu nak makan scones di Cameron Highland. Cuaca sejuk, scones dan strawberry jam serta hot tea... amboiiii.. sedap sungguh. Tapi ada yang kata mahal. Pelik pula sebab bahan dan cara nak buat bukan main senang lagi.
Secara jujurnya saya ni tak pernah pun merasa scones. Masa buat scones tu pun, main agak-agak je. Sebab tak pernah tengok orang buat scones depan mata. Kalau pernah tengok orang buat scones, masa pukul batter tu kita boleh lah nak agak dah cukup kembang ke, apa ke kan. Masa first time buat tu, tak berapa menjadi sangat. Waktu bakar, scones tak kembang naik... mungkin sebab masa masukkan butter, masih keras so dia berketul-ketul -- pukul tak rata lah kot.
Disebabkan first trial tak berapa menjadi, dengan keazaman yang membara, saya pun buat scones sekali lagi. Kali ni siap tengok kat YouTube macam mana orang buat scones.
Dan alhamdulillah nampak cantik dari sebelum ni. Hihihi.
So, resepi paling mudah untuk membuat scones adalah:
Lepas ni, boleh la buat scones untuk minum petang di kala hujan. Sapukan dengan jem kegemaran dan hidang bersama teh panas. Yummy!~ :D

My Little Helper |

Bahan yang diperlukan
- 225g tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
- A pinch of salt
- 55g butter
- 25g gula kastor
- 150ml susu segar
Cara membuat
- Panaskan oven dengan suhu 220C dan sediakan dulang pembakar yang telah disapu minyak atau butter.
- Gaulkan bersama tepung dan garam beserta butter, hingga sebatian berbentuk seperti serbuk roti (breadcrumbs).
- Masukkan gula dan susu sedikit demi sedikit dan gaul sehingga membentuk adunan doh yang lembut.
- Letakkan doh di atas permukaan yang ditabur tepung.
- Anda boleh guna roller untuk meratakan doh sehingga ketebalan lebih kurang 2cm. Kemudian, gunakan cetak (cutter) berbentuk bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak tadi.
- Sapu sedikit susu di atas scones tadi dan kemudian masukkan ke dalam oven untuk dibakar lebih kurang 12-15 minit atau sehingga scones kelihatan keperangan.
- Letakkan di atas rak untuk disejukkan.
Lepas ni, boleh la buat scones untuk minum petang di kala hujan. Sapukan dengan jem kegemaran dan hidang bersama teh panas. Yummy!~ :D
Labels:
baking,
hobi,
resipi,
scones,
simple recipe
Saturday, November 12, 2016
Ringkasan Makna, Hakikat, dan Jenis-jenis Hidayah
Assalamualaikum,
Hidayah secara bahasa bererti ar-Rasyaad (bimbingan) dan ad-Dalaalah (dalil/petunjuk).
Adapun secara syar’i, maka Imam Ibnul Qayyim membahagi hidayah yang dinisbahkan kepada Allah Ta’ala menjadi empat jenis:
1. Hidayah yang bersifat umum dan diberikan-Nya kepada semua makhluk, sebagaimana yang tersebut dalam firman-Nya:
{قَال َرَبُّنَا الَّذِي أَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى}
“Musa berkata: “Rabb kami
(Allah Ta’ala) ialah (Rabb) yang telah memberikan kepada setiap makhluk
bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk” (QS Thaahaa: 50).
Inilah hidayah (petunjuk)
yang Allah Ta’ala berikan kepada semua makhluk dalam hal yang
berhubungan dengan kelangsungan dan kemaslahatan hidup mereka dalam
urusan-urusan dunia, seperti melakukan hal-hal yang bermanfaat dan
menjauhi hal-hal yang membinasakan untuk kelangsungan hidup di dunia.
2. Hidayah (yang berupa)
penjelasan dan keterangan tentang jalan yang baik dan jalan yang buruk,
serta jalan keselamatan dan jalan kebinasaan. Hidayah ini tidak bererti
melahirkan petunjuk Allah yang sempurna, kerana ini hanya merupakan
sebab atau syarat, tapi tidak semestinya melahirkan (hidayah Allah
Ta’ala yang sempurna). Inilah makna firman Allah:
{وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيْنَاهُمْ فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَى عَلَى الْهُدَى}
“Adapun kaum Tsamud,
mereka telah Kami beri petunjuk, tetapi mereka lebih menyukai kebutaan
(kesesatan) daripada petunjuk” (QS Fushshilat: 17).
Ertinya: Kami jelaskan dan tunjukkan kepada mereka (jalan kebenaran) tapi mereka tidak mahu mengikuti petunjuk.
Hidayah inilah yang mampu
dilakukan oleh manusia, iaitu dengan berdakwah dan menyeru manusia ke
jalan Allah, serta menjelaskan kepada mereka jalan yang benar dan
memperingatkan jalan yang salah, akan tetapi hidayah yang sempurna
(iaitu taufik) hanya ada di sisi Allah Ta’ala, meskipun tentu sahaja
hidayah ini merupakan sebab besar untuk membuka hati manusia agar mahu
mengikuti petunjuk Allah Ta’ala dengan taufik-Nya.
Allah Ta’ala berfirman tentang Rasul-Nya:
{وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ}
“Sesungguhnya engkau
(wahai Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam) benar-benar memberi
petunjuk (penjelasan dan bimbingan) kepada jalan yang lurus” (QS
asy-Syuuraa: 52).
{فإن الله يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ فَلا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ}
“Sesungguhnya Allah
menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi hidayah (taufik)
kepada siapa yang dikehendaki-Nya” (QS Faathir: 8).
{إِنْ تَحْرِصْ عَلَى هُدَاهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ يُضِلُّ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ}
“Jika engkau (wahai Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam) sangat mengharapkan agar mereka mendapat petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang disesatkan-Nya dan mereka tidak mempunyai penolong” (QS an-Nahl: 37).
Juga firman-Nya:
{إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ}
Maka dalam ayat ini Allah
menafikan hidayah ini (taufik) dari Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam dan menetapkan bagi beliau Sallallahu’alaihi Wasallam hidayah
dakwah (bimbingan/ajakan kepada kebaikan) dan penjelasan dalam
firman-Nya:
{وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ}
“Sesungguhnya engkau
(wahai Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam) benar-benar memberi
petunjuk (penjelasan dan bimbingan) kepada jalan yang lurus” (QS
asy-Syuuraa: 52).
4. Puncak hidayah ini, iaitu hidayah kepada Syurga dan Neraka ketika penghuninya dibawa kepadanya.
Allah Ta’ala berfirman tentang ucapan penghuni Syurga:
{وَقَالُوا الْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ
هَدَانَا اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ}
“Segala puji bagi Allah
yang telah memberi hidayah kami ke (Syurga) ini, dan kami tidak akan
mendapat hidayah (ke Syurga) kalau sekiranya Allah tidak menunjukkan
kami” (QS al-A’raaf: 43).
{احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا يَعْبُدُونَ. مِنْ دُونِ اللهِ فَاهْدُوهُمْ إِلَى صِرَاطِ الْجَحِيمِ}
“Kumpulkanlah orang-orang
yang zalim beserta teman-teman yang bersama mereka dan apa yang dahulu
mereka sembah selain Allah, lalu tunjukkanlah kepada mereka jalan ke
Neraka” (QS ash-Shaaffaat: 22-23)".
1. Hidayah yang bersifat
mujmal (garis besar/global), yaitu hidayah kepada agama Islam dan iman,
yang ini dianugerahkan-Nya kepada setiap muslim.
Sumber Kfiqh
*****
SEMINAR KEAJAIBAN AL-QURAN 2.0
Bersama Dr. Abdul Basit Abdul Rahman bagi tajuk: Bagaimana al-Quran Boleh Menjadi Kitab Hidayah
10 Disember 2016
- Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM)
- 8.00 pagi - 6.00 petang

Terima kasih
Thursday, November 10, 2016
Promosi Shaklee November 2016
Assalamualaikum dan hai!!
Sebelum terlupa, entri yang wajib ada setiap bulan, announcement promosi Shaklee... hehehe.
Untuk bulan November 2016 ni, produk Shaklee yang bertuah ialah Nutriferon. Memandangkan sekarang pun dah masuk hujung-hujung tahun, biasanya hujan kan... kalau ada yang jenis kena hujan sikit senang dapat demam, so saya highly recommend kat korang semua untuk dapatkan Nutriferon ni.
Nutriferon insyaAllah mampu membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh. Dengan kandungan ekstrak dari empat tumbuhan; iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, ia mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Interferon ni mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh.
Selain Nutriferon, Lecithin dan Alfalfa juga ada promosi beli 3 PERCUMA 1.
Antara manfaat Lecithin adalah menghalang enapan lemak di hati, membantu memecahkan lemak dan kolestrol, memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis serta menggalakkan peredaran darah dan lain-lain lagi.
Manakala antara manfaat Alfalfa pula adalah mencuci hati, darah dan usus kerana alfalfa yang bersifat alkali mampu mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan dan Alfalfa juga mampu memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, hepatitis atau sembelit.
So, jika ada yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ini sementara masih ada promosi, boleh lah hubungi saya terus melalui whatsapp. InsyaAllah saya akan bantu anda.
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Alfalfa,
Lecithin,
Nutriferon,
promosi,
promosi bulan November,
Shaklee,
Shaklee distributor
Betul ke Mengidam?
Assalamualaikum dan hai!
Sama ada mengandung atau pun tidak, setiap orang mesti akan mengalami perasaan mengidam kan? Selalunya perempuan lah yang mengidam ni, lelaki ada ke? Mungkin ada la kot, tapi diorang boleh cari sendiri. Kita yang perempuan ni selalu bila mengidam la konon nak bermanja dengan boyfriend atau suami. Hahaha.
Perempuan mengidam paling teruk bila mengandung, betul?
Dalam circle saya, paling terkejut pernah saya dengar setakat mengidam daging landak je lah kot. Yang lain-lain tu ada yang kuat shopping contoh beli lipstick banyak-banyak (padahal tak guna pun), beli kasut dan lain-lain, ada yang suka bau ketiak suami, ada juga yang suka bau sabun.
Paling extreme, pernah terbaca kat Facebook, ada yang mengidam nak minum Clorox!!! Ya Allah, itu tak tau lah mengidam tahap apa. Hahaha. Alhamdulillah lah setakat ni saya tak pernah mengidam pelik-pelik sepanjang mengandung untuk kedua-dua anak.
Ok, harini saya nak berkongsi tentang mengidam makanan saja lah. Mengikut apa yang saya baca, mengidam atau cravings ni selalunya disebabkan kita tak cukup nutrient atau vitamins dalam badan kita. Kalau kita perhati betul-betul pun, biasanya benda yang kita craving adalah makanan yang kurang berkhasiat.
So, macam mana kita nak atasi masalah mengidam ni? Sila perhatikan gambarajah di bawah betul-betul. Contoh yang dialami oleh saya sendiri ialah, chocolate. Sejak sebulan dua ni saya amalkan pengambilan magnesium (saya akan ceritakan tentang magnesium di entri lain). Saya perasan juga kalau beberapa hari saya tak ambil magnesium, memang saya akan mencari-cari chocolate untuk dimakan. Siapa je yang tak hantu chocolate kan? Kalau ambil magnesium, saya masih boleh kawal nafsu dari makan chocolate.
Lepas ni boleh lah check semula pemakanan harian kita. Adakah cukup sumber nutrient atau vitamin yang diperlukan oleh badan? Kalau ada rasa mengidam tu, cuba untuk perbaiki makanan harian dan lihat hasilnya. Tak salah pun kalau nak makan segala manisan, makanan berproses dan berminyak... tapi kalau kita boleh kurangkan atau elakkan, kenapa tidak?
Semoga gambarajah ini membantu anda yang berikhtiar untuk mendapatkan kesihatan dan berat badan yang ideal. :)

Sumber: Pinterest |

Monday, November 7, 2016
Ampang BIGGEST Jumble Sale
Assalamualaikum,
Ahad semalam saya sempat ke Ampang Biggest Jumble Sale. Actually I got to know this event setahun yang lepas... it's an annual event jual segala barang terpakai. Last year tak berkesempatan nak pergi pun. Dan semalam pula kebetulan saya ada kat rumah kakak ipar di Ampang, terus ajak suami pergi ABJS.
Event started at 9am... dan kami gerak ke sana dalam pukul 11am lebih. It was around 15 minutes drive (ambil kira tahap kesesakan lalu lintas di kawasan Ampang tu. Hehe). It was an exciting event but the only problem was, lokasi tak berapa sesuai. Untuk kawasan vendor semua ok, cuma kawasan nak cari parking agak susah. Sebab ABJS buat kat dewan orang ramai yang located in the middle kawasan perumahan. Tak ada specific parking spaces untuk pengunjung dan kitorang terpaksa parking tepi jalan saja. Jalan pula sempit, which is agak menganggu lalu lintas yang juga merupakan laluan bas awam.
Lepas beberapa kali pusing, jumpa satu spot parking. Gigih juga la encik suami mencari... sebab saya dah cakap, kalau tak ada parking, kita balik je. Hihi.
Dari jauh nampak banyak yang jual baju, especially baju perempuan. I guess it's normal sebab baju yang paling senang orang beli kan. Tapi barang-barang lain pun banyak... ada yang jual toys, kasut, bags, barangan elektrik dan sebagainya. Yang saya perasan, selain banyak baju, banyak juga barangan baby such as stroller, car seat, play pan.
Teringat pula masa pergi carboot sale di UK dulu. Hampir sama tapi kat sana lagi ada pelbagai barang... mungkin disebabkan mereka kat sana ada hobi yang pelik-pelik, barang lagi murah dan apa yang dibeli adalah mengikut season. Bila habis satu season contoh winter, mereka akan jual barangan tersebut instead of simpan for another winter.
Selain booth jualan barangan terpakai, ada juga kawasan booth yang menjual makanan. Rambang mata tau tengok makanan semua sedap-sedap. Nasib la saya ni kena jaga makan. Kalau tak segala kek yang dijual dah beli. Hihihi.
So, apa hasil tangkapan kami semalam?
Kitorang beli untuk Nourah dan baby saja. Patung Elmo RM10, dua toys untuk baby dan puzzle 3D RM12 dan satu educational toys RM7.
My review? It was such a great event. Sambil berjual beli, sambil mengeratkan silaturahim antara penduduk Ampang (tapi kitorang tak duduk kat Ampang la... hehe). Kita tengok kalau next year kitorang jadi pembeli lagi atau penjual pula? Rasa-rasa macam banyak benda nak let go kat rumah ni. :D
Ahad semalam saya sempat ke Ampang Biggest Jumble Sale. Actually I got to know this event setahun yang lepas... it's an annual event jual segala barang terpakai. Last year tak berkesempatan nak pergi pun. Dan semalam pula kebetulan saya ada kat rumah kakak ipar di Ampang, terus ajak suami pergi ABJS.
Event started at 9am... dan kami gerak ke sana dalam pukul 11am lebih. It was around 15 minutes drive (ambil kira tahap kesesakan lalu lintas di kawasan Ampang tu. Hehe). It was an exciting event but the only problem was, lokasi tak berapa sesuai. Untuk kawasan vendor semua ok, cuma kawasan nak cari parking agak susah. Sebab ABJS buat kat dewan orang ramai yang located in the middle kawasan perumahan. Tak ada specific parking spaces untuk pengunjung dan kitorang terpaksa parking tepi jalan saja. Jalan pula sempit, which is agak menganggu lalu lintas yang juga merupakan laluan bas awam.
Lepas beberapa kali pusing, jumpa satu spot parking. Gigih juga la encik suami mencari... sebab saya dah cakap, kalau tak ada parking, kita balik je. Hihi.
Dari jauh nampak banyak yang jual baju, especially baju perempuan. I guess it's normal sebab baju yang paling senang orang beli kan. Tapi barang-barang lain pun banyak... ada yang jual toys, kasut, bags, barangan elektrik dan sebagainya. Yang saya perasan, selain banyak baju, banyak juga barangan baby such as stroller, car seat, play pan.
Photo courtesy of Ampang BIGGEST Jumble Sale's Facebook page. |
Dalam ni harga from RM2-RM6 for each toys. |
Selain booth jualan barangan terpakai, ada juga kawasan booth yang menjual makanan. Rambang mata tau tengok makanan semua sedap-sedap. Nasib la saya ni kena jaga makan. Kalau tak segala kek yang dijual dah beli. Hihihi.
Yummy! I bet siapa yang ada sweet tooth can't resist these desserts. |
Itik panggang HALAL. Ni resepi Chinese Muslim. |
Original Kebab dijual oleh Middle Eastern guys. |
So, apa hasil tangkapan kami semalam?
Kitorang beli untuk Nourah dan baby saja. Patung Elmo RM10, dua toys untuk baby dan puzzle 3D RM12 dan satu educational toys RM7.
All this for RM29. |
Toys ni kitorang belum discover lagi macam mana cara nak main. Harap-harap la berbaloi beli. Haha. |
Saturday, November 5, 2016
Little Sister's Convocation di USM, Penang
Assalamualaikum,
Seminggu dua ni semua update tentang konvokesyen... it's either their own convocation, their siblings' or even konvokesyen anak cucu. Hehe.
Last week was my little sister's, Afieqah, convocation. Alhamdulillah after three years of struggle, akhirnya Ika berjaya menamatkan zaman degree on time with flying colors. :)
I am so proud of you sister. And now she's furthering her study to the next level, Master. (Doakan sekali kakak awak ni pun dapat peluang untuk sambung belajar, ye?)
Ceritanya... last week, ayah dan ibu dah gerak ke Penang hari Isnin lagi dengan Cik Aman, Cik Pah dan Fatin. Saya pun discuss la dengan adik lelaki yang sorang ni, Naufal, nak pergi Penang sama-sama since husband tak dapat ikut sebab tak dapat cuti. So, Selasa malam kitorang bertolak dalam pukul 8pm dari KL. Sepanjang perjalanan, anak-anak kitorang aktif sungguh dalam kereta. Diorang tak nak tidur langsung. Dah pening kepala nak jaga budak-budak ni, dengan seorang tu nak tengok video YouTube, seorang lagi tak nak kongsi tidur kat kerusi belakang. Hahaha. Lastly, dalam pukul 11pm lebih bila handphone yang masing-masing pegang kehabisan battery, dan selepas ada adegan sedikit menangis meraung, barulah diorang tidur. Hampir pukul 1 pagi baru kami sampai Penang, specifically rumah Kakak Hidayah (second elder sister).
Petang hari Rabu 26 Oktober, hari Ika naik pentas. Tapi ayah dan ibu jelah yang masuk dewan. Kitorang yang lain-lain datang USM lewat sikit sebab kalau nak tunggu ayah ibu keluar dewan lewat petang takut lama sangat pula. Kitorang datang dalam pukul 3pm lebih, terus singgah di Pesta Konvo sambil tunggu orang dalam dewan keluar. Yang sedihnya saya tak dapat nak tengok semua booth yang ada pun sebab susah bila kena bawa budak-budak kecil. Tapi bagus juga lah kan, jimat sikit duit dari spend beli macam-macam. Haha.
So, dalam pukul 5pm lebih, sidang petang tu dah habis barulah dapat berkumpul dengan ayah, ibu dan Ika. Cepat-cepatlah kitorang bergambar luar dewan. Lepas tu lebih kurang dekat waktu maghrib baru dapat ambil gambar studio. Masa ni dah minta maaf sangat kat Ika sebab rasanya muka semua orang dah buruk dengan berminyak dan letih. Budak-budak kecil semua pun tiba-tiba menangis merengek tak nak bagi kerjasama. Hahaha. Sabar je lah.
Apa pun, alhamdulillah semua selesai juga. Malam tu kitorang ke kedai makan Idris (tak ingat nama tempat tu) untuk makan malam. Kat situ boleh tahan sedap juga makan seafood. :D
Esoknya pula, Khamis 27 Oktober, dah free sikit... kitorang pun pergi makan nasi kandar di Kampung Melayu, Air Hitam (suggested by ayah mertua Kak Hidayah but I preffered nasi kandar Kayu). Lepas tu makan ABC dan cendol. Tu je lah yang sempat kitorang pergi. Jumaat spent seharian di rumah saja dan Sabtu kitorang balik ke KL.
All in all, it's a 'holiday' well spent with my lovely family.

family,
family gathering,
konvokesyen,
Penang
Friday, November 4, 2016
Hello, I'm back!! Seriously?
Assalamualaikum,
Lamaaaaaaaaa nya tak update blog ni. Rasa rindu pula. Hari ni tergerak hati nak buka blogspot, baca dulu a few blogs yang saya follow untuk ambil feel nak menulis balik. Hehehehe...
Banyak cerita nak ditulis, banyak ilmu nak dikongsi. InsyaAllah akan saya mulakan slowly.
Entry hari ini kira untuk warm up dulu lah ye. Harapnya semangat ni tak hilang kejap lagi. Hihihi.

Subscribe to:
Posts (Atom)