Thursday, June 5, 2014

Minat Yang Terpendam - Hobi Bercucuk Tanam

Assalamualaikum,

Sebenarnya, bukan terpendam... tapi terpaksa pendam. Hahaha...

Saya suka bercucuk tanam. Dari kecil dulu, setiap kali makan buah, selalu saya campak biji buah tu ke tanah dengan harapan tumbuh membesar. Pernah pokok rambutan mula bercambah, tapi tak tau lah siapa yang dengki sangat cabut pokok tu. Dulu yang dah biasa makan hasil tanaman campak biji ni, betik lah.

Kalau kat rumah ibu, pokok yang wajib ada ialah limau purut, kunyit, daun pudina, pokok kari dan daun pandan. Disebabkan tinggal kat apartment, agak terhad sikit lah pokok yang boleh ditanam. Kalau rumah mertua, jenis rumah lot. Dan ayah mertua rajin menanam. Lagi macam - macam yang ditanam. Segala jenis sayur ada. Kalau balik kampung, dapatlah makan lauk sayur fresh. Pokok sawi, kacang panjang, kacang botor, cili padi, ulam raja, pokok pisang, betik... eh banyak lagi lah...

Disebabkan saya pun suka juga bercucuk tanam, bila dah ada rumah sendiri ni, walaupun tinggal di apartment, saya tetap juga beli pokok yang memberi hasil. Saya beli pokok limau purut (tapi hampir setahun tak berbuah pun), limau kasturi (yang ini dah banyak hasil), daun pudina. Alhamdulillah tangan ni memang sesuai, orang kata tangan hijau? tangan sejuk? Kiranya, asal tanam insyaAllah menjadi lah.

 Limau kasturi baru nak berbuah.. :)

Limau purut yang malu - malu nak berbuah.

Haritu beli labu untuk buat puri Nourah. Dan bijinya saya campak je dalam pasu. Tak sangka bercambah, dan cepat pula tu! Sejak hari tu, baru saya tau benih labu memang bercambah cepat. Tapi sebabkan labu ni jenis melingkar, saya tak dapat nak sediakan ruang dan tanah yang cukup untuk labu tu hidup. Setakat dapat lihat bunga berkembang je. Lepas tu satu pokok tu layu dan mati. Huhuhu.

Benih labu mula bercambah lepas dua ke tiga hari saya campak ke tanah. Belakang tu lah pudina yang saya beli kat pasar tani. Dan pokok bunga tu suami saya yang nak. Haha.

 Setelah beberapa bulan, saya pindahkan pokok labu ke pasu yang panjang. Waktu ni menunggu masa untuk bunga mengembang.

Bunga dah mengembang, tapi untuk seketika saja. Lepas tu satu pokok ni mati. Tak sempat nak tengok macam mana labu berbuah.

Kemudian, saya ada beli benih dari blog tanam sendiri. Antara benih yang saya beli ialah cili merah, cili padi, tomato ceri, timun dan asparagus (sebab rindu nak makan asparagus. Hahaha). Setakat yang saya dah tanam benih tomato, timun, cili merah dan cili padi. Tapi yang dah tumbuh tinggi pokok tomato lah. Excited kot! Harap membesar dengan jayanya.

Saya tanam dua benih dalam satu pasu. Nanti dah besar sikit lagi, kena pindahkan satu pokok ke pasu lain.

Inilah hobi saya. Setiap kali rasa tak best, mesti saya duduk tengok pokok - pokok saya. Tengok pokok membesar sama excited macam tengok anak membesar. Masing - masing kita mengharapkan hasil yang bermanfaat. Amboi, perumpamaan... hahaha.



Oklah. Ni saja cerita untuk hari ni. Sebenarnya blur nak update cerita apa kat blog harini. Hihihi. ;P

5 comments:

  1. Rajinnya menamam .. saya nak menanam tapi tak pandai .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe.. tanam je... cari pokok yg tahan lasak mcm bunga kertas.. tp jenuh la nak menyapu kalo bunga gugur.. hehe

      Delete
  2. kakak sekarang tengah cuba tanam serai.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihii.. tanam serai paling senang kot..? letak kat mana? balcony ek?

      Delete
  3. saya pun baru nak cuba-cuba nk menanam ni .. nmpak best je

    ReplyDelete