Telekung

Friday, May 23, 2014

Peristiwa di Pejabat Imigresen Hartamas

Assalamualaikum,

This incident happened to my sister actually. Dan saya pun tergerak hati nak tolong ceritakan kat orang lain, harap boleh dijadikan teladan.

It happened February last year. Kakak terpaksa bawa dua - dua anaknya ke Imigresen untuk extend stay kat Malaysia. Yes, my nephews bukan warganegara Malaysia... Huhuhu. Dan diorang pergi ke Imigresen Hartamas. Sampai sana around pukul 11am, kalau saya tak lupa la ceritanya, tapi yang pasti mereka sampai pagi la. Haha. Mereka ada kat sana dari pagi sampai lah pukul 6pm sebab kakak was told by the immigration people that their system was down.

Terpaksa tunggu lama satu hal. Nak dijadikan cerita, petang tu ada seorang perempuan pergi ke kaunter bayaran nak tanya something. Tapi pegawai tu layan dia kasar, macam nak tak nak je. Perempuan tu bagitau baik - baik dekat pegawai tu, "saya tanya baik2 ni. Kalau ye pun, cuba lah senyum." Pegawai tu balas dengan alasan dia banyak kerja. Masalahnya, pandang pun tak nak. Perempuan yang tanya tu terus pergi dari situ. 

Lepas tu pegawai tadi mengadu kat kawan sebelah dia, "ada ke dia suruh kita senyum kat dia? Dia tak tau ke kita banyak kerja ni? Non stop buat kerja dari tadi...." Kakak saya terkejut betul bila dengar dia cakap macam tu. Dan kebetulan pula lepas tu giliran kakak saya untuk berurusan dengan dia, nak buat bayaran.
Kakak tanya, "berapa?"
Pegawai tu mumble.
Kakak "hah?" sebab tak dengar dengan jelas...
Pegawai jawab, "RM180, dua orang kan?" dengan nada garangnya.
Kakak dah bengang time tu, dalam hati kata "bukan terkejut sebab mahal. Sebab tak dengar je"

Tak lama lepas tu ada seorang foreigner datang bertanya, boleh pula dia cakap baik - baik siap senyum..
Kakak rasa marah sangat dengan pegawai tu. Kalaulah kaka berani, memang dia dah ambil gambar pegawai tu dan post saja di mana - mana laman sosial. Saya yang dengar cerita tu pun rasa geram, apatah lagi yang mengalami sendiri kan? Disebabkan orang macam dia lah ramai yang complaint pasal pekerja kerajaan yang buat kerja sambil lewa. Kalau tak suka nak melayan orang, better jangan kerja kat front desk. Dah memang dia ditugaskan untuk layan setiap pertanyaan orang, kalau boleh dengan senyuman. Bukan lah mengharap sangat dia senyum tersengih ke apa. Tapi, biar lah ada budi bahasa, nampak sikit ikhlas nak bekerja. Dan kalau boleh, jangan lah pula memilih pelanggan kalau nak layan baik ke, buruk ke. Aduhai....

2 comments:

  1. Alhamdulillah sjk blk ni bila berurusan dgn pejabat kerajaan (termasuk klinik kesihatan) semua baik2 belaka. yg officer kt imigresen tu lelaki ke perempuan?.. hormon tgh xstabil kot.. (wpon katalah dia lelaki.. haha..)

    ReplyDelete
  2. Hihihi.. Yg ni dia ingat dia kat kawasan hartamas, dia boleh nak layan mcm tu kot.. kehkehkeh

    ReplyDelete