Assalamualaikum,
Rezeki diberikan kepada semua manusia di dalam dunia ini.
Apabila anda menerima berita baik ianya merupakan rezeki dan apabila anda menerima berita buruk, ianya juga dianggap rezeki.
Ada orang yang cukup murah rezekinya, apabila mereka diberikan dengan
pelbagai kemudahan dan kesenangan bukan sahaja wang ringgit tetapi
dalam urusan kehidupan.
Ada orang yang cukup susah dengan kehidupannya dan juga wang ringgit.
Hal ini bukan bermaksud tidak murah rezeki tetapi rezeki mereka
diberikan dalam bentuk yang berbeza.
Entri kali ini TPK kongsikan kepada anda mengenai 10 petua murah rezeki yang boleh diamalkan oleh semua.
1. Beribadah
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu
Hurairah r.a.)
Allah tidak pernah mengabaikan mereka yang sentiasa beribadah
kepada-Nya. Perbanyakkan beribadah dan memohon kepada-Nya untuk
dimurahkan rezeki. In Sha Allah ianya akan diterima dan doa tersebut
dimakbulkan.
2. Memperbanyak istighfar
Mengingati-Nya dengan memperbanyakkan istighfar adalah menunjukkan kasih dan sayangnya kita kepada-Nya.
Ianya akan menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya dan Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan hamba-Nya
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Meninggalkan perbuatan dosa yang lalu membantu dalam menjemput rezeki
daripada-Nya. Perbuatan dosa yang dilakuan sebelum ini dtinggalkan dan
disertakan dengan taubat dan kekesalan diatas perbuatan yang dilakukan.
“dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Dosa bukan sahaja membuat hati resah tetapi menutup pintu rezeki.
4. Sentiasa mengingati Allah
Kehidupan akan menjadi tenang apabila kita sentiasa mengingati-Nya.
Ianya juga memberikan kehidupan yang lapang dan inilah rezeki yang
diberikan kepada hamba-Nya yang beriman.
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Mendoakan ibu bapa
Rasullullah S.A.W pernah berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan murah rezeki, hendaklah berbakt kepada ibubapanya.
Mendoakan kesejahteraan ibubapa juga merupakan salah satu kunci dimurahkan rezeki.
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan
ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang
Berbuat baik dan sentiasa menolong orang yang di dalam kesusahan dan lemah amat dituntut di dalam Islam.
Ianya bukan sahaja sifat yang terpuji tetapi juga merupakan salah
satu perkara yang boleh memurahkan rezeki. Bantuan yang diberikan adalah
ikhlas dan bukan mengharapkan apa-apa ganjaran.
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Banyak yang boleh dimaksudkan dengan tunaikan hajat orang lain. Pekara ini sebenarnya bersangkut paut dengan menolong orang.
Apabila kita menolong orang secara tidak langsung kita menunaikan hajat orang yang kita bantu.
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
9. Buat kebajikan
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Bangun Awal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
yang no 10 tue ,, susah sikit nak amalkan .. heee :D
ReplyDeletehaipp... tamo malas2.. hahaha
ReplyDelete