Thursday, May 8, 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) 2014

Assalamualaikum,

Dah empat hari Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) melabuhkan tirainya. Tak sabar menunggu pesta buku yang lain. Haha...

PBAKL baru - baru ni, saya pergi dua kali. Pertama, saya pergi dengan adik ipar on 27th April. Bersungguh -sungguh dan gigih la saya naik LRT Star dari Ampang ke PWTC. Plan asal nak pergi sorang je, tapi sebab adik ipar dari Kluang kata nak ikut sekali -- so kami pergi berdua. Bagus juga dia ikut hari tu sebab dia lah yang tolong angkatkan buku. Hihihi... pagi pukul 10 lebih keluar rumah, dan sampai PWTC lebih kurang pukul 11. Pusing setiap tingkat, hujung ke hujung. Belek buku sana sini. At the end saya beli buku banyak pula jenis yang tebal dan hard cover. Balik rumah menggigil bawa semua buku tu.











Bernasib baik, hari Ahad tu di pavillion PTS, booth As-Sohwah kami jumpa Prof Dr Muhaya. Not a big fan of her, tapi tak dinafikan kata - kata beliau memang motivasi yang terbaik. Tak bergambar bersama, sebab hari tu tak ada beli buku Prof pun. Segan pula nak datang menonong dengan tangan kosong nak bergambar. Hehehe


Anyways, antara banyak - banyak buku yang dibeli hari tu, paling puas hati dapat dua buku ini. Kiranya, best catch la (bagi saya). Hehehe.

 Urutan Mesra Buat Si Manja... :) 

Beli buku ni sebab pernah baca kebaikan mengurut bayi. So, nak belajar juga sikit - sikit macam mana teknik nya. Dan buku ni bagi saya best sebab isinya menarik dan mudah faham (penerangan beserta gambar), setiap helai berwarna dan kertasnya berkualiti. Rasanya sangat berbaloi dengan harga RM38 (dapat discount 15% di PBAKL).

 Cara mengurut kaki si kecil. Hihi

Menu Sihat Inspirasi Rasulullah

Buku ni bukan sekadar berkongsi resepi, tapi ada juga ilmu tambahan sebagai contoh yang sempat saya baca, Adab Berziarah dan Menerima Tetamu. Harga buku ini RM29 (discount 15% juga di PBAKL). Resepi dalam ni memang best dan semestinya resepi berunsurkan sunnah Rasulullah. Harap - harap saya ada kerajinan nak memasak semua resepi yang ada dalam buku ni. Kahkah...

 

Kemudian, kali kedua saya pergi PBAKL dengan suami dan Nourah (tahun lepas pergi Nourah dalam perut lagi. Hihi) di hari terakhir iaitu 4 May. Kali ni saja nak pusing - pusing buat kali terakhir, takut la nanti tidur asyik termimpi - mimpi je. Haha... tak tau lah, bagi saya bila berada di dalam longgokan buku - buku sangat menenangkan. Hehe.

Walaupun mulanya kata saja pusing - pusing, end up ada juga lah beli buku sikit. Hehe. Tapi kali ni lagi seronok sebab hari terakhir, discount yang diberi sangat puas hati. Di booth PTS juga, banyak yang diberi discount hingga 25%. Sebab tu saya suka pergi hari terakhir. :P


Kali ni, kami jumpa Datuk Chef Wan pula. Tapi tak adalah minta autograf atas sebab yang sama, tak beli pun buku Chef Wan. Saya ambil gambar dari jauh je lah. :D


Total spent sepanjang pergi PBAKL 2014 ni, agak banyak. Huhu. Next year boleh lah claim income tax. Dan harapnya sebelum pesta buku tahun depan, buku yang dibeli tahun ni habis dibaca. Hihihi.

4 comments:

  1. wah menarik, dah lama tak spent time pergi Pesta Buku Antarabangsa...

    ReplyDelete
  2. tu laah.. rambang mata dibuatnye.. hehe

    ReplyDelete
  3. memang gigih betul nih..kalau naek lrt dari ampang nk g pwtc ..lama kot rasa dok dalam lrt tuh..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak lama la juga... pastu berdiri menonong je... lg la terasa lama... haha

      Delete