Friday, May 9, 2014

Apa Itu Penyakit Tiroid?

Assalamualaikum,

Sekejap pula rasanya dah hari Jumaat. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas... kan?

Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang penyakit tiroid. Dulu pernah dengar, tapi tak pernah ambil tau pun apa penyakit tiroid ni. Bila search dan baca, rupanya wanita lebih berisiko untuk mendapat tiroid ni berbanding lelaki. Ok, ini menakutkan dan lebih bahaya kalau tidak mendapatkan rawatan awal. Huhu...

Apa itu tiroid?

Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk seakan-akan rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan liothyronine atau T3 yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan. Tiroid terletak di pangkal leher dan depan saluran pernafasan (trakea) serta saluran makanan.

Hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

“Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pramatang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya,”
Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San

Jenis Penyakit Tiroid

Penyakit tiroid ada dua jenis iaitu:
  • Hipertiroidisme
  • Hipotiroidisme
Hipertiroidisme

Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Simptom hipertiroid:
  • Hilang berat badan
  • Kerap buang air besar
  • Sering berpeluh
  • Berdebar
  • Menggeletar
  • Penglihatan terjejas
  • Lumpuh kaki, terutama lelaki
  • Perbezaan pada jari tangan dan kulit di bahagian betis
  • Bertambah selera makan

Hipotiroiroid

Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Simptom hipotiroid:
  • Kaki bengkak
  • Ingatan terganggu
  • Lembap
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat
  • Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan 

Hipotiroidisme kongenital

Biasanya ia berlaku di kalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis, serta lewat tumbesaran.

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Rawatan

Pesakit yg mengalami penyakit hipotiroidisme mudah dirawat tapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin perlu diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid dalam badan.

Pesakit yg mengalami hipertiroidisme pulak perlu diberikan iodin beradioaktif untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid yg terlebih tu. Pembedahan jugak boleh jadi alternatif kepada rawatan hiper ni. 

Untuk Hipertiroidisme

Anda boleh mencuba ESP. ESP ni mengandungi protein soya non GMO yang ada estrogen. Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan. Jadi, untuk yg ada hipertiroidisme tadi eloklah ambil ESP untuk kurangkan rembesan hormon tiroid.
Untuk Hipotiroidisme

Boleh dapatkan vitamin E dan vitalea.

Vitamin E pula mengandungi 10mg selenium semulajadi. Kalau nak tau, selenium ni diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid. Sebab salah satu penyebab hipotiroidisme ni autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan. Kalau dapat kurangkan antibodi ni maka banyakla sikit hormon dari kelenjar tiroid dihasilkan. 
Vitalea pula multivitamin yang mengandungi semua vitamin seperti iodin, vitamin A, D, E, B2, B3 & Zinc. Memang sesuai sangatla untuk pesakit hipotiroidisme.
Sebabnya hipotiroidisme ni berpunca daripada kekurangan iodin. Vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif). Vitamin B2, B3 dan B6 pula berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid. Zinc pula diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yang tak aktif) dalam kelenjar tiroid dan diperlukan dalam proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid yang aktif).
Boleh hubungi saya melalui whatsapp di 013-7319472 (Nadhira) untuk maklumat lanjut atau sebarang order.

Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-7319472 

No comments:

Post a Comment