Wednesday, December 31, 2014

Kedai Bonda Sumayyah

Assalamualaikum,

https://www.facebook.com/kedaibondasumayyah

Saya menjemput semua teman - teman blogger untuk like page Kedai Bonda Sumayyah di Facebook (sila klik banner). Di page ini, lebih mudah untuk saya upload serta update blouse Airecca terbaru dan insyaAllah akan ada produk lain yang sesuai untuk para muslimah. Selain itu, ada juga educational toys  dan bahan bacaan untuk kanak - kanak. Pendek kata, untuk mendapatkan update yang cepat, semuanya di dalam page Kedai Bonda Sumayyah.

Semoga muamalah kita ini diberkati Allah... aminn..

Tuesday, December 9, 2014

Promosi Berganda-ganda di Bulan Disember!

Assalamualaikum,

Macam dah bersawang je blog saya. Nak update sekarang susah sikit sebab anak pantang nampak mak dia depan laptop. Dia pun nak menyibuk. T___T Harap masih tak terlambat untuk saya announce promosi Shaklee pada bulan Disember.

Bulan Disember ni, Shaklee pun nak buat juga YEAR END SALE. Dua promosi untuk dua produk sekali, iaitu:



Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E!! Nampaknya ramai lah wanita - wanita kat luar sana suka. Sebab kedua - dua vitamin ni menjadi kegemaran untuk mereka yang sangat menjaga kulit. Anda boleh baca kebaikan Vitamin E di sini.

Manakala Vitamin C sangat - sangat lah diperlukan untuk kesihatan harian kita sebab vitamin C ini juga merupakan salah satu immune booster. Mampu mencegah seseorang daripada mudah terkena penyakit. Vitamin C paling popular di kalangan mereka yang sering selsema dan mengalami resdung.

Jika mengalami masalah luka, vitamin C mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sebab tu juga ianya mampu merawat masalah muka berjeragat. Selain itu, vitamin C meningkatkan kolagen dalam tubuh badan kita, seterusnya membuatkan kulit kita tegang dan semakin sihat berseri.

So, apa tunggu lagi? Dapatkan kedu - dua produk ini sekarang!! Peluang macam ni tak datang selalu. Boleh lah buat stok sekali. Hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 0137319472.



**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ia hanyalah produk suplemen untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sila dapatkan konsultasi sebelum anda mengambil apa - apa produk suplemen. 



Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Your Favorite Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Friday, November 14, 2014

Planning To Get Pregnant?

Assalamualaikum wbt and good day readers!

*ehem* Writing an entry about getting pregnant doesn't mean that I am currently pregnant... *ehem* 
*Ini adalah entry 2012 dan diedit semula*

Actually, saya nak share something which I just found out. Some of you maybe dah lama tau, so maybe we can share other inputs in the comment.... perhaps? Few weeks back, I was talking with my colleague pasal multivitamins and supplements. Then, kawan saya ni cakap pasal folic acid. From my understanding, folic acid ni biasanya diambil oleh ibu- ibu yang mengandung. Kalau tak silap, biasanya first trimester doctor mesti bagi pil folic acid as a supplement. Saya tak tau fungsi folic acid, so saya googled and this is what I found in wikipedia;

Vitamin B9 (folic acid and folate) is essential to numerous bodily functions. The human body needs folate to synthesize DNA, repair DNA, and methylate DNA as well as to act as a cofactor in certain biological reactions. It is especially important in aiding rapid cell division and growth, such as in infancy and pregnancy. Children and adults both require folic acid to produce healthy red blood cells and prevent anemia.
So, folic acid ni rupanya one of vitamin B (B9). Selama ni makan vitamin B sebab ibu cakap saya ni lembik and cepat letih. Hahaha..Tapi dah makan vitamin B pun sama je letih? Atau sebenarnya mengada lebih? :P

Ok, so seperti apa yang di'quote'kan, folic acid ni penting untuk membaikpulih pertumbuhan sel especially untuk bayi dalam kandungan. Dan folic acid ni sebenarnya membantu untuk melindungi bayi dalam kandungan from developing defects in his nerve system (neural tube defects), such as spina bifida. Ok la.. tak reti nak elaborate lebih - lebih. You may click here for better understanding. Dan saya juga baru tau, folic acid ni better di ambil beberapa bulan before kita plan nak get pregnant. Bukannya time tengah pregnant saja. I guess, siapa - siapa yang jenis banyak makan sayur or buah (not a picky eater) patut tak ada masalah sangat lah sebab dalam makanan tu pun contains banyak vitamin B.

 Example of food yang provide 100-200 micrograms per serving:
  • spinach, 1 cup;
  • ladies’ fingers, half cup
  • asparagus, half cup;
  • lentils, half cup;
  • liver, 1 slice;
Dan example of food provides 50-100 micrograms per serving pula:
  • steamed broccoli, 2 spears;
  • large orange;
  • white rice, half cup
  • oatmeal, half cup;
  • kidney beans, half cup;
It is advisable to take 400 micrograms of folic acid daily prior to conception and during early pregnancy. ;) By the way, B-complex Shaklee mengandungi 200 microgram folic acid dan tujuh vitamin B penting yang lain. Boleh baca lanjut di sini.


 Other source: kidshealth


Harap semua dapat manfaat dengan entry ini. Jika ada yang ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram ke 0137319472.



Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Thursday, November 6, 2014

OMEGAGUARD Terbukti Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Harap kawan-kawan semua sihat hendaknya. Hari ini saya nak berkongsi promosi Shaklee bulan November... yang paling menarik sekali ialah bulan ni pun ada promosi berganda (double promotion)... apa dia?

Beli 6 percuma 1 atau beli 2 dan dapatkan 5% diskaun!!

Apakah produk bertuah itu?


Semestinya OMEGA GUARD! Produk minyak ikan yang terbaik di dunia...

Apakah kepentingan OmegaGuard?

OmegaGuard membantu mengurangkan risiko penyakit jantung*. Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut, tapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi. Ini kerana OmegaGuard mengandungi sumber asid lemak omega-3 semulajadi iaitu eicosapentaenoic (EPA) dan docosa-pentaenoic acid (DHA) serta alpha linolenic and stearidonic acid (ALA).

Tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan EPA dan DHA sendiri, maka kita perlu mengambil makanan atau suplemen yang mengandungi sumber EPA dan DHA. Oleh itu, saya sangat sarankan anda untuk mengambil OmegaGuard dalam diet harian anda.

Pengambilan 3 biji softgels mengandungi 1,000mg asid lemak omega-3 iaitu termasuk 545mg EPA, 360mg DHA dan 95mg asid lemak lain seperti ALA.

Perbandingan OmegaGuard Shaklee dengan produk lain di pasaran

Apakah manfaat yang boleh diperolehi daripada OmegaGuard?

  1. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak.
  2. Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.
  3. Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  4. Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  5. Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.
  6. Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  7. Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti. Kerana ini OmegaGuard juga merupakan salah satu produk yang disarankan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan selain lecithin.
  8. Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.
Banyak kebaikan dan manfaatnya kan? Maka, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan OmegaGuard dengan harga istimewa ini. 

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi saya terus melalui Whatsapp atau Telegram ke 0137319472.

Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, October 21, 2014

Pencuci Segala Barang di Rumah

Assalamualaikum,

Biasanya, kalau mencuci barangan kat rumah korang guna apa? Dulu, saya selalu guna Dettol. Mesti kena ada Dettol kat rumah. Bila cuci atau mop lantai ke, cuci toilet ke, basuh mainan Nourah ke, selalu akan letak sikit Dettol.

Tapi sekarang, selain Dettol, benda wajib yang perlu ada kat rumah saya ialah Basic H2. Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate selain daripada ianya bebas toksik & fosfat, ianya sangatlah menjimatkan kerana seperti namanya concentrate, ianya cecair berkepekatan tinggi. Maknanya, setiap pembersihan cuma perlu menggunakan sedikit sahaja. Satu botol cuma 473ml (16 oz) sahaja tapi mampu menghasilkan 182 liter pencuci.



Basic H boleh membuang kotoran, minyak gris dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh; luar dan dalam: dinding, tingkap, cermin, lantai, peralatan dapur, dapur masak dan mana-mana bahagian tertutup dan perabot.



Disebabkan pencuci Basic H ni berkepekatan tinggi, dan cuma sedikit kuantiti sahaja digunakan, maka ianya tahan terlalu lama. Saya dah beli empat bulan lepas, tapi setengah botol pun tak habis lagi sebab mostly saya guna untuk mop lantai (2 atau 3 minggu sekali), cuci mainan Nourah (sebulan sekali), cuci toilet (seminggu dua sekali). Unless kalau korang guna setiap hari, mungkin cepat lah sikit habisnya. Hehe.

So, kalau ada yang berminat boleh sms/whatsapp/telegram saya terus ke nombor 0137319472. 

Your Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, October 14, 2014

Breakfast Pancake Dan Foodgasmfest 2.0

Assalamualaikum,

Pagi Ahad haritu terasa nak makan pancake. Bila check semua bahan cukup, start la buat - from scratch. Kalau sebelum ni, beli tepung pancake instant brand Billsbury. Tapi sebab dulu pernah beli dan jadi membazir bila buat pancake cuma sekali. Tau - tau je dah expired. Maka, haruslah rajinkan diri untuk buat sendiri. Lagipun tak susah mana pun sebenarnya. Antara rajin dengan malas je. Haha... buat tak banyak sangat sebab dah plan nak pergi Foodgasm Fest di Taman Rimba Kiara, TTDI.

So, lebih kurang pukul 11 pagi baru kami bertolak dari rumah. Sampai je simpang nak masuk jalan ke Taman Rimba tu, dah start jammed. Terlalu banyak kereta dan terlalu ramai orang yang datang. Kawasan perumahan berdekatan pun dah sesak. Tepi jalan semua penuh kereta park. Fikirkan nanti nak makan, gigihkan juga la jalan jauh dari tempat parking. Hehehe...

Waktu kami sampai tu, cuaca agak redup. Mungkin disebabkan jerebu... tapi walaupun redup, agak panas juga lah kawasan tu sebab tak ada angin langsung. Berpeluh - peluh satu muka hari tu. Rasanya lagi banyak kalori terbakar dari terbina walaupun berada di kawasan syurga makanan. Hahaha... bagus sangat kan?

Kalau tak silap, lebih kurang 100 lebih vendor yang join Foodgasm Fest ni. So you can imagine betapa heavennya ada di Fest ini jika anda peminat makanan. Segala macam benda ada... makanan yang tak pernah terfikir pun ada. Kalau nak datang, memang kena datang dengan perut yang kosong dan at the same time tenaga yang banyak. Sebab kawasan yang besar dah banyak booth yang nak kena stop by.

Here are few pictures yang sempat saya snap.


Dr Ezani pun buka booth tau. Semua sedap - sedap... haih... tengah taip ni pun boleh terliur lagi. Haha.


Ini stage untuk band buat performance. Tapi sedihnya sebab stage ni dekat dengan surau. Kesian orang yang nak bersolat. T______T


Ini pula adalah Big Hug Burger yang bersaiz sebesar muka saya dan berharga RM15. Not bad, sedap ayam dia.

Kesimpulannya, overall memang best.alau tahun depan ada Foodgasm Fest 3.0, saya nak jadi orang paling awal datang so saya boleh rasa semua makanan yang dijual... Hahaha

Picture credited to @liyanaembok
Gambar ni saya pinjam dari instagram kawan saya, @liyanaembok. Hehehe.. kalau nak check out other awesome tempat makan, boleh juga follow hashtag #liyansEatOut.

Anyway, saya share resipi pancake. Lebih kurang je macam nak buat lempeng... ;)

Resipi Pancake

Bahan - bahan

2 cawan tepung serba guna
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1 1/2 cawan susu
2 sudu besar butter (dicairkan)

Cara - caranya
  1.  Ayakkan tepung dan baking powder. Kemudian masukkan sekali dengan garam.
  2.  Dalam bekas yang berasingan, pukul telur perlahan - lahan dan masukkan susu sedikit demi sedikit.
  3. Campurkan tepung, baking powder dan garam ke dalam adunan telur dan susu. Kemudian masukkan butter yang cair ke dalam adunan.
  4. Kacau atau pukul adunan sehingga tiada ketulan dan masak di atas non stick frying pan.
  5. Siap dan hidangkan bersama topping kegemaran - madu ke, mapple syrup ke, nutella ke.. ;)

Pancake saya tabur flax seed dan chia seed!

Friday, October 10, 2014

Apa Itu Babywearing?

Assalamualaikum,

Everheard of babywearing? Sekarang ni ramai yang dah sedar tentang keserokan babywearing atau nama lainnya menggendong anak menggunakan penggendong (nama pasarnya carrier). Dan baru - baru ini saya rasa semakin ramai yang berminat untuk menggunakan carrier daripada stroller. Mungkin disebabkan lebih senang terutama bila berjalan di tempat yang ramai orang.

TETAPI...

Ramai yang tidak sedar carrier yang mereka gunakan tidak ergonomik. Masudnya, carrier yang mereka gunakan tidak menyokong sepenuhnya bayi punggung dan paha bayi. Bayi tidak berada dalam keadaan duduk selesa tapi kelihatan seperti tergantung (lihat gambar di bawah). Posisi ini dikhuatiri akan menyebabkan anak mengalami hip dyslapsia. Boleh baca selebihnya di sini.


Dulu saya pun tak pernah perasan keadaan ni. Saya rasa semua carrier bagus. Tapi alhamdulillah saya tak pernah beli carrier yang tak ergonomik. Waktu Nourah masih kecil, kebanyakan masa kami dukung with bare hands. Kemudian barulah beli stroller... lepas tu saya beli moby wrap dan kemudian bertukar ke soft structured carrier (SSC) sebab suami tak suka lilit badan. Leceh katanya...

source: Google
Gambar di atas merupakan salah satu contoh carrier yang tidak ergonomik (tidak support hip dan front facing sangatlah tidak digalakkan) walaupun harganya mahal! So, di sini saya kongsikan infographic di bawah untuk ibu bapa semua membuat pilihan yang bijak dalam memilih carrier yang sesuai untuk bayi anda.



Perlu saya ingatkan, SSC bukan Ergo sahaja. Terlalu ramai obses dengan Ergo sampai sanggup beli yang tiruan. Ini sangat bahaya kerana anda sedang jeopardize nyawa anak anda. Ada juga jenama lain yang anda boleh consider, malah local made dan boleh customized corak SSC dengan harga mampu milik. Kalau masih rasa tak mampu juga, gunalah kain batik lepas. ;)
 

Malaysian Babywearers juga kerap mengadakan gathering. Mostly di semua negeri pasti akan ada gathering mengikut persetujuan ramai (discuss di page). Waktu gathering ni kita boleh mencuba pelbagai jenis carrier sebelum decide untuk beli satu untuk sendiri. So tak menyesal di kemudian hari sebab ada anak atau ibu bapayang tidak sesuai dengan semua jenis carrier. Nak menggendong kena ikut keselesaan penggendong dan digendong. :)

Babywearing gathering di Tasik Ampang Hilir 16 September 2014

Akhir kata, jangan lupa untuk join group Malaysian Babywearers di Facebook untuk belajar lebih banyak lagi dari pengalaman ibu ayah lain.

OH! By the way, untuk warga Kuala Lumpur, Sabtu (11 Oct) ada event. Jom join untuk meriahkan lagi...

Wednesday, October 8, 2014

Cerita Aidiladha dan Resipi Carrot Cake

Assalamualaikum,

Siapa yang balik kampung aidiladha lepas? Dengar cerita, ramai yang sangkut dalam kesesakan trafik lebih kurang 9 jam lebih lamanya. Salah seorangnya, jiran saya lah. Padahal dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur je. 9 jam tu dah sama macam pergi ke Dubai dah. Eh?.. :P

Kali ni, kami beraya di KL since adik beradik yang lain pun balik rumah ayah ibu di KL. Ini first time juga untuk suami saya sambut aidiladha di KL. Sebelum ni kami selalu balik Kluang, rumah mertua. Seperti tahun sebelum ni, kami sambut secara sederhana je. Tak ada buat persiapan kuih raya ataupun baju raya. Tapi pagi raya tu sempatlah juga saya buat kek carrot. So jadi kek raya lah kan?. Hehe... mengidam kononnya. :P

Malam raya lagi dah siap gosokkan baju melayu suami, baju kurung saya dan Nourah. Pagi raya tu saya bangun lebih awal dari biasa. Entah lah, excited nak raya macam budak - budak pula gayanya. Heh... tapi saya tunggu punya tunggu sampai 7.45 pagi Nourah tak bangun - bangun. Biasanya dia bangun awal. Sudahnya, suami sorang pergi solat raya. Saya pun apa lagi, budak kecik tengah tidur, terus lah buat projek kek raya. Siap semua, suami pun balik dari masjid, baru lah Nourah bangun tidur. Pheww!!~ Lepas tu, lebih kurang pukul 10 pagi, baru kami keluar ke masjid nak tengok orang sembelih lembu.


Suka betul budak - budak ni bila kat masjid sebab kawasan yang luas. Tapi bila things got out of our hands, which is budak - budak ni dah start buat bising (anak buah lagi tiga orang tu. Hehe...), kami terpaksa balik rumah.

Anyway, here's the carrot cake recipe.

RESIPI CARROT CAKE

Bahan - bahannya:
2 cawan tepung serba guna
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala
4 biji telur
1 1/4 cawan minyak
1 cawan gula putih
1 cawan gula perang
2 sudu teh esen vanilla
3 cawan lobak parut
1 cawan kacang (pecan/walnuts)*
1 cawan kismis *
1 sudu besar jus oren*                                                                               *optional



Cara - caranya:
  1. Panaskan oven dengan suhu 170 deg C
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan bersama tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala.
  3. Dalam mangkuk yang berlainan, pukul bersama telur, minyak, gula putih dan perang, dan vanilla lebih kurang seminit lebih atau bila campuran sudah sebati.
  4. Campurkan bahan kering (no 2) ke dalam bahan basah (no 3) dan kacau lebih kurang 2 minit atau sehingga sebati. Masukkan  jus limau dan kacau sikit lagi.
  5. Masukkan lobak dan kacau. Kemudian masukkan kacang dan kismis jika perlu.
  6. Tuang batter ke dalam loyang dan masak leih kurang 45 ke 50 minit. Periksa kek dengan cucuk menggunakan batang satay/pencungkil gigi untuk memastikan kek telah masak.
  7. Hiaskan kek dengan cream cheese sebagai topping. Cara - cara membuat cream cheese ialah cream cheese (8 ounces) dan butter (1/2 cawan) dipukul bersama sehingga kelihatan berkrim. Tambahkan gula (lebih kurang 1/2 cawan atau ikut kesukaan masing - masing) dan vanilla dan kacau sehingga sebati.
  8. Siap dan boleh hidang! :)

Oh ye, untuk tepung, saya gunakan tepung organic... which means tepung ni tidak dilunturkan seperti tepung lain. InsyaAllah lebih selamat untuk jangka masa yang panjang especially bila kita nak hidangkan untuk kanak - kanak.

Selamat mencuba!


Friday, October 3, 2014

Cendol Bakar @ Dengkil

Assalamualaikum,

Akhirnya... dapat juga saya merasa cendol bakar yang popular tu.


Yeah... yeah... I know I'm a bit late. Tapi baru ni ada rezeki dapat pergi. Hehe..

Actually, Selasa baru ni saya ikut parents ke KLIA sebab nak ambil kakak yang baru balik dari Dubai. On our way to KLIA, ibu cadang singgah dulu beli cendol bakar di Dengkil. So, ayah pun beli dua cendol biasa dan satu cendol pulut -- take away.


Sekejapan saja dah habis. Memang sedap! Saya yang bukan hantu cendol pun boleh habiskan satu cawan ni... Hahaha.. :P

Sebelum ni saya selalu minum Cendol Wahab di Sri Rampai sebab dekat saja dengan rumah. Tapi biasa saja rasanya. Selalunya saya minum sikit je, selebihnya orang lain yang habiskan. Huhu.


Waktu ni pukul 3 petang, dah ramai juga yang beratur. Agak - agak hujung minggu macam mana ye? Kat Dengkil ni ada dua gerai cendol bakar. Lagi satu just across the road, tiada drive thru dan sedikit kecil. I assume untuk memudahkan orang membeli, tak perlu nak buat U-turn kot.


Disebabkan rasa tak puas minum cendol secawan, nak balik pun kami singgah lagi minum cendol. Kali ni kami minum di kedai seberang jalan tu. Haaa... nampak tak? Betapa sedapnya kan... :D



Dua cendol tapai, satu cendol durian dan satu cendol biasa. Selain tu, kami order juga cucur udang. Alhamdulillah semua memang tak mengecewakan.

So, sesiapa yang rasa Kuala Selangor agak jauh, boleh lah cuba cendol bakar di Dengkil. Tapi kalau dua - dua pun jauh, tak dapat saya nak tolong... hehehe.

Thursday, October 2, 2014

ESP Shaklee Dari Soya Bukan GMO

Assalamualaikum,

Promosi ESP beli 6 percuma 1 kembali lagi! Yay! :D


Kali ni saya nak berkongsi kenapa ESP Shaklee merupakan soya yang terbaik di pasaran.

Sebenarnya, saya baru je lepas membaca entry di blog Mama Faiz dan baca few articles di internet tentang cara pemprosesan soya. Yang menarik perhatian saya ialah, kebanyakan soya dibasuh dengan alkohol sebelum diproses. Dan alkohol ini memusnahkan isoflavones di dalam soya. Sedangkan isoflavones yang membantu mencegah kanser. Siapa yang kata soya penyebab kanser, terbukti memang benar kerana kandungan khasiat isoflavones itu dah musnah. Berbeza dengan Shaklee yang mana soya dicuci dengan air sekaligus dapat mengekalkan kandungan isoflavones dan semua kebaikan soya.

Lagi kelebihan ESP Shaklee ni pula ialah dari sumber soya bukan GMO (genetically modified organism). Menurut kajian, GMO ini membahayakan kesihatan kita dan boleh menyebabkan seseorang itu mendapati kanser, alergik, obesiti, ketidaksuburan dan sebagainya. Bukankah ini bertentangan dengan reason kenapa kita mengambil suplemen kesihatan? Selain itu ESP juga mempunyai paras glisemiks indeks rendah (low glycemix index) yang membantu mengawal paras gula berada pada keadaan normal.

Ini adalah sebab - sebab kenapa saya memilih ESP Shaklee sebagai sumber protein selain daripada ianya mengandungi kalsium dan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri. ESP juga mengandungi lima vitamin B penting yang membantu memberi tenaga. Sebab itu ramai wanita terutama ibu - ibu seperti saya consume ESP sebab kami kan superwoman, penyelamat setiap keadaan. Kalau tak bermaya dan lembik saja, macam mana? Hahahaha.

So, kenapa pula mesti katakan tidak kepada soya ESP yang merupakan bebas gluten-laktosa-kolestrol dan tidak mengandungi pewarna-pemanis-perasa tiruan ini? :)


Untuk pengetahuan semua juga, ESP hanya menggunakan soya yang dihasilkan di bawah Identity Preservation Program, yang mengesahkan kacang soya terpilih dikawal betul - betul sepanjang penanaman hingga ke pemprosesan. Bukannya sembarangan proses.

**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ia hanyalah produk suplemen untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Your Favorite Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Monday, September 29, 2014

Resepi: Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum,

Hari Sabtu haritu teringin nak buat sizzling yee mee sendiri. Sebab beberapa minggu lepas, suami makan sizzling yee mee di kedai Nandita (sederet Sugarscarf Wangsa Melawati). So, saya cakap kat suami nak cuba buat sendiri lah sebab kawan cakap senang je.

And yes, memang senang pun bila ada semua bahan. Hihihi. Cuma kami tak ada hot plate tu je lah.

Jadilah kan ni? Hihihi.


Saya share resepi yang saya ambil dari blog juga. Tapi tak ingat pula link dia. T_____T

RESEPI SIZZLING YEE MEE

Bahan - bahan
4 ulas bawang putih (diketuk atau dihiris)
1 inci hali (dihiris)
3 - 4 tangkai cili kering (dibuang bijinya)
Ayam dipotong kecil
Cendawan shitake (ikut kesukaan)
3 - 4 sudu besar sos tiram
3 - 4 sudu besar kicap pekat
2 - 3 sudu besar kicap cair
serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
4 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
Sawi
Yee Mee

Cara - caranya:
1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga layu
2. Masukkan ayam dan kemudian sedikit air
3. Kemudian masukkan cendawan shitake dan air selebihnya
4. Tambah semua perasa - kicap, sos tiram, lada sulah dan minyak bijan
5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan air
6. Akhir sekali masukkan sayur sawi
7. Tuangkan ke atas yee mee di mangkuk ataupun boleh dimasakkan yee mee dalam periuk sebelum dihidang.

Siapa yang suka telur, boleh lah tambah telur.

Senang je kan? Masak sendiri lagi puas hati. Nak letak ayam besar - besar ke, mee banyak ke semua boleh. Hehehe...

Selamat mencuba. :)

Tuesday, September 23, 2014

Tingkatkan Imun Sistem Anak

Assalamualaikum,

Perkongsian pengalaman sendiri.

My dear daughter, Nourah, start having her first fever waktu dia berusia dua bulan lagi. Panas sangat sampai temperature dia reach ~39deg C. Hence kami pergi ke klinik, and the doctor gave paracetamol dan adviced suruh frequent sponging.

Two months later, demam lagi. Temperature sama juga. Dan seperti sebelum ni, beri paracetamol every six hours dan frequent sponging. Boleh kata every two months dia kena demam, sampai lah waktu 10 ~ 11 bln, demam lagi dan tiba - tiba menggigil waktu tidur. Masa tu pukul dua pagi, terpaksa pergi hospital sebab first time dia menggigil waktu tidur. She's almost kena warded tapi paed kata suruh monitor je dulu, tak perlu masuk ward. Sebulan lebih berulang alik ke hospital kena ambil sampel darah sebab darah Nourah abnormal sikit. Hehe.

But alhamdulillah, semua ok. Once Nourah masuk 12 bulan, I started to add mealshakes dalam susu dia (tapi sekarang dah stop sebab dia nak direct feed je. So, saya lah yang ambil mealshakes. Hahaha) dan dia paling suka mkn chewable vitamin C.

Kebetulan pula haritu dia berjangkit selsema dgn cousin dia, tapi cepat baik. Kena demam pun cepat kebah, bagi paracetamol sekali je bila malam badan dia terlampau panas. Berbanding kalau dulu, setiap enam jam saya akan bagi paracetamol - as pescribed by doctor. I try to avoid bg dia ubat selagi boleh. As per Dr Suriyakhatun kata, jika suhu anak tidak lebih 39deg C, boleh sponging satu badan without giving paracetamol.

I believe vitamin C yang dia suka mkn tu boost her immune system. Apa pun semua dgn izin Allah. Kita ikhtiar.



Promosi beli 3 percuma 1 mealshakes masih ada. Jangan lepaskan peluang! ;D

Your Shaklee Independent Distributor,
0137319472
Nadhira~

Thursday, September 18, 2014

Liebster Award Lagi!!

Assalamualaikum,

Haritu saya buat liebster award dan saya tag blogger Maryam ni. Dan lepas dia jawab soalan - soalan dari saya, dia tag saya balik. OMG!! Hahaha...


Tapi tak apa... disebabkan soalan dia senang, saya dengan senang hati nak menjawab lah. Sebagai tanda perkenalan. Kot - kot lah ada yang nak berkenalan dengan saya kan? Ahaha.. :P

Soalannya:

1. Negeri Malaysia yang anda suka lawati untuk melancong?
Sabah sebab that's the only negeri yang belum pernah jejakkan kaki lagi.

2. Majalah apa yang paling anda suka baca?
Dulu - dulu suka sangat baca Cleo. Sekarang ni dah tak beli sangat majalah.

3. Kereta pertama yang anda naiki?
Honda Accord kot. Sebab ayah saya beli kereta tu waktu saya baby. Tak pun kereta baby - stroller? HAHA

4. Buat blog dari tahun berapa?
Kalau spesifik blog life-of-pearl ni pada tahun 2010. Tapi banyak entri saya privatekan sebab dah tak relevan. Kalau overall, saya start blogging dari 2005, tapi password dan url dah tak ingat. Ehehe.

5. Handphone pertama anda?
Semestinya NOKIA 3310.

6. Novel yang anda minati dan siapa penulisnya?
All time favorite: P.S I Love You tulisan Cecilia Ahern. Beli novel ni sebelum diorang adaptasi jadi movie lagi.

7. Makanan yang anda paling suka?
Mee rebus!

Haa.. ok.. tu je soalannya. Terima kasih sebab tag saya Maryam. ;)

Wednesday, September 17, 2014

Jalan ke Batam

Assalamualaikum,

Hujung bulan lepas, iaitu pada minggu merdeka, saya dan family bersama - sama makcik, pakcik dan sepupu (side ibu saya) berjalan - jalan ke Batam.

Siapa first time dengar Batam?

Batam ye, bukan batak. Hahaha.

Batam ialah salah satu daripada ribuan kepulauan Indonesia dan ianya terletak di bawah Singapura. Kami naik feri dari Singapura ke Batam perjalanan tidak lebih dari satu jam. Tapi andai kata ambil feri dari Johor, jika tak silap di Stulang, perjalanan mengambil masa hingga dua jam kerana perlu mengelilingi Singapura.

Sumber: Google
Jeti Sekupang, Batam
Setibanya kami di Batam, Vera iaitu tourist guide kami bawa kami ke jambatan Barelang. Jambatan ini merupakan simbol kebanggaan Batam. Sekali pandang macam jambatan Pulau Pinang pun ada. Haha.

Vera, tourist guide kami.

Jambatan Barelang, Batam
Dekat sini, ramai orang jual jagung bakar dan ketam bakar. Ketamnya besar! Tapi tak ada lah sedap sangat. Mungkin sebab berapa kali dah diorang bakar. So, isi ketam agak kering. Jagung bakar pula ada dua flavour; original dan spicy. Macam KFC kan? :P dua - dua sedap bila dimakan panas - panas.



Lepas tu, tengah hari kami makan nasi padang di kedai Pak Datuk. Macam kedai nasi padang kat Malaysia juga. Dihidang lauk yang banyak dan rasanya macam sama je dengan kat Malaysia. Agaknya diorang dah standardize ke bahan dan cara masak? Tapi lauk - lauk ni dah dipilihkan untuk kitorang. Kalau kitorang pilih sendiri, biasanya lauk wajib ada mesti ikan keli aka lele.



Lagi satu tempat makan yang best yang kami pergi ialah kedai makan makanan Sunda. Sunda adalah satu suku yang berasal dari bahagian barat pulau Jawa. Yang menarik sekali nasi tu dibungkus dalam daun pisang, macam lemang. Antara lauk - pauk yang ada ialah ayam goreng, ikan bakar, tahu dan tempe goreng, sayur kangkung.



Actually, program kami banyak berjalan untuk shopping dan makan saja. Tak ada tempat yang menarik sangat. But it's a new experience for me lah. Sekali - sekala nak tukar angin merasa tempat orang. Saya tak pernah lagi pergi the other parts of Indonesia such as Bali, Jakarta, Bandung, Surabaya etc. So saya tak dapat nak bandingkan di antara tempat - tempat pelancongan ni. But I'm pretty sure tempat lain tu lebih banyak aktiviti yang menarik. Hehehe.

Oh, dan saya sangat pasti, even Lombok pun lebih menarik dari Batam.

Oh! Oh! Hotel kami menginap pula ialah Swiss-Belhotel Harbour Bay. Kalau tak silap hotel ni hotel baru. So, mestilah cantik dan selesa. :)





By the way, according to this website, daripada 10 perkara yang disenaraikan perlu-buat di Batam, a few yang kami sempat iaitu shopping di Nagoya Hill mall (this place looks like Bukit Bintang), beristerehat di spa dan massage (cuma ibu dan makcik saya yang pergi), makan fresh seafood dan melawat jambatan Barelang.

Saya rasa itu saja yang dapat saya ceritakan. Ada yang saya skip cerita sebab tempat - tempat tu biasa je. Hehehe. Hope some of you get some infos kot - kot lah nak cari idea untuk cuti - cuti nanti. ;)

Monday, September 15, 2014

Membeli, Menderma dan Sihat

Assalamualaikum,

Macam mana hujung minggu korang? Dah cuti sekolah ni, mesti banyak jemputan ke kenduri kahwin kan? Harapnya semua jaga keselamatan ketika memandu dan jaga kesihatan ye.

OH ye!

Untuk pengetahuan korang semua, sempena bulan promosi Mealshakes beli 3 percuma 1, Shaklee menganjurkan satu program amal iaitu Shaklee Cares for Our Children.

Setiap pembelian satu set Mealshakes (3+1 Free Mealshakes) ini, 10% daripada jualan akan disalurkan kepada 2000 rumah yang mempunyai kanak - kanak yang kurang bernasib baik selama satu tahun.


So, kepada mereka yang belum pernah rasa kebaikan Mealshakes, mungkin inilah masanya untuk cuba. Sambil membeli, kita bantu memberi sumbangan kepada yang memerlukan. Boleh pakat kongsi beli dengan kawan - kawan untuk cukupkan satu set. Buat baik beramai - ramai kan lagi seronok? ;)

Anyway, kebaikan Mealshakes boleh baca di sini.


Apa tunggu lagi? Boleh message saya melalui whatsapp, telegram atau sms untuk membuat pembelian.


Nadhira ♥
013-7319472
Your Shaklee Independent Distributor

Saturday, September 13, 2014

Liebster Award dari blogger Zai Jamilah Adam

Assalamualaikum,

Macam pelik pula bila update blog di pagi Sabtu. Gara - gara Liebster Award, sebelum terlupa meh kita buat cepat.


Saya telah di tag oleh Farhana. Actually, ni kali kedua di tag untuk Liebster Award. Yang pertama di tag oleh Aniesa Ahmad. Boleh baca di sini. So, kita tengok apakah soalan yang telah diajukan.

1. Apakah kenderaan pertama anda?
Atos. Kereta turun temurun. :P
 
2. Siapa sahabat sejati anda?
 Ayu, Nurul... diorang selalu tahu what to do or say walaupun kami jarang berhubung dan berjumpa sebab masing - masing sibuk dengan urusan sendiri.

3. Apakah novel yg pertama anda beli?
 Dah tak ingat novel pertama yang saya beli. Banyak sangat. Maybe novel Fearless kot.
 
4. Siapakah cikgu yg paling korang sayang masa sekolah menengah?
 Cikgu English time sekolah menengah, Teacher KB (Khairul Bariah)!!
 
5. Adakah anda menangis ketika di alam persekolah (tadika)?
 Menangis kot tapi tak melalak... Hehehe

6. Apakah pekerjaan yg anda idam?
 Pekerjaan yang diidamkan oleh semua wanita (kot), iaitu surirumah sepenuh masa. Haha
7. Siapa diantara perdana menteri kat malaysia yg boleh korang jadikan idola?
 Tun Dr Mahathir Mohamad
 
8. Siapakah pemain bola sepak yg anda minat?
David Beckham. The first ever football player yang saya kenal dan sampai sekarang still minat beliau.
9. Siapakah pencipta bendera malaysia?
 Allahyarham Mohamed Hamzah (thanks Mr Google)
 
10. Siapakah boyfriend / girlfriend  pertama anda?
Muhaimin

11. Siapakah insan yg paling anda sayang?
 Ayah, Ibu, Mohd Noor (suami), Nourah Sumayyah (anak) dan family saya semua saya sayang. ;)

Sekarang saya akan tag lima blogger sahaja iaitu


Dan soalan saya ialah

1. Apakah novel kesukaan anda?
2. Siapakah penulis kesukaan anda?
3. Adakah anda minat menonton teater dan apakah teater yang paling anda suka?
4. Namakan tempat percutian yang paling menarik pernah anda pergi?
5. Negara yang ingin dilawati?

Ok. Itu sahaja soalan dari saya. Tak perlu lah banyak - banyak kot sebab saya buntu nak tanya apa. Hahaha.