Friday, May 30, 2014

Mata Sihat dan Kulit Cantik dengan CAROTOMAX®

Assalamualaikum,

Mata sihat? Kulit cantik? Aaaahh... Shaklee kau ni semua pasal kulit cantik. Sikit - sikit kata yang ini atau yang itu dapat kulit cantik. Betul ke tidak ni?

Haa... takkan tak percaya? Mesti lah betul... kalau sel - sel dalam badan kita sihat dan cukup nutrien, insyaAllah boleh nampak hasil luaran. Dan obviously kita boleh nampak di kulit kita.

Macam mana pula mata pun boleh sihat dalam masa yang sama kulit cantik?

OK.. Kali ni saya nak cerita tentang CAROTOMAX®. Bila sebut CAROTOMAX® ni, apa benda pertama yang korang terfikir? Lobak kan, sebab bunyinya macam carrot. Hehe. Betul la tu... dan salah satu fungsi lobak adalah untuk mendapatkan mata yang sihat dan mengelakkan masalah rabun.


 Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
  • meningkatkan tahap penglihatan - baik untuk mereka yang menghadapi masalah rabun, silau, masalah mata yang kering, mata yang lesu, katarak.
  • Membantu pembentukan membran mukus.
  • Membantu mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat.
  • Kerana ada unsur Astaxanthin yang anti-oksidan, ia menjadikan kulit lebih cantik dan awet muda.
  • Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, tomato, bayam, kentang dan lain-lain sayuran.
  • CAROTOMAX® atau Vitamin A ini mampu menguatkan tulang, menguatkan akar rambut.

Saya dah selamat habiskan satu botol ni. Tapi... tak pasti pula apa perubahan kat saya. Saya memang tak rabun, dan memang dah sedia cantik pun. Bahahaha... perasan nya.. :P Sebenarnya saya beli ni nak suruh suami makan, sebab dia rabun malam. Tapi faham - faham je lah, tak semua lelaki yang health conscious. Ppfftt!~ Sudahnya saya yang habiskan.

Tak apa, kita test pula kat adik beradik lain yang rabun pula.  Hee~ tapi kalau nak baca testimonial orang lain, rasanya ada je kalau google. Tapi saya ni suka nak dapatkan hasil depan mata sendiri.

Siapa yang nak dapatkan benefit CAROTOMAX® ni, boleh hubungi saya melalui whatsapp atau telegram di 013-7319472. InsyaAllah saya boleh bantu anda.


0137319472
Nadhira ♥
Pengedar Sah Shaklee Pilihan Anda

Thursday, May 29, 2014

Typing Speed Test

Assalamualaikum,

Hahahaha... ni gara - gara ajakan Farah si bubbly la ni. Pagi - pagi lagi dah suruh buat typing test skill. Hihi.
Time study dulu pernah main satu game ni, type perkataan yang keluar cepat - cepat sebelum perkataan tu hilang. I didn't score well in that game. Ya... I'm sucks like that. Hahaha.

So, bila pagi ni baca entry Farah pasal typing test ni, saya pun cuba lah sebab dah lama tak test power. Pffftt!~ and it turned out that I'm still sucks at it. Hahahaha.


Words per minute 49 SAHAJA!! Dalam 60 saat dapat 49 words? Mungkin sebab nervous sangat. Kahkah... nak nervous pasal apa pun tak tau.:P

Korang yang nak test typing skill, boleh lah click sini. Bahasa lain pun ada juga.
Nanti saya pun nak buat test lagi sekali, nak tengok ada improvement atau makin teruk? Bahaha

Wednesday, May 28, 2014

Collagen Powder dari Shaklee

Assalamualaikum,

Tau tak saya dah mula buat persiapan raya? Tapi, persiapan raya tu bukan baju raya atau kuih raya. Saya excited beli Shaklee Collagen Powder sebab nak nampak berseri di hari raya nanti. Hahahahaha...

Ye lah... kalau pakai baju lawa - lawa, tapi muka pula nampak macam.... alahai. Tak best juga.
Lagipun, kan selalu orang cakap, "Kalau dah cantik tu, pakai apa pun nampak cantik..."
Nampak tak penting nya muka cantik berseri? :P

So, apakah yang terkandung dalam Collagen Powder dari Shaklee ni?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Sisik Ikan Merah (Red Snapper Scale) - sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

Biji Camellia Japonica - terdiri daripada asid oleik, satu omelien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Pfaffia - dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan Camellia japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic (berperanan menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin - memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

Vitamin B - metabolisma karbohidrat, protin dan lemak untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Vitamin C - menggalakan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.

Kekerang - Glucosamine ekstrak kekerangan penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Lactobacillus Acidophilus - membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


16 Fungsi Collagen Powder dari Shaklee ialah:

1.   Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
2.   Mengecilkan liang-liang roma
3.   Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
4.   Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
5.   Mengembalikan keanjalan kulit
6.   Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
7.   Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan Collagen
8.   Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
9.   Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
12. Mengurangkan garis halus pada leher
14. Menguatkan gusi anda
15. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
16. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Kalau berminat, boleh lah hubungi saya untuk buat pembelian atau boleh juga hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Harga bagi satu kotak Collagen Powder ini ialah RM298 dan mengandungi 15 sachet. Untuk mendapatkan penjimatan sehingga 20% sama ada untuk produk ini atau pun produk Shaklee yang lain, boleh daftar sebagai ahli. Dan yang lebih penting, produk Shaklee semestinya dijamin HALAL, insyaAllah. ;D
 

Jangan segan, jangan malu... hubungi saya di 013-7319472 (Nadhira).


Nanti, saya kongsikan hasil perubahan di muka saya. Hihihi.


013-7319472
Nadhira♥
Pengedar Sah Shaklee Pilihan Anda

Wordless Wednesday: Google Tips


Tuesday, May 27, 2014

Chewable Vita-C Plus Shaklee

Assalamualaikum,

Setelah beberapa kali cuba untuk mendapatkan chewable Vita-C Plus ini, akhirnya dapat juga bila baru - baru ni masuk stok baru. Fuuhh.. ini antara hot selling produk juga lah.

Kenapa saya bersungguh sangat nak dapatkan vitamin C yang satu ni?

Haaa.. sebabnya ialah Vita- C plus ini boleh digigit dan dihisap begitu saja. Nama pun chewable kan. Maka tak perlulah susah - susah nak telan, takut tercekik. Hehehe. Rasanya yang sedap, seperti makan gula - gula tapi berkhasiat. ;D

Apakah kebaikan Chewable Vita-C Plus ini?
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda  
 

Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Chewable’ kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!

Mengapakah vitamin C sangat diperlukan oleh badan kita?
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok atau mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Kesimpulannya, vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Cuma berharga RM37.50, sangat digalakkan untuk setiap rumah mempunyai satu botol. Bagi mereka yang ingin bertanya lebih lanjut atau membuat pembelian, boleh lah terus hubungi saya di talian 013-7319472 (Nadhira). Saya sedia membantu anda. InsyaAllah.



Nadhira ♥
013-7319472
Pengedar sah Shaklee anda 

Friday, May 23, 2014

Peristiwa di Pejabat Imigresen Hartamas

Assalamualaikum,

This incident happened to my sister actually. Dan saya pun tergerak hati nak tolong ceritakan kat orang lain, harap boleh dijadikan teladan.

It happened February last year. Kakak terpaksa bawa dua - dua anaknya ke Imigresen untuk extend stay kat Malaysia. Yes, my nephews bukan warganegara Malaysia... Huhuhu. Dan diorang pergi ke Imigresen Hartamas. Sampai sana around pukul 11am, kalau saya tak lupa la ceritanya, tapi yang pasti mereka sampai pagi la. Haha. Mereka ada kat sana dari pagi sampai lah pukul 6pm sebab kakak was told by the immigration people that their system was down.

Terpaksa tunggu lama satu hal. Nak dijadikan cerita, petang tu ada seorang perempuan pergi ke kaunter bayaran nak tanya something. Tapi pegawai tu layan dia kasar, macam nak tak nak je. Perempuan tu bagitau baik - baik dekat pegawai tu, "saya tanya baik2 ni. Kalau ye pun, cuba lah senyum." Pegawai tu balas dengan alasan dia banyak kerja. Masalahnya, pandang pun tak nak. Perempuan yang tanya tu terus pergi dari situ. 

Lepas tu pegawai tadi mengadu kat kawan sebelah dia, "ada ke dia suruh kita senyum kat dia? Dia tak tau ke kita banyak kerja ni? Non stop buat kerja dari tadi...." Kakak saya terkejut betul bila dengar dia cakap macam tu. Dan kebetulan pula lepas tu giliran kakak saya untuk berurusan dengan dia, nak buat bayaran.
Kakak tanya, "berapa?"
Pegawai tu mumble.
Kakak "hah?" sebab tak dengar dengan jelas...
Pegawai jawab, "RM180, dua orang kan?" dengan nada garangnya.
Kakak dah bengang time tu, dalam hati kata "bukan terkejut sebab mahal. Sebab tak dengar je"

Tak lama lepas tu ada seorang foreigner datang bertanya, boleh pula dia cakap baik - baik siap senyum..
Kakak rasa marah sangat dengan pegawai tu. Kalaulah kaka berani, memang dia dah ambil gambar pegawai tu dan post saja di mana - mana laman sosial. Saya yang dengar cerita tu pun rasa geram, apatah lagi yang mengalami sendiri kan? Disebabkan orang macam dia lah ramai yang complaint pasal pekerja kerajaan yang buat kerja sambil lewa. Kalau tak suka nak melayan orang, better jangan kerja kat front desk. Dah memang dia ditugaskan untuk layan setiap pertanyaan orang, kalau boleh dengan senyuman. Bukan lah mengharap sangat dia senyum tersengih ke apa. Tapi, biar lah ada budi bahasa, nampak sikit ikhlas nak bekerja. Dan kalau boleh, jangan lah pula memilih pelanggan kalau nak layan baik ke, buruk ke. Aduhai....

Keistimewaan Shaklee Yang Buat Saya Terpikat :)

Assalamualaikum,

Dua hari dah tak online sebab Allah nak suruh saya rehat. Diserang selsema yang teruk, sampaikan terpaksa MC dua hari. Pergi klinik semata - mata nak MC tapi ubat yang doctor beri tak makan pun. Hehehe... saya cuma ambil Nutriferon dan Vitamin C sahaja untuk kuatkan semula imun dalam badan ni. Lagipun, semua nya dengan izin Allah juga kan? Asalkan kita usaha. :)

Ok, hari ni saya nak ceritakan tentang keistimewaan Shaklee. Kenapa saya pilih Shaklee at the first place? Sebab saya yakin bahawa Shaklee selamat, berkesan dan halal. Dan bila kita sendiri yakin dengan produk yang kita guna, lebih senang untuk kita berkongsi dengan orang lain kan?

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

 
  • TIDAK Mengandungi Paraben 
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin 
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Kalau kita nak beli barang untuk baby sekarang ni, mesti kita nak cari yang tiada paraben kan? Takkan lah kita pun tak nak selamat dari bahan paraben? Walaupun kebiasaannya dos paraben dalam sesuatu produk tu mengikut sukatan yang dibenarkan oleh kementerian kesihatan, tapi kalau kebanyakan produk mempunyai paraben, risau juga boleh jadi overdose. Kan?

So, ini adalah salah satu ikhtiar untuk kita kekal sihat dan selamat. ;)


Nadhira ♥
Pengedar Sah Shaklee Pilihan Anda
013-7319472

Tuesday, May 20, 2014

Kenapa Perlu Vitamin E?

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama pula tak berkongsi tentang produk Shaklee.
Ok, hari ni kita cerita pula tentang kelebihan vitamin E.

Biasanya, untuk mereka yang ingin merawat masalah kulit - terutamanya masalah kulit berparut atau berjerawat, salah satu vitamin yang saya akan cadangkan ialah vitamin E. So, apakah keistimewaan vitamin E complex dari Shaklee ini?

Keistimewaan Vitamin E Complex Shaklee
  • Cuba tengok pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol - tanda "d" bermakna ianya semulajadi, tanda "dl" adalah tanda ianya vitamin e sintetik/buatan. Kenapa perlu semulajadi? Kerana kadar penyerapannya adalah lebih baik sekurangnya 2 kali ganda berbanding vitamin E buatan. Dengan itu ianya lebih jimat dari segi kos jika kita membeli vitamin E semulajadi.
  • Vitamin E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium. Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  • Sekarang vitamin E telah diperbaharui dengan tambahan GRAPE SEED EXTRACT , 20 kali lebih berkuasa dari vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa dari vitamin C.
Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji capsule Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:
1 kilogram gandum
500ml minyak safflower
8kg badam
500g badam

 Kelebihan Vitamin E Shaklee

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu


Banyak kan kelebihan vitamin E ni? Tapi kenapa ianya salah satu vitamin yang penting untuk tubuh badan kita?

Kepentingan Vitamin E untuk Tubuh Kita
  • Memandangkan ianya adalah sumber antioksidan, maka ia boleh melindungi kita dari kanser, penyakit jantung, strok, katarak dan juga penuaan kulit.
  • Vitamin E adalah pengawal kepada dinding arteri. Ia menjaga kolesterol jahat "Bad Density Lipoprotein (LDL) daripada teroksida. Sebab jika LDL ni teroksida, akan sebabkan aarteri tersumbat. Keadaan inilah kita nak elak sebab boleh sebabkan serangan jantung.
  • Vitamin E menjaga sel dan DNA daripada rosak yang mana kerosakan ini boleh mengundang kepada kanser. 
  • Vitamin E sangat berguna jika disapu pada tempat melecur atau terluka, ia akan cepat pulih.
  • Vitamin E boleh mengurangkan dan mengawal simptom menopause.
Maka, bagi sesiapa yang ingin mencuba vitamin E Shaklee ini, boleh hubungi saya di 0137319472 untuk belian atau untuk apa - apa pertanyaan lanjut. Jangan segan silu. InsyaAllah saya boleh bantu anda.

Saya juga sediakan khidmat COD kawasan Taman Melawati, Ampang, Wangsa Maju, Taman Permata dan sekitarnya.


Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-7319472

The Liebster Award ~ Soalan Dari Aniesa Ahmad

Assalamualaikum,

Benda yang paling tak disangka - sangka...

ialah.....

... apabila blog di tag.....

Ye... sebab sepanjang menceburkan diri dalam dunia blogging, belum pernah orang tag saya. So, adakah ini rezeki? Hahaha... terima kasih adik Aniesa. Susah - susah je tag akak. Hahahaih... soalan yang diajukan agak mencabar. Tapi tak apa, kita cuba... hehe.

Bismillahirrahmanirrahim...

1.   Apa yang anda faham tentang '' KELUARGA'' ?
Keluarga ialah satu 'organisasi' yang mempunyai ayah, ibu dan anak/ anak - anak yang sentiasa dipenuhi dengan perasaan kasih sayang.

2.   Dalam banyak-banyak Blogger, Blogger mana yang paling anda suka ?

Yang paling suka ialah blogger Fatin Liyana, sebab dia comel? Hehe

3.   Kenapa anda berblogging ?
Asalnya berblogging kerana ingin menjadikan blog sebagai diary online. Tapi sekarang blog dijadikan sebagai medium untuk berniaga dan tambah kenalan.

4.   Video yang paling anda minati ? Alasan.

Video apa ye? Video berkenaan babies and animals, boleh? Sebab mereka ialah creatures yang paling comel dan innocent. Hehehe. Kalau video muzik, dah lama tak tengok. Hehehe.

5.    Antara ayah dan ibu yang mana paling anda takut ? Sebab ?
Mestilah ayah... sebab ayah garang. Walaupun dia bukan marah, tapi tone suara beliau mampu menggugurkan jantung dan air mata tak semena - mena. :P

6.   Diantara makan dan tidur, yang mana satu anda pilih ?
Makan!!... walaupun time tu tengah mengantuk, sanggup makan dulu bila makanan dah terhidang. Unless kalau dah tertidur tu, memang tidur terus lah. Heh

7.   Cikgu yang paling anda ingati . kenapa ?
Cikgu English - Teacher Khairul Bariyah aka Teacher KB. Sebab saya suka English and she was the coolest teacher I've ever remembered. Hehe

8.   Jika diberi peluang untuk mengundur masa ke masa lalu, apakah anda akan pulang ke masa lalu ?
If this question was asked few months back, maybe I will say yes. Tapi sekarang, saya akan jawab tidak sebab sekarang dah mula faham hikmahnya. ;)

9.   Apakah jasa sahabat, yang tidak pernah dilupakan ?
Ya Allah... lupaaaa... adakah ini bermakna saya tak kenang jasa atau kawan tak pernah berjasa? Hahaha

10.   Apakah yang ingin anda capai dalam masa 5 Tahun ?
Mempunyai sebuah rumah sendiri dan bisnes yang kukuh.

11.   Antara ilmu dan harta yang mana satu pilihan anda ?
Ilmu... sebab dengan ilmu kita boleh kumpul harta. Walaupun dengan harta kita boleh cari ilmu. Tapi peluang untuk mendapatkan ilmu dari seorang guru yang bagus tak selalu ada.

Fuuuhhh.. selesai sudah. Huhu.

OK... dan sekarang soalan dari saya pula....

1. Apakah achievement paling hebat sekali pernah korang achieve? Tak kisah la as a student ke, as a random citizen, as a worker etc.
2. Jika korang mempunyai hobi membaca, buku apa yang korang akan suggest orang lain untuk baca?
3. Ceritakan pengalaman paling menakutkan yang pernah korang hadapi.
4. Jika berpeluang, negara mana yang korang teringin sangat nak travel?
5. Permainan apa yang korang suka main? Bukan video / computer game, tapi real life game.
6. Pandai bermain alat muzik?
7. Apakah nasihat (dari sesiapa) yang paling korang tak boleh lupa?
8. Setiap kali baca blog, blog siapakah yang korang akan buka dulu atau yang korang bookmark as favorite?
9. Apakah perkara paling mengharukan seseorang pernah buat untuk korang?
10. Korang pernah curi - curi makan waktu puasa dulu - dulu tak? Haha
11. Apakah cita - cita korang?

Nak tag siapa ni? Tak tau lah. Tengok dalam blog list saya semua macam dah pernah tag je liebster award ni.
Nak tag lagi, kesian pula nak kena jawab banyak soalan.Siapa - siapa yang nak jawab, boleh la kot jawab soalan saya ni. Kot - kot salah satu soalan tu boleh jadi  idea untuk tulis next entry ke. Pun boleh la.. hehehe... nanti saya baca. :)

Friday, May 16, 2014

Sì...Bon appetite! ;D

Assalamualaikum,

Sì.. Sì... hahaha. Tiba - tiba je nak speaking Italian. Perché? Amboi... semua nak di google translate. Haha. :P 

Perché? Kenapa?

Sebab nak cerita pasal makan pizza. Hihihi. Pizza Hut sekarang kan promosi Taste of Italy. Maka, haritu saya pun pergi lah ke Pizza Hut Wangsa Maju Seksyen 5, sebelah Aeon Big tu. Kan tempat tu besar, tapi waktu kami pergi Sabtu malam, full house kot. Semua pun malas masak dinner macam saya. Kahkah.

Mula - mula tak fikir pun nak ambil menu Taste of Italy. Tapi disebabkan time waiter letak menu, atas sekali tu pamphlet set baru, iman pun mula lah goyah. Maka, saya pun order lah set Taste of Italy ni.


So, apa yang saya pilih? Untuk pizza, kami pilih Romano Chicken Pizza. Pasta pula, Garlic Cream Fettucine dan third dish ialah Italiano Bruschetta (dalam set tu ada semua ni, termasuk air).


Setiap kali makan kat mana - mana fast food chain, jangan pernah percaya apa yang kita dapat akan sama macam apa yang kita tengok dalam iklan atau gambar. Baru aman hidup ni. Hahaha.

 Kalau tak silap, kuning kuning tu ialah labu. Sebab rasa dia sama macam labu. Hehehe. Betul la tu kot. :P


So, how was it?

From my experience, pizza ni macam kurang mengenyangkan dari pizza biasa kot. Selalu kalo saya makan pizza bulat saiz regular, dua slices je dah rasa kenyang. Tapi untuk pizza yang ini, saya boleh je nak habiskan the whole pizza (tamak? Yes. I know.. bahaha). Untuk Italiano Bruschetta tu saya tak sure apa sebenarnya atas roti tu. Rasa dia so-so. Tak pasti kalau Bruschetta asal memang rasa macam tu ke. Hehe. Dan fettucine itu rasa sedikit bland. Macam cair pula sos dia. I guess, nasib saya je kot. Chef dah penat masak untuk ramai pelanggan malam tu. Huhu.

Kalau korang dah cuba, cerita lah macam mana korang punya. Hehe.

Grazie. ;)

Thursday, May 15, 2014

Segmen Blogger Aktif

Assalamualaikum,

Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship ♥
InsyaAllah


klik banner untuk join the community :D

good luck !


Misi Tambah Berat Badan

Assalamualaikum,

Setiap orang mesti adah ada misi sempena nak menyambut raya nanti kan. Ramai dah yang beli set untuk kurus Shaklee ni dan ada juga yang membeli Cinch sahaja sebagai permulaan. Hehehe..

Saya pula bagaimana?

Saya pula nak tambah berat badan... T_____T

Terasa sangat badan ini semakin susut bila pipi yang tembam nampak kurang tembam. Hahaha. Dan bila berdiri atas penimbang... memang betul berat badan dah turun -- confirm underweight.

Sekarang saya lebih ringan daripada zaman saya sekolah menengah. Ingatkan lepas bersalin ni dapat lah berat badan ideal. Tapi tak pun. -____-"

Waktu mengandung saya naik 20 kg lebih, sampai nurse KK dah warning sebab berat naik lebih 3 kg sebulan. Huhu. Tapi hari ni dapat tau berat berkurang lebih daripada 20kg. Adakah kesan daripada menyusukan anak? Hihihi...

So, disebabkan tak boleh nak terima berat badan sekarang ni, saya perlu bertekad untuk naikkan berat badan. *Caiyok!!* Kurus - kurus sangat pun bukan bagus sangat... dan belum tentu kurus tu sihat.

Apa yang perlu saya buat sekarang? Tak perlu kot beli wight gain atau apa - apa yang ada kat pasaran. Saya kan pengguna setia Shaklee. Maka, kita guna lah apa yang ada kat rumah tu. Hehe.

Jangan tak tau Shaklee pun ada set untuk tambah berat badan -- iaitu : Mealshakes + B Complex + Vitalea.


1. Mealshakes: Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplemen penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan.

2. B-complex: Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

3. Vita-lea: Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


Maka, dengan jadual pengambilan supplement dan makanan yang betul, insyaAllah boleh dapat balik berat badan yang ideal. Doakan saya berjaya. Hahaha. :D

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set ini, atau mungkin untuk mencuba set lain, boleh hubungi saya terus melalui whatsapp 013-7319472. Tambahan pula, bulan ni promosi Meal Shakes beli 6 percuma 1, insyaAllah berbaloi. ;)


Saya Pengedar Sah Shaklee Pilihan Anda
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, May 13, 2014

10 Petua Murah Rezeki

Assalamualaikum,

Rezeki diberikan kepada semua manusia di dalam dunia ini.

Apabila anda menerima berita baik ianya merupakan rezeki dan apabila anda menerima berita buruk, ianya juga dianggap rezeki.

Ada orang yang cukup murah rezekinya, apabila mereka diberikan dengan pelbagai kemudahan dan kesenangan bukan sahaja wang ringgit tetapi dalam urusan kehidupan.

Ada orang yang cukup susah dengan kehidupannya dan juga wang ringgit. Hal ini bukan bermaksud tidak murah rezeki tetapi rezeki mereka diberikan dalam bentuk yang berbeza.

Entri kali ini TPK kongsikan kepada anda mengenai 10 petua murah rezeki yang boleh diamalkan oleh semua.


1. Beribadah

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Allah tidak pernah mengabaikan mereka yang sentiasa beribadah kepada-Nya. Perbanyakkan beribadah dan memohon kepada-Nya untuk dimurahkan rezeki. In Sha Allah ianya akan diterima dan doa tersebut dimakbulkan.

2. Memperbanyak istighfar

Mengingati-Nya dengan memperbanyakkan istighfar adalah menunjukkan kasih dan sayangnya kita kepada-Nya.

Ianya akan menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya dan Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan hamba-Nya

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Meninggalkan perbuatan dosa yang lalu membantu dalam menjemput rezeki daripada-Nya. Perbuatan dosa yang dilakuan sebelum ini dtinggalkan dan disertakan dengan taubat dan kekesalan diatas perbuatan yang dilakukan.

“dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Dosa bukan sahaja membuat hati resah tetapi menutup pintu rezeki.

4. Sentiasa mengingati Allah

Kehidupan akan menjadi tenang apabila kita sentiasa mengingati-Nya. Ianya juga memberikan kehidupan yang lapang dan inilah rezeki yang diberikan kepada hamba-Nya yang beriman.

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Mendoakan ibu bapa

Rasullullah S.A.W pernah berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan murah rezeki, hendaklah berbakt kepada ibubapanya.

Mendoakan kesejahteraan ibubapa juga merupakan salah satu kunci dimurahkan rezeki.

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang

Berbuat baik dan sentiasa menolong orang yang di dalam kesusahan dan lemah amat dituntut di dalam Islam.
Ianya bukan sahaja sifat yang terpuji tetapi juga merupakan salah satu perkara yang boleh memurahkan rezeki. Bantuan yang diberikan adalah ikhlas dan bukan mengharapkan apa-apa ganjaran.

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Banyak yang boleh dimaksudkan dengan tunaikan hajat orang lain. Pekara ini sebenarnya bersangkut paut dengan menolong orang.

Apabila kita menolong orang secara tidak langsung kita menunaikan hajat orang yang kita bantu.
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

9. Buat kebajikan

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Bangun Awal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


Monday, May 12, 2014

Kebaikan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum,

Waktu mula - mula saya dengar nama Alfalfa ni, tak lain tak bukan saya teringat salah satu watak dalam rancangan The Little Rascals. Kalau siapa yang pernah tengok, mesti ingat punya budak lelaki yang selalu berpakaian kemas dan mempunyai satu rambut panjang tercacak ke atas. Haaa... dia tu lah Alfalfa. Hahaha.

Ingat lagi saya tengok cerita ni versi hitam putih.
Tapi saya silap... hahaha! Alfalfa shaklee ni adalah salah satu herba yang sangat berkhasiat dan banyak kebaikannya. Tahukah anda yang Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. Alfalfa adalah pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita.



Apakah kebaikan Alfalfa?

1. Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

2. Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

3. Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence (buang angin disebabkan kembung perut)
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

4. Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

5. Menggalakkan fungsi kelenjar pituitary
6. Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and deteriorates the body especially the liver) dan menyahkan toksik dalam tubuh.
7. Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.
8. Bertindak sebagai galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.
9. Mengawal kolestrol di dalam darah dan menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh.

 Keistimewaan Alfalfa Shaklee
  1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  3. Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
  4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  5. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan
  6. Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang
Pada sesiapa ingin membuat pembelian atau untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh hubungi saya terus melalui whatsapp atau telegram di no 013-7319472. InsyaAllah saya akan bantu anda.


Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-7319472

P.s: Perlu diingatkan bahawa Alfalfa ini tidak sesuai diamalkan oleh penghidap SLE. Dan produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kenapa Shaklee?

Assalamualaikum,

Tahun 2010 saya diperkenalkan dengan Energizing Soy Protein atau nama glamornya ESP oleh seorang aunty, katanya saya ni terlampau kurus. Tapi waktu tu on-off amalkan ESP. Tambah pula tiada guidance macam mana nak makan ESP ni. Tak habis pun, dah expired. Terbuang macam tu saja. Huhu.

Kemudian pada tahun 2012 saya mengandung. Waktu tu saya blogwalking dan terberhenti di blog YM. Disebabkan waktu tu juga saya memang mencari makanan tambahan untuk diri sendiri dan baby, saya tertarik dengan set hamil. Dan antara lain yang buatkan saya nak beli dengan YM ni sebab nak tolong dia. Anak dia mengalami masalah jantung berlubang. So, for the sake of the little precious inside of me and for the sake of YM's little darling, saya pun ambil satu set Shaklee.

Mula - mula risau juga kalau hangat - hangat tahi ayam bila beli satu set ni. Hihi. Tambah pula bila nampak tin ESP, teringat ESP lama yang terbuang macam tu je. Hehe... tapi kuatkan semangat juga. Ingat balik niat asal, untuk baby sihat. At the end, lepas bersalin pun masih ada lagi. Hahaha. Cuma ada la a few vitamins yang memang dah habis. ESP je yang masih bertahan. :P

Lepas tu pasang niat baru nak menyusukan anak, so sejak tu memang konsisten minum ESP. Lepas tu mula beli sikit - sikit top up vitamin yang dah habis. Sedar - sedar, banyak juga beli Shaklee ni. So sejak itulah saya sign up as a Shaklee member. Sebab nak dapatkan harga ahli untuk setiap pembelian barang, dan daftar ahli cuma RM75 sahaja. Waktu tu tak pernah terfikir lagi nak cuba business Shaklee. Tapi sebab family kirim nak itu, nak ini. Diam tak diam, saya achieve point UV untuk bulan tu. Dapat lah bonus RM24++.

Tak sangka, lepas tu lagi rasa minat pula nak berkongsi kebaikan. Kita dah cuba produk ni, rasa lebih yakin untuk bercerita. Dan saya tau Shaklee berbeza dari MLM yang pernah saya dengar sebelum ni. Kalau downline kita bersungguh - sungguh buat sales, tapi kita tak buat sales.... jangan harap kita nak dapat bonus. Konsepnya, siapa usaha dia dapat. Dan sejak saya join Shaklee ni, saya dapat ramai kenalan baru tak kira lah dari mana.

For those yang ingin menjana side income atau buat ibu - ibu bekerja yang teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa, Shaklee is the right thing to do. Terpulang kepada masing - masing sama ada ingin berubah atau kekal di tempat yang lama.


Jika berminat, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan saya akan bantu untuk daftarkan anda.
Bayaran cuma RM75 (RM65 + pos starter kit RM10) seumur hidup. Bukan tipu... :)
Mereka yang betul - betul berminat insyaAllah berjaya.


I'm Your Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Friday, May 9, 2014

Binatang Peliharaan Saya

Assalamualaikum,

Amboi... tajuk macam tajuk karangan sekolah rendah. Hahaha... korang ada tak haiwan peliharaan? Kalau tak ada pun, binatang apa yang korang teringin nak pelihara?

Hehehe. Selalunya, ramai yang pilih kucing sebagai haiwan peliharaan kan? Atau pun dipanggil pet lah senang sikit. Dulu saya pun suka sangat kucing dan teringin nak bela kucing as a pet. Tapi ibu tak kasi. Dia risau adik saya yang asma dan at that moment, saya ada eczema. Bila kena bulu kucing, gatal kulit. Huhu.

Garang garang nak pergi mana? Haha. (sumber: google)

Kakak saya pernah bela arnab dulu, lepas tu tak tau lari ke mana. Hilang macam tu je... atau mungkin kena makan ular sebab belakang rumah dulu hutan belukar. Pernah juga beberapa kali terserempak dengan ular dan biawak besar. Hahaha. Kitorang lepaskan arnab ni kat laman belakang rumah je. Ada pintu lama kat belakang rumah, dua - dua ekor ni selalu melepak belakang tu. Maybe dia rasa tu shelter dia kot.

Dua ekor lebih kurang macam ni lah warnanya. (sumber: google)
Lepas tu bela hamster dua ekor pula. Tapi tak lama juga sebab dua - dua mati kot. Ke hilang melarikan diri dan kena makan ular juga? Hehehe. Hamster ni best juga bela sebab kan kecil je, boleh biar dia jalan - jalan atas tangan kita. Paling comel bila tengok dia makan, sumbat kuaci dalam mulut. Hahaha. Lepas tu lari pusing - pusing kat wheel dia tu.

Kenapa montel sangat ni?... (sumber: google)
Pernah juga adik beli anak ayam. Satu masa dulu kan popular anak ayam macam - macam warna jual kat pasar malam tu. Kesian anak ayam kena spray tau. Tapi rasanya sama juga, tak lama lepas tu anak ayam mati. Sobsobsob... ye lah, nak bela ayam tapi takde ilmu nak jaga. Nak bagi makan apa, nak kena mandi ke tak? Ayam ni duduk dalam bilik pula tu. Macam mana lah diorang nak main kan?

Dah serupa cotton candy pun ada. (sumber: google)
Binatang last sekali yang kitorang pernah bela ialah kura - kura. Dari kecil yang bela dalam akuarium mini tu last - last jadi besar sangat kena letak dalam besen. Mana lah tak besar, makan kangkung banyak. Lepas tu besen letak dalam bilik air. Tau tak perasaan bila kura - kura keluar kepala bila kita dalam toilet? Hahahaha. -__-"

Kalau besar lagi ni, boleh duduk kot atas dia? (sumber: google)
Tu semua binatang yang kitorang pernah pelihara kat rumah lama, rumah teres. Sekarang bila pindah ke rumah apartment, pernah bela binatang kecil je iaitu ikan. Sebab on the way nak ke rumah kitorang, ada banyak kedai - kedai jual ikan. Tu yang saja - saja nak cuba bela ikan. Tapi macam biasa, yang hidup pasti akan mati. Tambah pula family saya jenis selalu berjalan. Memang innalillah lah bila ikan - ikan tu kena tinggal. Huhuhu.

Paling latest... sebenarnya tak sengaja pun nak bela binatang comel ni. Tiba - tiba je ada kat balcony rumah saya. Bila dua ke tiga hari tengok dia duduk diam, makan banyak dan semakin gemuk. Rasa macam seronok pula. Dah siap nak google dah cara hidup binatang ni. Tapi... tiba - tiba esok hari nya, hilang macam tu je. Tak ada tanda atau jejak yang ditinggalkan langsung... sedih kot. T___T

Ulat beluncas lepas di poko limau purut saya. Habis botak daun. Huhu
Kawan - kawan kata mungkin dia dah jadi rama - rama yang cantik. Tapi saya tak percaya sebab dia belum jadi kepompong lagi. Bukan sekejap kitaran hidup dia. Kakak saya kata, mungkin dah kena makan dengan burung sebab nampak gemuk dan sedap. Hmm... mungkin. Haha.

You will be missed ulat beluncas. Hihihi...

Apa Itu Penyakit Tiroid?

Assalamualaikum,

Sekejap pula rasanya dah hari Jumaat. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas... kan?

Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang penyakit tiroid. Dulu pernah dengar, tapi tak pernah ambil tau pun apa penyakit tiroid ni. Bila search dan baca, rupanya wanita lebih berisiko untuk mendapat tiroid ni berbanding lelaki. Ok, ini menakutkan dan lebih bahaya kalau tidak mendapatkan rawatan awal. Huhu...

Apa itu tiroid?

Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk seakan-akan rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan liothyronine atau T3 yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan. Tiroid terletak di pangkal leher dan depan saluran pernafasan (trakea) serta saluran makanan.

Hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

“Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pramatang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya,”
Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San

Jenis Penyakit Tiroid

Penyakit tiroid ada dua jenis iaitu:
  • Hipertiroidisme
  • Hipotiroidisme
Hipertiroidisme

Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Simptom hipertiroid:
  • Hilang berat badan
  • Kerap buang air besar
  • Sering berpeluh
  • Berdebar
  • Menggeletar
  • Penglihatan terjejas
  • Lumpuh kaki, terutama lelaki
  • Perbezaan pada jari tangan dan kulit di bahagian betis
  • Bertambah selera makan

Hipotiroiroid

Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Simptom hipotiroid:
  • Kaki bengkak
  • Ingatan terganggu
  • Lembap
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat
  • Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan 

Hipotiroidisme kongenital

Biasanya ia berlaku di kalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis, serta lewat tumbesaran.

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Rawatan

Pesakit yg mengalami penyakit hipotiroidisme mudah dirawat tapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin perlu diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid dalam badan.

Pesakit yg mengalami hipertiroidisme pulak perlu diberikan iodin beradioaktif untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid yg terlebih tu. Pembedahan jugak boleh jadi alternatif kepada rawatan hiper ni. 

Untuk Hipertiroidisme

Anda boleh mencuba ESP. ESP ni mengandungi protein soya non GMO yang ada estrogen. Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan. Jadi, untuk yg ada hipertiroidisme tadi eloklah ambil ESP untuk kurangkan rembesan hormon tiroid.
Untuk Hipotiroidisme

Boleh dapatkan vitamin E dan vitalea.

Vitamin E pula mengandungi 10mg selenium semulajadi. Kalau nak tau, selenium ni diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid. Sebab salah satu penyebab hipotiroidisme ni autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan. Kalau dapat kurangkan antibodi ni maka banyakla sikit hormon dari kelenjar tiroid dihasilkan. 
Vitalea pula multivitamin yang mengandungi semua vitamin seperti iodin, vitamin A, D, E, B2, B3 & Zinc. Memang sesuai sangatla untuk pesakit hipotiroidisme.
Sebabnya hipotiroidisme ni berpunca daripada kekurangan iodin. Vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif). Vitamin B2, B3 dan B6 pula berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid. Zinc pula diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yang tak aktif) dalam kelenjar tiroid dan diperlukan dalam proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid yang aktif).
Boleh hubungi saya melalui whatsapp di 013-7319472 (Nadhira) untuk maklumat lanjut atau sebarang order.

Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-7319472 

Thursday, May 8, 2014

Resipi ESP Shaklee

Assalamualaikum,

Hari ni rasa macam nak berkongsi resepi yang boleh digabungkan dengan ESP. Mungkin ada yang buntu dan rasa jemu nak minum ESP dengan air masak sahaja. So, saya kongsi 20 jenis resipi yang boleh dibuat dengan ESP. ;)

Sumber: Google
Hehehe... search saja di google dan jumpa lah macam - macam resepi yang boleh dibuat dengan ESP. Setakat ni saya dah pernah minum ESP dengan air masak, ESP dengan horlicks, milo (dah selalu), air ribena, twister orange, oat campur ESP... eh, banyak juga saya dah pernah cuba. Hehe..

TAPI... yang paling penting ESP ni diminum dengan air suam atau sejuk sahaja. Jangan dicampur dengan air panas kerana ini akan mematikan nutrisi protein yang diperlukan.

Yang pasti ESP memang sedap. Kalau diminum dengan air susu atau susu coklat sejuk, rasanya seperti milkshake atau chocolate milkshake.

Siapa lagi yang nak cuba? Cuma RM150 dan tahan sehingga lebih kurang dua bulan.


Saya Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-7319472

Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) 2014

Assalamualaikum,

Dah empat hari Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) melabuhkan tirainya. Tak sabar menunggu pesta buku yang lain. Haha...

PBAKL baru - baru ni, saya pergi dua kali. Pertama, saya pergi dengan adik ipar on 27th April. Bersungguh -sungguh dan gigih la saya naik LRT Star dari Ampang ke PWTC. Plan asal nak pergi sorang je, tapi sebab adik ipar dari Kluang kata nak ikut sekali -- so kami pergi berdua. Bagus juga dia ikut hari tu sebab dia lah yang tolong angkatkan buku. Hihihi... pagi pukul 10 lebih keluar rumah, dan sampai PWTC lebih kurang pukul 11. Pusing setiap tingkat, hujung ke hujung. Belek buku sana sini. At the end saya beli buku banyak pula jenis yang tebal dan hard cover. Balik rumah menggigil bawa semua buku tu.











Bernasib baik, hari Ahad tu di pavillion PTS, booth As-Sohwah kami jumpa Prof Dr Muhaya. Not a big fan of her, tapi tak dinafikan kata - kata beliau memang motivasi yang terbaik. Tak bergambar bersama, sebab hari tu tak ada beli buku Prof pun. Segan pula nak datang menonong dengan tangan kosong nak bergambar. Hehehe


Anyways, antara banyak - banyak buku yang dibeli hari tu, paling puas hati dapat dua buku ini. Kiranya, best catch la (bagi saya). Hehehe.

 Urutan Mesra Buat Si Manja... :) 

Beli buku ni sebab pernah baca kebaikan mengurut bayi. So, nak belajar juga sikit - sikit macam mana teknik nya. Dan buku ni bagi saya best sebab isinya menarik dan mudah faham (penerangan beserta gambar), setiap helai berwarna dan kertasnya berkualiti. Rasanya sangat berbaloi dengan harga RM38 (dapat discount 15% di PBAKL).

 Cara mengurut kaki si kecil. Hihi

Menu Sihat Inspirasi Rasulullah

Buku ni bukan sekadar berkongsi resepi, tapi ada juga ilmu tambahan sebagai contoh yang sempat saya baca, Adab Berziarah dan Menerima Tetamu. Harga buku ini RM29 (discount 15% juga di PBAKL). Resepi dalam ni memang best dan semestinya resepi berunsurkan sunnah Rasulullah. Harap - harap saya ada kerajinan nak memasak semua resepi yang ada dalam buku ni. Kahkah...

 

Kemudian, kali kedua saya pergi PBAKL dengan suami dan Nourah (tahun lepas pergi Nourah dalam perut lagi. Hihi) di hari terakhir iaitu 4 May. Kali ni saja nak pusing - pusing buat kali terakhir, takut la nanti tidur asyik termimpi - mimpi je. Haha... tak tau lah, bagi saya bila berada di dalam longgokan buku - buku sangat menenangkan. Hehe.

Walaupun mulanya kata saja pusing - pusing, end up ada juga lah beli buku sikit. Hehe. Tapi kali ni lagi seronok sebab hari terakhir, discount yang diberi sangat puas hati. Di booth PTS juga, banyak yang diberi discount hingga 25%. Sebab tu saya suka pergi hari terakhir. :P


Kali ni, kami jumpa Datuk Chef Wan pula. Tapi tak adalah minta autograf atas sebab yang sama, tak beli pun buku Chef Wan. Saya ambil gambar dari jauh je lah. :D


Total spent sepanjang pergi PBAKL 2014 ni, agak banyak. Huhu. Next year boleh lah claim income tax. Dan harapnya sebelum pesta buku tahun depan, buku yang dibeli tahun ni habis dibaca. Hihihi.

Wednesday, May 7, 2014

Look Up Or You Will Miss Everything


Assalamualaikum,

Honestly, I have to say yang saya juga salah seorang daripada golongan anti social ini. Well, almost tergolong dalam golongan anti social lah. Tapi belum tahap kronik sebab kalau saya keluar makan dengan family ke, masih lagi join mereka bersembang.

Apa pun, saya saja nak share video ni untuk kita fikir - fikirkan what actually happen in our society. Terlalu obses dengan media social sampaikan lupa untuk bersosial di alam nyata.


Thanks to my friend who shared this video on Facebook. :)
It is a wake up call for me and hope it is to you too.

Tutup laptop or any gadget on your hand and spend more time with your loved ones.

Set Gastrik Shaklee; Persediaan Menghadapi Ramadhan

Assalamualaikum,

Pejam celik, Ramadhan semakin hampir. Setengah daripada kita mesti teruja sangat, tapi mungkin ada yang sedikit risau dalam keterujaan. Especially mereka yang mempunyai gastrik.

Maka, saya nak umumkan bahawa produk Shaklee boleh membantu untuk merawat sesiapa yang ada gastrik, insyaAllah. Disebabkan produk Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi dan tiada bahan sintetik, boleh lah saya katakan bahawa merawat gastrik secara semulajadi. ;)

Dalam set ini, mengandungi :

>> ESP
>> Ostematrix
>> Peppermint Ginger Plus


Apakah peranan setiap supplement ini?

ESP 
→ merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang bersifat alkali yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
→ nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Ostematrix
→ Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.
→ Kebiasaannya, mereka yang gemar minum susu jarang mendapat gastrik. Kita boleh lihat contoh bayi dan kanak - kanak yang mana mereka memang memerlukan susu atau kalsium untuk tumbesaran mereka. Jarang sekali kita dengar gastrik dalam golongan ini. 

Peppermint Ginger Plus
→ Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.
→ Kajian klinikal juga menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

Set ini juga sesuai buat ibu - ibu mengandung yang mengalami mual atau perut tidak selesa. Sesiapa yang ingin mencuba set ini, boleh lah hubungi saya untuk order atau jika anda mempunyai sebarang persoalan, jangan segan silu untuk bertanya terus. Saya sedia membantu.

 
Saya Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, May 6, 2014

Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum,

Siapa yang mengalami resdung akan tau betapa seksanya bila berada di persekitaran yang berdebu, betapa tak bestnya kena control makan seafood, dan betapa letihnya bersin atau selsema bila bangun pagi. Untuk pengetahuan, resdung ni berisiko dan boleh membawa maut!

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Oleh itu, gabungan beberapa vitamin dari Shaklee ini dapat membantu mengurangkan dan insyaAllah merawat mereka yang mengalami masalah resdung.



Apakah fungsi vitamin ini dalam membantu merawat masalah resdung?


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan set resdung ini, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013-7319472. Namun, jika anda rasa anda mengalami masalah resdung yang serius, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah untuk mendapat konsultasi lebih lanjut.


sumber 1, 2

Saya Pengedar Sah Shaklee 
Nadhira ♥
013-7319472